Monday, February 21, 2011

Al-Banna, penyemai benih revolusi, syahid 'dibunuh' Israel?

Oleh H FANSURI

Ketika hampir tergulingnya Hosni Mubarak di Mesir itu, ia sebenarnya bersamaan hari-hari terakhir wafatnya As-Syahid Imam Hasan Al-Banna pada tanggal 12 Februari, 1949. Hal ini terjadi ketika Al-Banna dan angkatannya berjuang melawan Israel.

Ketika ini, British mahu menyerahkan Palestin itu kepada Israel. Dan, hal seperti inilah yang sedang diperangi oleh Ikhwan Muslimin. Ada pendapat menyatakan bahawa Hasan Al-Banna sepatutnya tidak mati pada tarikh itu kerana beliau bukan menggugat sistem pemerintahan Mesir.

Beliau diberi ruang untuk berdakwah dan sesekali berlaku pergeseran dengan pemerintah itu adalah hal fenomena biasa. Jadi, tentulah ada suatu sebab yang mewajarkan pembunuhan beliau itu.

Jadi, kenapa beliau terus dibunuh pada 1949, bukan dipenjarakan sebagai lazimnya? Hal pemenjaraan ini biasa berlaku kerana Syed Qutb juga dipenjarakan lalu dibunuh di tali gantung.

Ini kerana, pada 1948 itu berlakukan penyerahan Palestin kepada Israel oleh British. Dan Ikhwan sudah mengambil sikap yang benar-benar kental dan tepat pada masanya. Mereka berjihad melawan Israel!

{Dalam tempoh itu jugalah, seorang pesuruhjaya British, Henry Gurney telah dibawa ke Tanah Melayu kerana berhasil melaksanakan kerjanya dengan begitu cemerlang di Palestin itu. Hal ini diketahui oleh pihak komunis di Malaya lalu plot untuk membunuhnya dirangka oleh komunis.}

Penjara tentu sahaja tidak mematikan jiwa dan semangat Al-Banna untuk terus berjihad melawan Israel. Walaupun Mesir turut berjuang melawan Israel, tetapi ia tidak sekuat jihad Ikhwan.

Kita akan dapat melihat bahawa pada zaman-zaman pancaroba itu, sudah timbul semangat dan iltizam melawan yang tinggi dalam kalangan para pemuda Muslim yang sedar dengan kedudukan negara Islam yang terjajah di mana-mana tempat pun.

Pada tahun 1948, ketika British menyerahkan Palestin kepada Israel, Dr Burhanuddin Al-Hulaimy telah membangunkan kritikan ke atas British di Malaya dalam sebuah majalah pimpinannya di Singapura.

Dalam beberapa jam selepas tersiarnya artikel itu, British di Singapura terus mengambil tindakan tegas terhadap Dr Burhanuddin dengan memenjarakannya di bawah Akta Hasutan berhubung artikel tersebut.

Demikian merebaknya penentangan berhubung penaklukan Israel dan penyerahan Palestin oleh British ke atas Israel. Semuanya ini – pembunuhan Al-Banna di Mesir, pembunuhan Henry Gurney di Malaya dan pemenjaraan Dr Burhanuddin di Singapura berlaku dalam tempoh waktu yang lebih kurang sama.

Hosni terguling setelah 62 tahun dakwah Ikhwan

Barangkali, sudah ditakdirkan bahawa jarak wafatnya Hasan Al-Banna dan terulingnya Hosni Mubarak itu terjadi dalam tempoh 62 tahun (1949 hingga 2011). Apabila diteliti dan ditelaah, angka 62 tahun itu mewakili usia wafatnya baginda Rasulullah s.a.w juga.

Hal ini juga terjadi ketika umat Islam hampir menyambut Maulud Nabi. Maka, sepanjang 62 tahun usia Rasulullah s.a.w termasuk dakwahnya, maka 62 tahun jugalah Asy-Syahid Imam Al-Banna dan Ikhwan Muslimin menyemai benih revolusi sekali gus menuai hasil tuaiannya. Beliau kini dikenali sebagai ahli jihad yang gugur syahid. Dan, ketahuilah bahawa para syuhadak itu tidak pernah mati.

"Dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (syahid) di jalan Allah itu mati, bahkan mereka adalah hidup di sisi Allah dengan mendapat rezeki; mereka suka dengan kurniaan Allah yang diberi kepada mereka...mereka pula tidak berduka. Mereka gembira dengan balasan nikmat Allah dan limpah kurniaNya; dan bahawa Allah tidak hilangkan pahala orang beriman." (Ali Imran: 169-171)

Firman Allah s.w.t lagi:-

"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu sebagai orang yang telah mati; bahkan mereka itu yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya." (Al-Baqarah: 154)

Ops Piramid Najib dan SBY, adakah didalangi Israel dan Amerika?

Demikianlah, di sisi Allah s.w.t, mereka hidup kekal abadi sehingga ke akhirat nanti. Mereka ini hidup sebagai menyaksikan kemenangan mereka selepas 'mati' (yang sebenarnya hidup selepas mati). Mereka tenang melihat segala hasil usaha mereka berhasil dan mereka ini tidak pula tergolong dalam golongan yang membanggakan diri. Bergembiralah orang yang menang, pulang kepada-Nya dengan jiwa tenang.

Tetapi, di sinilah kesilapan Najib Razak yang enggan menjadikan rakyat kita syahid di Mesir sana. Saat ini, tiba-tiba Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) di Indonesia turut sama mengeluarkan siswa Indonesia dari Mesir. Kita hairan juga, kenapakah sikap Najib dan pendirian SBY ini lebih kurang sama juga.

Seperti yang disebutkan awal-awal tadi, kematian Hasan Al-Banna, pemenjaraan Dr Burhanuddin serta pembunuhan Henry Gurney oleh komunis Malaya terjadi lebih kurang dalam tempoh yang sama.

Ketika proses mengeluarkan mahasiswa Mesir itu pun, kerajaan Arab Saudi yang menyokong Mubarak itu juga sudi memberikan kemudahan menggunakan lapangan terbang Jeddah.

Apakah semua ini semua suatu kebetulan atau memang dirancang oleh Amerika dan Israel secara diam-diam? Jangan Najib melihat Ops Piramid ini sebagai watak soleh dan waraknya sedangkan ruang untuk mengesyaki Ops Piramid ini ternyata masih jelas terbuka luas dan masih boleh lagi dipersoalkan.

No comments: