Oleh H FANSURI
Akhirnya, terpaksa jugalah Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim mengambil Khusrin sebagai Ketua Setiausaha Negeri yang mengerikan mereka. Khusrin, dalam surah Al-Asr bermaksud kerugian, dan rugi ini mungkin terpaksa ditanggung oleh seluruh rakyat negeri Selangor seluruhnya.
Memang telah menjadi tabiat Umno-Apco, mereka akan gulingkan kerajaan Pakatan Rakyat. Semua ini adalah hasil sentuhan ajaran Yahudi, Dajal Freemason pada akhir zaman ini.
Dalam kes Selangor, kalau negeri tidak boleh digulingkan, maka seseorang yang boleh menggulingkan PR di Selangor mesti dipilih. Maka, Umno menyerapkan Khusrin untuk mengundang 'kerugian' kepada PR. Khusrin adalah kerugian dan kerugian adalah Khusrin.
Drama penggulingan itu diatur dengan begitu licik dan halus dengan menggunakan teori ayat nafi isbat. Dalam kalimah syahadah terangkum ayat nafi (tiada Tuhan) dan ayat isbat (melainkan Allah).
Apabila Anwar dihumban dengan limpahan fitnah, dilumur palit dengan kata-kata kesat di corong radio tv dan akhbar arus perdana, maka ketika itulah Najib akan menaikkan imej citra dirinya.
Baru-baru ini, akhbar menyiarkan harga tol diturunkan. Walaupun hal itu bukan kayu ukur ke atas niat baik Najib, namun, berasaskan konsep ayat nafi isbat; tindakan memburukkan Anwar dalam masa yang sama menaikkan citra soleh Najib ini setidak-tidaknya berupaya memperbodoh umat.
Ini strategi Yahudi yang ditawar kepada Umno–Apco bagi mereka yang masih tidak mengetahui kaedah Dajal Freemason bekerja. Kalau rakyat bijak, harga tol diturunkan ini tidak boleh menutup dosa lama.
Dr M bantah ISA, Soi Lek bantah AMCP
Mutakhir ini, media mendengungkan kisah Dr Mahathir yang kononnya membantah ISA. Soi Lek pula membangunkan tegurannya ke atas AMCP. Ini contoh ayat nafi isbat yang boleh dirujuk dalam politik.
Dr Mahathir berkata beliau pernah cuba memansuhkan ISA ketika menjadi PM tetapi beliau mendakwa polis menghalang kerana ancaman masih juga wujud.
Beliau masih bersandiwara dengan rakyat bagi menguji kasih sayang rakyat berhaluan kiri terhadapnya dan mungkin ingin mengirim pesan buat kita, “Sekejam-kejam aku, dalam hati ini masih ada taman”.
Sebenarnya, tipu daya dan tipu helah Dr Mahathir ini akan terpalit ke atas insan yang lemah fikiran. Di sini, kita wajar merenung sejenak asal-usul ISA itu dilahirkan.
Ia lahir dalam Parlimen, digazetkan oleh lidah wakil rakyat dan bukan polis. Jadi, apa 'hak' polis untuk sekat PM daripada mempengaruhi wakil rakyat membuat keputusan di Parlimen?
Ada pihak berkata, jika dakwaan Dr Mahathir berhubung 'sekatan' polis itu benar, beliau patut jelaskan kenapa kuasa polis untuk mengguna ISA dan menahan orang ramai tanpa perbicaraan itu disahkan?
Kenyataan Dr M ini bercanggah dengan keluhan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan yang pernah menyifatkan bahawa Menteri Keselamatan Dalam Negeri Hishammuddin Hussein pernah mengganggu tugasnya sebagai KPN dalam urusan memberikan arahan. Di sini wujud beza pandangan.
Dr Mahathir mendakwa polis (Haniff Omar) menyekat beliau untuk tidak memansuhkan ISA, tapi KPN Musa Hassan pula pernah mendakwa bahawa Hishammuddin mengganggu urusan polis.
Dalam hal ini, Dr Mahathir, Hishammuddin Hussein, Musa Hassan dan Haniff Omar kena diajak duduk berdebat bersama secara siaran langsung. Debat itu tidak terjadi jika ada kalangan mereka yang curang, tidak jujur dan tidak berterus-terang dalam berkata-kata.
Sebenarnya, untuk menilai ISA ini jangan kita hanya meninjau Ops Lalang sahaja. Kita perlu lihat juga kenapakah Dr Mahahir mempertahan ISA selama ini? Lihat juga bagaimana ISA digunakan menjelang Reformasi 1998 sehingga termasuk membabitkan isu keganasan global berikutan 11 September.
Satu-satunya, orang yang mungkin jujur menyatakan bantahan secara halus adalah Koh Tsu Koon yang pernah menemui Nor Laila Othman dalam pertemuan tertutup. Saat mendengar pendedahan keburukan ISA dan gangguan SB itu, Koh dilaporkan terkejut lalu berkata, “Oh my God, this is not fair!”
Gerakan dan MCA mungkin lebih jujur
Itulah kata-kata Presiden Gerakan pada saat itu. Walaupun Koh daripada BN, namun nalurinya itu lebih murni berbanding Dr Mahathir, Hishammuddin, Haniff Omar dan Musa Hassan sendiri.
Itu kisah akta drakonian ISA. Begitu juga apabila MCA membantah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang 'mesra' dikenali sebagai AMCP itu. Walaupun Soi Lek setaraf Presiden Italy Berlusconi yang telah melakukan hubungan seks dengan ramai wanita, namun tegurannya ke atas AMCP itu sangat murni jua.
Wujud nafi isbat dalam sikap, ucapan Soi Lek. Beliau bercitra gelap, tetapi pendiriannya ke atas AMCP bercitra jernih. Beliau mahu panel dibentuk bagi menyemak semua akta itu agar keadilan wujud ke atas pemilik media yang melabur jutaan ringgit untuk peralatan dan pembangunan sumber manusia.
"Panel itu juga perlu mencari jalan untuk memudahkan pelabur memperolehi permit untuk menerbit," katanya. Di sini kita tahu tentang nafi isbat, iaitu 'womanizer' boleh bicara hal keadilan. Tapi, nafi isbat tidak sah ke atas 'pejuang keadilan' Dr M yang 'bantah' ISA, tapi dalam masa sama memanfaatkan ISA.
Tindakan menurunkan harga tol, memberi ganjaran lumayan terhadap guru-guru agama belum menutup lubang pekuang FLOM di JPM dan tindakan mengaibkan seteru politik dengan isu liwat.

No comments:
Post a Comment