Oleh H FANSURI
Suatu malam di Lorong Raja Alang 1, Kg Baru, Haji Mohd Noor, seorang arkitek, yang lahir bermukim di Kg Baru ini membangkitkan hal kekecewaannya ke atas Raja Nong Chik yang menjarah daerah yang bersejarah di sini. Malam itu, ceramah kelompok sedang disusun oleh para penggiat masyarakat di sini.
“Dia ingat dia (Raja Nong Chik) seorang sahajakah yang berdarah raja? Di sini pun ada ramai raja juga, Raja Alang, Raja Uda, Raja Muda Musa,” katanya berseloroh sambil menyentuh hal menteri yang tidak makan saman kerana dia dilantik sebagai Senator.
“Jadi, dia bukan wakil rakyat yang boleh rakyat pilih atau buang dia dalam pilihan raya. Dia itu Senator yang dilantik Najib Razak. Dia ini tidak makan saman...”
"Sebaliknya, dia yang saman orang!...” seorang lelaki separuh abad menyampuk penuh bersemangat, mencelah ucapan penceramah itu. Haji Mohd Noor betul-betul terluka batinnya. Dia mengkritik keras sikap orang-orang tertentu yang disifatkannya sebagai tidak berhati suci.
“Orang yang mengaku kepada saya bahawa mereka datang ini dengan suci hati ni, betul ke mereka suci hati? Dah berapa kali nak bertemu susah. Semua bantahan kita tidak dikeluarkan pun,” kata beliau lagi.
Ketika sidang soal-jawab dan perbincangan syor bantahan bermula, seorang lelaki tua mencelah kerana terlalu bersemangat. Dia yang duduk di barisan paling depan menjerit kuat...
“Kita buat t-shirt!” katanya ketika beberapa syor bantahan sedang dikutip. Bagaimanapun semangat ini nampaknya masih belum merayap dan merebak dengan jelas dalam kalangan anak muda yang mungkin tidak diserap dengan bantahan-bantahan sebegini.
Sebenarnya, kita bukan bercerita rencana Raja Nong Chik, Najib Razak yang membaham Kg Baru ini. Kita bercerita begini sebab risau melihat sedikitnya anak muda malam itu. Yang ramai – orang lama.
Yayasan Selangor juga ada di Kg Baru
Ini tidak sama dengan kehadiran ramai pemuda di Petaling Jaya dalam acara anjuran Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar (IKD). Sebenarnya, Yayasan Selangor itu juga terletak di Kg Baru.
Kurang anak muda yang tahu bahawa yayasan itu terletak di tapak rumah Dato' Harun Idris di mana kejadian hitam 13 Mei itu bermula. Anak muda, adalah aset khazanah yang bagi tiap-tiap bangsanya.
Ketika menyentuh anak muda, maka di Kuala Lumpur ini, mata kita tidak boleh lepas daripada peranan anak-anak muda, siswa universiti yang bangkit, bangun berjuang mempertahan Kg Kerinchi di situ.
Banyak sejarah dan kenangan yang terpahat di Universiti Malaya Lembah Pantai itu. Kenangan itu pula adalah sesuatu yang terkait dengan dunia intelektual.
Kita tentu pernah terdengar kisah bagaimana Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk pada 1971. Hal ini sebenarnya bermula di Universiti Malaya melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan.
Antara yang dijemput ialah P Ramlee dan beberapa tokoh pemikir yang lain. Wacana-wacana kemudian meriah dengan beberapa resolusi disusun hingga lahir beberapa pertubuhan, persatuan di universiti itu.
Ya semua itu ditukangi dengan suara daya, gerak kerja pemuda. Di UM terpahat sejarah PKPIM terbina dan bagaimana sirah Persatuan Penulis Nasional (Pena) dibentuk. Segalanya terpaku kukuh di IPT itu.
Masalah di universiti sendiri bagaimana hari ini?
Dengan rencah penceritaan ini, kita tertanya, kenapa hal dalaman IPT seperti tidak selesai? Jangankan hal Kg Baru, Kg Kerinchi, isu IPT pun belum berkembang sebagai gelombang kesedaran menyeluruh.
{Tapi, pertanyaan dan kritikan ini bukan tercurah kepada mereka yang bersuara. Hanya merujuk siswa lain yang tidak tersentuh hati melihat beban derita rakyat, termasuk hal ke atas IPT sendiri.}
Ambil satu contoh. Ada isu penamaan sebuah dewan kuliah dengan nama Lim Goh Tong, yang terpalit namanya dengan perusahaan judi. Tiada bantahan keras yang kita dengar. Bagaimanapun, ada segelintir siswa yang bercakap mengenainya. Untuk jumlah segelintir itu kita ucapkan tahniah.
Bolehkah diwujudkan PRK untuk lantik NC, TNC baharu?
Dan, baru-baru ini pula kita dengar kisah Naib Canselor yang mahu pengajian bahasa Melayu itu dibuat dalam BI. Ia langkah 'maju' ke belakang. Tapi, seperti tadi, yang segelintir ini sahaja yang membantah.
Kita tertanya juga, adakah bantahan yang terapung ke atas nama dewan Lim Goh Tong, dasar pengajian bahasa Melayu dalam BI ini dilahirkan secara terbuka di sudut pidato?
Sememangnya, amat banyak tekanan daripada NC, TNC ini. Mereka dilantik sistem yang memerlukan sikap saling sokong menyokong antara Menteri Pengajian Tinggi dan TNC, NC ini.
Ketika menulis ini, pilihan raya kampus sedang berlangsung. Maka kita bertanya, bolehkah dibuat PRK untuk melantik NC, TNC yang menyetujui cita-cita anak muda agar dengan itu, hal dalam IPT selesai.
Lojiknya, bila hal dalaman IPT selesai, maka selesai hal luaran kampus; pencerobohan Kg Kerinci, dan kini pencerobohan Kg Baru. Tapi, bersediakah kita menyusun PRK untuk melantik TNC, NC baharu?

No comments:
Post a Comment