Oleh H FANSURI
Dalam karya teks sastera klasik Melayu Sulalatus Salatin, ada disebutkan ungkapan istilah 'zillullah fil 'alam'. Apakah maksud 'zillullah fil 'alam' ini? Hal ini merujuk kedudukan raja sebagai 'bayangan Allah s.w.t di atas muka bumi'.
Maka, sejak ratusan tahun selepas Sulalatus Salatin beredar daripada tangan ke tangan manusia, sejak ia berlegar di dalam fikiran masyarakat cendekia Melayu, kedudukan raja itu seringkali dilihat sebagai jelmaan Tuhan di atas dunia ini.
Kata titah raja itu tidak boleh disanggah, disemak kerana kalau ada yang dilanggar dan dilalui, itu bererti bakal menempah celaka, terkena tulah dan sebagainya. Raja-raja juga dikatakan berdaulat.
Namun, dalam ucapan berjudul 'Pemikiran Melayu - Islam: Dari Warisan ke Wawasan', Presiden Wadah (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia) Dr Siddiq Fadzil tampil kembali menjelaskan kedudukan makna falsafah itu dengan lebih rinci lalu mengikat kuat fahaman tersebut daripada sudut pandang Islam.
"Sebutan raja sebagai bayang Allah di bumi..." tidak membawa implikasi pelestarian konsep devaraja (raja sebagai jelmaan dewa) dengan selubung keislaman dan kearaban," kata beliau pada 12 Februari lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Tambahnya, ungkapan yang merujuk raja sebagai 'zillullah fil 'alam' itu bukan cuma khusus kepada fenomena di rantau Alam Melayu, malah turut dipakai oleh para khalifah 'Abbasiyyah dan Uthmaniyyah.
Ungkapan tersebut, menurut Dr Siddiq seharusnya diertikan sebagai pernyataan fungsi raja sebagai pengembang amanah pelaksanaan keadilan Ilahi yang tersalur lewat syariat-Nya.
"Kata zill (bayang) itu bererti tempat berteduh dan tempat berlindung sebagaimana yang diisyaratkan dalam ungkapan dalam ungkapan selengkapnya, "Ya'wi ilayhi ad-da'if wa yastansiru bihi al-mazlum," jelas beliau lagi.
Iaitu, ungkapan yang selanjutnya itu membawa maksud, "... tempat orang lemah mendapat perlindungan, dan tempat orang teraniaya meminta pembelaan."
Raja Melayu Kanan dan Raja Melayu Kiri
Maka, inilah maksud sebenar daripada kedudukan raja-raja Melayu sebagai bayangan Tuhan di atas muka bumi itu. Bukanlah bermaksud mereka Tuhan di atas bumi tetapi menjadi bayangan dan teduhan sebagai tempat orang lemah berlindung daripada bahang panas terik penindasan dan tempat orang yang teraniaya mendapat pembelaan daripada kaum yang menzalimi dan menindas mereka.
Maka, daripada segi ini, kita dapat melihat ada juga raja-raja Melayu turut ikut berjuang bersama rakyatnya menentang penjajah Portugis, lalu syahid di medan perang. Ada yang turut ikut berjuang menentang penjajahan British lalu terbuang daripada tanah kelahiran mereka sendiri.
Rempah ratus peristiwa pahit getir yang digaul ramu di kuali sejarah, sudah banyak menunjukkan bahawa golongan yang melawan penjajah ini digelar gelaran lanun, pemberontak dan penderhaka oleh British yang sudah mengawal raja-raja Melayu.
Dato' Maharajalela, Dato' Bahaman, Tok Janggut dan semuanya yang melawan penjajah pula sudah dikaitkan dengan kegiatan penderhakaan, lanun, dan pemberontakan oleh British yang cuba mengawal raja-raja Melayu itu.
Hari ini, sudah tersohor ungkapan istilah Melayu berhaluan kiri yang berjuang melawan penjajah, khasnya British. Dan, di sana ada kelompok Melayu kanan yang bersekongkol dengan British.
Jadi, tentu ada ungkapan istilah yang boleh kita bina; seperti raja Melayu berhaluan kanan dan raja Melayu berhaluan kiri. Sifat kekananan dan kekirian itu boleh dijuga ditafsir sebagai lambang penolakan terhadap penjajah dan warisan penjajah British, iaitu Umno.
Dosa Umno memperalat Raja-Raja Melayu
Setelah tamatnya penjajahan British yang berhasil mengawal raja-raja Melayu, maka sikap ini diwarisi oleh anak didikan dan anak asuhan British; Umno yang sudah lama menguasai titah raja-raja Melayu dalam Parlimen. Dosa British memperalat raja-raja Melayu kini diwarispindahkan kepada Umno pula.
Sebab itu, jika terbit suara rakyat yang kelihatan seolah-olah menolak 'keputusan' sultan hari ini, maka Umno sebagai anak asuhan British dengan pantas dan tangkas menuduh rakyat sebagai penderhaka, 'bughah' atau pemberontak.
Lihat sahaja kes rakyat Perak yang tidak berpuas hati terhadap penggulingan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak termasuk 'pemilihan' Khusrin oleh Sultan Selangor. Seperti tipu daya British, kedua-dua kes ini akan diputarbelitkan Umno-Apco (agen dajal Freemason Yahudi) sebagai penderhakaan kepada institusi kesultanan Melayu.
Padahal, semua keputusan ini telah pun diatur oleh Umno-Apco itu sendiri. Titah ucapan Yang Dipertuan Agong adalah juga teks ucapan yang ditukangi Umno.
Sikap PR mencabar, menegur dan mempersoal titah ucapan Agong (yang dikarang Umno-Apco) dalam Parlimen akan diselewengkan Umno-Apco sebagai penderhakaan kepada raja Melayu (walhal, sikap PR itu sebenarnya timbul oleh kerana mahu mencabar kesahihan dasar tadbiran Umno-Apco).
Inilah hal yang mesti difahami oleh seluruh umat Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Yang Muslim wajib banyak membaca Surah Al-Kahfi setiap Jumaat lantaran Umno Apco adalah wakil Dajal hari ini di Malaysia. Sepuluh ayat terawal surah ini dikatakan mampu mengekang fikrah Melayu daripada terus diperbodohkan oleh dajal Umno-Apco hari ini.
Maka, fikrah umat Melayu juga harus disedarkan, disegarkan kembali, dan dipulihkan juga terhadap makna konsep raja Melayu sebagai 'zillullah fil 'alam (bayangan Allah, iaitu tempat orang tertindas mencari bantuan dan teduhan) terlebih dahulu sebagai batu asas pencerahan terawal. Ringkasnya, sastera Melayu klasik ini perlu banyak ditafsirkan dan dinilaikan semula.

2 comments:
sebenanrya hadis ini pun bermasalah tentang kesahihannya. Raja atau sultan di sini maksudnya penguasa. Jadi dlm konteks malaysia ia adalah PM. di Mesir pula ialah Presiden.
http://www.bicaradariaku.com/2012/02/raja-bayangan-allah-di-bumi-kenyataan.html
Saudara Syameel...
Di dalam tulisan di atas, saya tidak sebut kata-kata di atas adalah hadis.
Saya hanya menyebut bahawa kata-kata itu termuat dalam manuskrip. Mungkin ia adalah kata-kata hikmah...
Bagaimanapun Malaysia masih amalkan Sistem Beraja, di mana Raja menurut Perlembagaan Persekutuan adalah pemimpin agama.
Perlembagaan Persekutuan tidak jua menamakan PM sebagai pelindung agama seperti mana kedudukan sultan itu.
Mesir adalah REPUBLIK dan ia tidak sama dengan Malaysia yang MONARKI (Sistem Beraja).
Di negara REPUBLIK, selain ia ada Presiden, ia ada juga Perdana Menteri.
Presiden dan Raja adalah Ketua Negara, sementara PM di negara MONARKI adalah Ketua Kerajaan. PM di negara Republik saya tak pasti apa peranannya.
Bagaimanapun, kedudukan Raja dalam negara Monarki itu setaraf dengan Presiden di negara Republik.
Jadi kedudukan jawatan PM Malaysia (MONARKI) tidaklah setara Presiden di Mesir (REPUBLIK).
Presiden negara Republik setara dengan Raja di negara Monarki. Tapi raja kerap dihubungkan dengan agama, manakala Presiden tidaklah selalunya dikaitkan dengan agama, sebaliknya kerap dikaitkan dengan negara sekular juga adanya.
Wallahu'alam...
Post a Comment