Oleh H FANSURI
Pada 5 Februari lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya, saya dikejutkan dengan kisah yang disampaikan oleh Prof Dr Osman Bakar dalam acara anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) dan Yayasan Selangor.
Dalam ucapan berjudul Alam Melayu dan Dialog Tamadun itu, beliau menyentuh perihal kewujudan dialog antara Islam dan Confucianisme di Universiti Malaya pada tahun 1965.
Menurutnya, impak dialog tamadun yang dilaksanakan di Universiti Malaya itu rupa-rupanya menjalar sehingga ke negara China sehinggalah hari ini. Kesan wacana dan dialog itu masih ada, kata beliau.
Mengenangkan hal ini, saya teringat bahawa kemungkinan Tun Abdul Razak, ayah kepada Najib Razak boleh ke China hingga mewujudkan hubungan yang terjalin antara pemimpin komunis China Mao Tze Dong itu, mungkin terkait dengan sebab dialog peradaban Islam dan Confucianisme di UM itu juga.
2011, genap 500 tahun Melaka dijajah
Maka, Umno pun berbanggalah dengan Tun Abdul Razak sambil mencanangkan bahawa beliau sudah menjalinkan hubungan dengan komunis China ketika ancaman komunis masih berleluasa.
Dan ramai lagi pensyarah ilmuan termasuk mahasiswanya yang lahir dari perut rahim universiti itu lalu menjadi pemimpin dalam masyarakatnya sendiri.
Dalam ucapan itu juga, Dr Osman Bakar mengingatkan umat Melayu, "Jangan lupa, tahun ini empayar Melaka itu sudah genap 500 tahun dijajah Portugis."
Penjajahanlah, khasnya penjajahan akal fikiran menyebabkan rakyat peribumi tidak dapat memajukan diri kerana pemikiran telah disempitkan. Tahun 2011 ini, banyak menyimpan kenangan dalam rak fikir.
Contohnya, Hosni Mubarak dan Ben Ali serta kebanyakan negara Arab kini sedang bangkit mengguling diktator di negara mereka masing-masing. Dan kebetulan pula, hal kejatuhan ini berlaku saat genap 500 tahun Melaka 'digulingkan' Portugis dalam beberapa siri peperangan.
Tetapi, ketika Portugis melanggar Melaka juga, kita tertanya-tanya adakah hubungan China dan Melaka itu masih erat? Dalam sejarahnya, hubungan Melaka-China itu sungguh murni hingga hubungan terbina melalui perkahwinan, juga sebagai cara menyelamatkan serangan daripada Thai.
Tapi, tidak diketahui kenapa China tidak mengirim askarnya ketika Melaka dilanggar Portugis? Hal ini perlu ditelaah teliti, rapi dan rinci. Padahal, keturunan Puteri Hang Li Poh – Baba Nyonya masih ada di Bukit China, Melaka. Mungkinkah pada ketika itu China juga sedang dilanggar masalahnya sendiri?
Apa-apa pun, kita sedar bahawa 'jasa' Abdul Razak ialah merintis semula jalan hubungan ke China oleh sebab wujudnya dialog ketamadunan Islam dan Confucianisme itu. Tetapi, kata Dr Osman Bakar dialog tamadun yang merawat jalinan hubungan ke China itu, tiada pula kajian dilakukan terhadapnya.
Ya, daripada suatu segi, kita patutlah rasa kagum dengan pencapaian UM yang menyebabkan beberapa acara yang disusun kampus itu pada suatu masa dahulu mendatangkan kesan terhadap negara ini.
Namun, hari ini UM tidaklah semegah dahulu. Ia tidak mengubah dasar negara, sebaliknya, kampus itu sendiri telah banyak dipengaruhi oleh kepentingan negara, menteri pengajian tinggi dan VIP tokoh judi.
Salah satu buktinya, ialah penjenamaan Dewan Kuliah Lim Goh Tong di sebuah fakulti di universiti itu sendiri. Juga, kampus UM dipengaruhi secara sulit oleh menteri Umno dalam pilihan raya kampus.
Jadi, Najib Razak haruslah berfikir keras tentang tatacara baharu untuk pulihkan UM sebagai kekuatan politik kenegaraan Malaysia masa hadapan. Suatu hal yang Najib perlu fikirkan ialah, ketika tahu 1965 itu, tiada AUKU yang menyekat dan membataskan pergerakan pensyarah dan mahasiswanya.
Maka, apabila tiadanya AUKU, maka tiadalah ruang untuk para diktator dan koruptor universiti di HEP termasuk Naib Canselor dan timbalannya untuk menyeleweng dan menyimpang terhadap akta tersebut.
Peranan Najib menjalin hubungan dengan Mongolia
Jika ayah Najib pernah jalinkan hubungan Malaysia - China, maka atas alasan apakah Najib tidak boleh memulihkan kembali hubungan Malaysia–Mongolia?
Luka sengsara di dada Mongolia, penawarnya itu dalam darah Najib sendiri. Najib wajib semak semula bagaimana UM terbina sebagai badan intelektual yang mendorong ke arah kelahiran Dasar Kebudayaan Negara termasuk menjalinkan semula hubungan Malaysia dan China itu.
Terpulang kepada Najib sama ada mahu menghubungkan Malaysia – Mongolia melalui ekonomi atau kebudayaan. Sebagai kapitalis tersohor lagi ternama yang terjebak denggan Altantuya dengan komisen kapal selam Scorpene, tentu sahaja beliau tertarik dengan perusahaan, kegiatan ekonomi dan iktisad.
Lagi pun, semua orang tahu bahawa perdana menteri kita punya kapal-kapal yang berlabuh di dermaga. Ini semua cukup mudah bagi Najib jika beliau merintis hubungan dengan Mongolia atas nama iktisad.
Untuk permulaan, eloklah dirintis hubungan Mongolia lewat kebudayaan. Ada lagu rakyat, The Song of Ch'ih-le yang dinyanyikan Hsien-pei (suku Turki nomad di Mongolia). Turki dan Mongolia sebetulnya bersaudara dan dua bangsa ini sudah membina Empayar Mughal (Mongolia) dan Turki Uthmaniyyah.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Lagipun, bukan jauh jarak China - Mongolia; berjiran di utara China sahaja. Fikirlah yang terbaik demi negara sebelum diguling dalam revolusi thawrah nantinya.

No comments:
Post a Comment