Oleh H FANSURI
Masih ada lagi yang tertipu dengan laporan akhbar, media kelolaan parti pemerintah Umno, BN. Contohnya, laporan Bernama - 'Saya tidak ajak Perdana Menteri berdebat, hanya berbincang' - Anwar (19 Januari) terus diimani beberapa pendokong PR. Mempercayai 100 peratus laporan musuh adalah suatu petaka awal kejatuhan.
Sepatutnya, kita semua perlu membaca setiap laporan dengan memberi sedikit ruang pertanyaan di dalam benak fikiran, "Eh! Betulkah laporan ni?"
Sebenarnya, salah satu kayu ukur dan penanda aras bagi menyukat ketakutan Najib Razak ini adalah melalui cabaran Anwar mengajaknya berdebat hal 'Program 100 Hari Pakatan Pembangkang'.
Najib Razak hanya menuduh bahawa tindakan pembangkang itu tidak akan ke mana-mana. Maka, sebagai suatu jalan terbaik - debat Najib dan Anwar berhubung soal ekonomi negara mesti dijalankan segera!
Rakyat menunggu-nunggu saat dan detik itu. Tetapi, Najib juga berhelah dengan banyak kaedah. Ini jelas menunjukkan bahawa Najib gentar terhadap Anwar. Rakyat yang sedar hakikat ketakutan Najib ini.
Sebenarnya, Najib cuba mengikuti 'sunnah' Abdullah Ahmad Badawi yang mengelak debat bersama Anwar sebelum ini di TV9. Sabri Cheek akhirnya jadi pengganti Abdullah setelah bekas Perdana Menteri itu takutkan cabaran debat Anwar itu.
Menang atau kalah bukan soalnya. Yang penting, Sabri cuba tonjolkan keberanian beliau berdepan dengan musuh Umno paling merbahaya. Maka, secara moralnya Sabri Cheek kalah. Tapi, Sabri dapat juga tunjukkan bahawa beliau adalah wira di samping mengambil ruang dan kesempatan membuka pekung Anwar lama dahulu.
Siapakah pengganti Sabri Cheek jika Najib enggan mendepani Anwar?
Najib faham bahawa beliau akan kalah kalau berdebat dengan Anwar di TV9. Tapi itu bukan masalahnya. Masalah utama Najib, siapa boleh ganti Najib untuk jadi lawan berdebat Anwar? Hadis ada menyebutkan, kita jangan tersadung jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.
Jika ada yang tergamak dan bersedia dikalahmalukan seperti Sabri Cheek, nescaya Najib akan berhelah ke luar negara atas urusan negara dan mengirim orang seperti Sabri Cheek untuk berdebat dengan Anwar. Masalahnya sekarang, tiada yang berani menawarkan diri seperti Sabri Cheek lagi. Kekalahan Sabri Cheek tetap segar dalam ingatan mereka. Jangan jatuh dalam lubang yang sama dua kali, demikian sabda nabi.
Tetapi, pesan nabi yang baik itu dimanfaatkan kapitalis Umno dalam melunaskan kegiatan jahat mereka. Selepas Sabri gagal pertahan hujah Umno ketika berdebat dengan Anwar mengenai kaedah menurunkan harga petrol, tiadalah yang berani tampil menyerahkan batang leher untuk dikelar sembelih.
Daripada sudut ini, ternyata Abdullah lebih 'jantan' dan lebih 'berani' berbanding Najib. Ya, setidak-tidak beliau mengirim Sabri Cheek sebagai umpanan.
Sabri tentu tidak akan sanggup berdepan dengan kekalahan buat kali kedua. Beliau tidak mahu diketawakan rakyat untuk hari yang seterusnya, dijadikan modal ceramah Anwar di sana-sini.
Jadi, Najib sedang buntu sekarang kerana terlanjur menuduh bahawa Buku Jingga itu dan 'Program 100 Hari Pakatan Pembangkang' sebagai suatu yang 'hampeh' menurut bahasa kasar, bahasa pasar anak-anak muda sekarang.
Setelah takut berdebat, apatah lagi tiada insan 'seberani' Sabri yang bersedia diketawakan orang, maka beliau terpaksa mengguna kaedah lain.
'Gangguan' pertama - laporan Bernama
Seperti yang kita sebut awal-awal tadi, laporan media kerajaan akan dimanfaatkan untuk putar belit kenyataan Anwar. Maka, ke atas hal ini, Anwar telah menjawab laporan Bernama itu sebagai berikut di dalam blognya di bawah tajuk - Cabaran debat: Laporan Bernama mengelirukan.
"Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Sri Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqosid Syariah di Insaniah petang tadi.
Saya tegaskan di sini, saya sedikit pun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.
Saya berharap pihak Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarik 19 Januari, 2011 yang berjudul 'Saya tidak ajak Perdana Menteri berdebat, hanya berbincang' - Anwar.
'Gangguan' kedua - cabaran Umi Hafilda?
Kedua, setelah Sabri dan menteri di sekeliling Najib sudah pucat lesi, maka gangguan kedua ini dicetuskan wanita. Rakyat berasa aneh apabila tiba-tiba Umi Hafilda bersuara pada ketika Anwar mencabar Najib berdebat.
"Kenapakah Najib sanggup memperalatkan perempuan seperti Umi Hafilda semata-mata untuk mengelak debat dengan Anwar?" tanya seorang teman. "Najib ni anak jantan ke anak apa?"
Kata Umi Hafilda, sebelum Anwar mahu mencabar Najib untuk berdebat, maka berdebatlah terlebih dahulu dengan dirinya. Rakyat hairan, buntu fikiran - kenapa wanita yang kerap jadi benteng pertahanan Najib. Setidak-tidaknya, Abdullah menggunakan 'anak jantan' seperti Sabri bagi mendepani Anwar.
Entahlah, mungkin, itulah agaknya lumrah yang berlaku dalam kehidupan Najib. Ketika sesak, maka perempuanlah yang jadi penghadangnya. Rosmah turut membela Najib apabila wujud kisah gelap Altantuya.

No comments:
Post a Comment