Oleh H FANSURI
Akhirnya, sedikit demi sedikit saya mengetahui kisah bagaimana Interlok ini meletup. Khabarnya, ada seorang pengarang India yang telah menjadi Exco Pemuda Mic. Dan, kononnya beliaulah yang menyebarkan kisah bagaimana novel ini dikatakan telah 'menghina' bangsa India di negara ini.

Menjadi kefahaman umum bahawa, para pemimpin Mic ini bukanlah ahli sasterawan dan mereka bukanlah berminat sangat dengan kesusasteraan, hatta sastera India sendiri.
Sebenarnya, Mic bukan mewakili kaum India. Buktinya, tokoh gergasi Mic Samy Vellu tumbang dalam pilihan raya umum lalu. Maka, tindakan Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran berbincang dengan G Palanivel Mic, lalu memutuskan pindaan ke atas Interlok baru-baru ini masih boleh dipertikai.
Benarkah ia penyelesaian menang-menang?
Tetap sahaja ada bantahan ke atas keputusan Umno - Mic itu. Ini bererti, keputusan Muhyiddin dan G Palanivel itu bukanlah muktamad menang-menang. Tapi, itu hanya berteraskan syak wa sangka Muhyiddin dan G Palanivel sahaja bahawa, mereka sudah berjaya mencapai keputusan menang-menang itu.
Akhbar melaporkan bahawa Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) menolak sebarang pindaan dilakukan ke atas Interlok.
Ketua Dua Gapena Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengirim wakilnya bagi menjelaskan salah faham yang berlaku baru-baru ini. Dan, Perkasa melalui Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali menyeru agar Interlok dibatalkan jika kerajaan melihat isinya tidak begitu sesuai. Manakala Presiden PKPIM Muhammad Faisal Abdul Aziz pula turut membantah hal pindaan yang akan dilakukan ke atas novel tersebut.
Sementara itu Presiden Pena Mohamad Saleeh Rahamad dalam kenyataannya berkata, bahawa tiada asas kukuh terhadap dakwaan bahawa Interlok menghina kaum India di negara ini.
Hal itu, menurut beliau, sudah diperjelaskan dalam beberapa dialog anjuran badan penulis itu sebelum ini. Oleh itu, pindaan ayat-ayat tertentu ke atas novel tersebut tidak diperlukan lagi. Maka, berdasarkan suara-suara yang masih muncul berlegar ini, sudah tentu ia bukan keputusan menang-menang.
Adakan pungutan suara
Oleh kerana kita bersepakat dan berpendapat bahawa semua ini mengguris perasaan dan hati kaum India, maka Muhyiddin sepatutnya membuat suatu langkah pungutan suara dalam kalangan kaum India di negara ini. Inilah yang terlebih afdal.
Bukan hanya hasil cetusan fikiran Muhyiddin seorang dan G Palanivel seorang, lalu dikatakan bahawa semua Melayu dan India di Malaysia ini sudah pun bersetuju dengan pendekatan yang kononnya 'menang-menang' itu.
Sebenarnya, saya pernah terbaca suatu kenyataan yang lahir daripada penulis India yang menyifatkan perkataan yang dianggap sensitif itu dibiar begitu sahaja. Ertinya, tiada masalah untuk dikekalkan.
Kata penulis ini, jika kaum India (khasnya Mic) menghilangkan beberapa perkataan tertentu, maka bangsa India sebenarnya akan menghilangkan sejarah mereka daripada zaman yang lampau. Dalam sejarah, baik buruknya terpaksa kita telan semuanya.
Sementara itu Baradan Kuppusamy dalam rencananya berjudul Unlocking the 'Interlok' issues menyifatkan bahawa Sasterawan Negara Abdullah Hussain itu bersikap jujur dalam berkarya serta tidak berniat menyinggung mana-mana pihak.
"Hussain is honest and sincere in giving the complete picture, as best as he can, about how Indians and others arrived and their experiences. He should not be faulted for it," tulisan Baradan dipetik pada 9 Januari lalu di The Star Online.
{Hussain itu jujur dan ikhlas ketika memberi gambaran menyeluruh sebaik mungkin (dalam karyanya), mengenai bagaimana kaum India dan lain-lain bangsa tiba di negara ini bersama pengalaman mereka. Beliau tidak boleh dipersalahkan di atas penulisan tersebut}.
Tapi, pandangan sebegini dalam kalangan penulis India sendiri tidak pula menambat perhatian Muhyiddin. Sebaliknya, beliau mendengar sahaja perkara yang disampaikan oleh G Palanivel yang kononnya mewakili masyarakat India di negara ini.
Sebab itu, kita katakan tadi - adalah lebih baik jika Muhyiddin mengadakan pungutan suara. Umno seolah-olah berbangga bahawa mereka telah berhasil menemukan kaedah menang-menang (win situation) dalam menangani hal ini.
Mic kini bukan lagi mewakili suara hati kaum India di negara ini. Mereka terpecah kepada Hiindraf dan ramai lagi. Kenapa tidak Muhyiddin bertemu kumpulan India yang lain?
Bersediakah mengajar Najib - Muhyiddin secara politik?
Oleh kerana Muhyiddin mengguris hati kalangan sasterawan dan penyair yang sukar menerima pendekatan 'menang-menang' baru-baru ini, maka ada kalangan mereka berkata, "Pastikan undi kita tidak lagi memihak kepada wakil Mic."
Yang lain pula menyahut, "Dan, jangan kita beri undi kepada pemimpin Melayu yang bersekongkol dengan Mic."
Apakah hanya kita yang tidak beri undi kepada BN-Mic itu? Apakah hanya kita yang tidak beri bai'ah undi terhadap Umno yang bersekongkol dengan Mic itu? Bagaimana pula dengan rakyat yang lainnya khasnya Melayu yang masih setia dan tega memberi bai'ah undi terhadap Mic-BN dan Umno BN selama ini? Saya fikir tidak hanya kita para sasterawan dan penyair yang mesti bersikap sedemikian.
Kita perlu turun ke desa-desa, menyebarkan risalah-risalah mengenai bantahan ke atas pindaan ke atas Interlok. Kita perlu kerahkan anak-anak muda untuk beri pengajaran terhadap Muhyiddin Najib melalui undi.
Dan, berdasarkan semua inilah kita mahu bertanya - adakah sasterawan bersedia menyusun semua karyawan bagi melaksanakan tindakan politik secara merakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti?

No comments:
Post a Comment