Oleh H FANSURI
Natijah yang diterima Bob Lokman agak padah dan parah. Beliau tidaklah seperti penyanyi Dwen yang memasuki Al-Arqam atau Azmil Mustapha, pelakon Ali Setan yang mengikuti Jemaah Tabligh.
Tetapi, Bob terus memasuki gelanggang politik kepartian PAS. Dan, itu adalah suatu keputusan paling nekad bagi sesiapa pun yang bergelar artis dan penghibur.
Zaman Akil Hayy sudah berlaku. Tetapi, Bob sedikit berbeza. Beliau dalam tempoh yang singkat sudah terjun masuk ke dalam gelanggang PAS. Ia terjun mengejut secara tiba-tiba, tanpa sesiapa menjangka.
Setidak-tidaknya, Akil Hayy misalnya pernah buat pengakuan bahawa beliau sebetulnya sudah ada asas agama, kemudian hanyut dan akhirnya kembali semula dalam jalan pulangnya. Tetapi, Bob ini tiba-tiba sudah beralih arah, berputar terus tanpa dijangka.
Pada malam ketika dia mengundurkan diri itu, Bob turut menyentuh perihal dirinya yang sudah banyak membuatkan orang ketawa. Banyak ketawa ini bahaya, katanya.
Tetapi, boleh jadi juga beliau berasa terkesan dengan pemergian rakan karibnya Din Beramboi kerana nama rakannya itu turut beliau sebut dalam ketika beliau berada di atas pentas.
Dan, banyaklah lagi hal-hal yang turut menjadi tanda-tanya kepada seseorang yang dahulunya terjebak ke dalam gelanggang keduniaan, dan kini menghalakan tujuan hidupnya kepada gelanggang akhirat.
Keputusan Bob itu memang nekad seperti yang disebut pada malam ketika beliau menghebahkan sikap dan pendirian beliau itu. Katanya, pengumuman itu memang dibuat secara langsung.
“Kalau rakaman, memang kena potong semua pengumuman nak berundur ni,” kata Bob Lokman lagi.
Kehidupan artis, dalam realiti hari ini tentunya sepenuh-penuhnya bergantung kepada rapatnya mereka dengan Umno dan BN. Jangan samakan Bob seperti KRU yang memihak kepada Anwar Ibrahim. Anak muda itu maju setapak daripada bergelar penyanyi kepada penubuhan studio rakaman sendiri.
Baru-baru ini, ketika turun berkempen di Kerdau, kamera menyorot aksi kempen Bob Lokman sedang menyanyi dan melakukan jenaka dan gurau ke atas para pendengar. Lalu ulasan televisyen merumuskan beliau sebagai 'Pelawak Pas'. Adakah komen seperti ini terpalit ke atas artis lain yang berubah haluan?
Dikritik pengamal media
Tidak hanya di tv, sementara Joyah seorang kolumnis hiburan turut mengirim kritikan ke atas Bob. Jika teguran ini diapungkan ke atas masalah artis bersekedudukan, terjebak dengan 'clubbing', maka kritikan semacam itu boleh kita terima.
“Yang paling Joyah terkesan apabila Bob kata dia mahu memilih watak yang tak mendatangkan dosa bila dia dah mati nanti. Selain itu Bob juga berkata tujuan utama dia masuk parti pembangkang sebab anaknya mempunyai masalah dalam sistem kehidupan termasuklah sistem persekolahan dan pergaulan
dalam masyarakat sekarang ini.
“Sebab bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana Bob juga
baru sedar tanggungjawab pada anak-anak,” tulisan Joyah dipetik.
Tambah penulis kolum tersebut, masuk parti mana sekali pun, tak semestinya dijamin ke syurga. Malah dengan caci, kutuk, susah nak dapat pahala, Dalam sinisnya, Joyah berharap Bob tidak bersikap seperti itu yang tentu sahaja sikap caci-maki itu ditujukan khusus kepada PAS.
Itu baru kritikan tv dan kolumnis Joyah. Belum masuk komen setiap hari yang dia akan dengar. Ke atas komen negatif berhubung penglibatannya dalam PAS itu memang Bob jangka akan keluar tersiar.
Adakah Bob mampu menepis?
Kritikan Joyah semacam ini bukanlah kita tidak boleh menepisnya. Tidak ramai pengamal media serta wartawan hiburan yang faham sehingga mampu menghadam masalah politik kepartian dengan tepat.
Joyah juga mungkin tidak sedar atau terlepas pandang terhadap sikap Najib Razak yang mengkritik Dr Yusuf Al-Qaradawi, seorang ulamak terkemuka termasuk mendakwa Ikhwan Muslimin sebagai sebuah kumpulan yang terkait dengan keganasan dan militan.
Malah, pemikir Umno sendiri turut berasa resah dengan pendirian Najib tersebut. Mereka melantunkan resah mereka bahawa para penasihat PM mestilah membuat penyelidikan sebelum menasihatkan Najib mengenai sesuatu hal. Tetapi, hal seperti ini tidak mungkin Joyah mengetahuinya.
Umno juga terlibat dengan masalah yang cukup kuat dengan maki hamun dan kini fitnah liwat. Hingga kini tidak diketahui apakah Umno telah meminta maaf ke atas waris Ibu Zain dan waris Dr Buhanuddin Al-Hulaimy yang mereka fitnah sejak lama dahulu.
Fitnah liwat ke atas Anwar ini masih terhitung sebagai perkara baharu berbanding fitnah Umno bahawa Ibu Zain dan Dr Burhanuddin ada hubungan yang istimewa sesama mereka. Joyah tentu tidak tahu akan hal kedudukan Umno sebagai parti pemfitnah ini, sebab itu beliau tergamak mencerca Bob yang terjun dalam PAS yang kerap dikaitkan Umno sebagai parti yang suka mengutuk dan mencaci maki.
Tetapi hal yang lebih penting, bukanlah persoalan Bob menjawab Joyah dan rakan-rakannya. Persoalan yang lebih utama, adakah lidah rasmi PAS boleh memberi kolum agar Bob dapat menyeru rakan-rakan artis untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat menjelang revolusi menumbangkan Najib dan Rosmah?

No comments:
Post a Comment