Oleh H FANSURI
Rosmah bukanlah intelektual. Kekerapan beliau muncul di kaca televisyen itu adalah disebabkan beliau isteri Perdana Menteri. Gelaran isteri PM bukanlah jawatan dalam menteri kabinet dan beliau bukanlah memiliki apa-apa keistimewaan dalam kuasa eksekutif.
Apa yang terkandung dalam fikiran wartawan Astro Awani ketika meminta fikirannya tentang tsunami itu tidak diketahui. Tapi tugas wartawan cuma mencari berita. Editor membuat keputusan paling penting.
Itu yang berlaku pada 11 Mac lalu di rangkaian stesen penyiaran swasta itu. Kenapa disiar kenyataan itu hingga Malaysia tertimpa azab yang begitu aib lagi sadis, maka editor televisyenlah yang bertanggungjawab. Tapi kebodohan bukan jenayah atau dosa. Setiap orang ada hari bodoh. Sikap Nazri Aziz yang mempertahan kebodohan fikiran Rosmah di parlimen itulah tragedi yang lebih dikesalkan. Nazri dua kali bodoh kerana pertahan kenyataan bodoh Rosmah.
Ini petaka buruk terhadap generasi masa depan. Tsunami dan gempa bumi di Malaysia tidaklah berlaku dalam bentuk fizikal seperti Jepun. Tapi di Malaysia, tsunami lahir dan gempa bumi terzahir dalam rupa paras kebodohan Rosmah yang dipertahan Nazri Aziz, fitnah liwat media Najib Razak, kecurangan dan rasuah yang tidak dihakimi secara telus.
Rosmah mahu kelihatan intelektual?
Berbalik kepada Rosmah, dalam fikiran isteri PM itu sebenarnya sudah ada kalimat 'climate change' dan 'green technology'. Oleh itu, untuk kelihatan lebih intelektual dan nampak 'cool', maka hal itulah yang lebih kerap beliau dengung.
Rosmah akan selalu berkata, bahawa segala kejadian gempa bumi, tsunami ini adalah kerana manusia tidak memelihara alam ini. Walhal semua ini terjadi kerana ada beberapa sebab yang melingkarinya. Dan, sebab-sebab inilah yang perlu disiasat dan dikaji.
Tapi Rosmah tidak mengkaji terlebih dahulu, sebaliknya terus membuat kesimpulan dan rumusan awal.
"Ini, pada diri saya, adalah suatu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka nak buat, atau pun sebarang pembangunan yang mereka ingin lakukan, seharusnya mengkaji dulu keadaan sekeliling dan mengaitkan dengan climate change dan green technology termasuk juga negara kita."
Ya, fikiran Rosmah betul daripada satu segi; misalnya jika ada kejadian tanah runtuh dengan sebab wujudnya pembalakan haram berleluasa. Tetapi, harus diingat tentang gempa bumi yang terjadi sejak dulu tanpa berlakunya pembalakan. Insan primitif bersikap harmoni kepada alam, tetapi gempa bumi tetap terjadi juga.
Insan primitif tidak mengganggu sungai, tidak menebang pokok hutan, tapi tetap juga gunung api meletus, bergolak lalu melahirkan gempa. Adakah manusia primitif itu tidak hiraukan 'green technology'?
Permata Pintar, tetapi dirinya tidak pintar (status FB, agak ironi pabila memikirkan Pengerusi Permata PINTAR tidak pintar membuat hubungkait kejadian tsunami dengan 'climate change' dan 'green technology').
Rosmah tidak menggelincirkan lidahnya untuk mengucapkan rasa terharu ke atas bebanan penderitaan umat lain. Dalam hatinya sudah lumpuh rasa kasih dan sayang walaupun kerap kelibatnya dipersembah sebagai ibu yang kasihkan anak-anak dalam program Permata Negara.
Menyentuh soal Permata Negara, ini pun suatu hal juga. Rosmah adalah penaung dan misi dan visinya adalah mahu mencetak cendekiawan muda di negara kita.
Tapi, alangkah ironisnya ketika penaung program Permata Pintar ini tidak pintar menjawab soalan. Dia cuma menggunakan wang rakyat untuk melonjakkan nama dirinya, atas nama isteri PM.
Sungguh benar gandingan, jalinan Najib Rosmah ini membawa petaka buat alam. Apakah pepatah yang sesuai untuk gambarkan hubungan jalinan mesra antara mereka berdua ini?
Nenek moyang kita sudah menyempurnakan tanggungjawab menumpahkan bidalan pesan nasihat dan mencurahkan pepatah hikmah yang sangat kuat untuk diwariskan kepada anak-anak keturunan mereka.
"Bagai aur dengan tebing," kata mereka ketika menunjukkan betapa eratnya hubungan yang saling mengukuhkan itu. "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat," kata mereka lagi.
Sejahat-jahat Najib Razak, sebebal-bebal Rosmah, mereka tetap tidak jatuh walaupun ramai ahli-ahli Umno yang beriman dan bertaqwa kini bercita-cita menggulingkan Rosmah.
Ini kerana, hubungan Najib – Rosmah itu memang ideal sekali dalam urusan saling mengukuh kuatkan hubungan kejahatan masing-masing. Pendek kata, jatuh Rosmah, maka jatuhlah Najib. Rebahnya Najib maka tergulinglah Rosmah. Jadi, apakah pepatah yang sesuai untuk kedua mereka ini?
Oleh kerana tsunami dan gempa bumi itu berlaku di Jepun, maka kita pun mengambil keputusan untuk mengambil Dasar Pandang ke Timur untuk mencipta pepatah baharu hari ini.
Teringat Jepun, terfikir pula P Ramlee yang suka unsur Jepun. Tora Si Harimau Jadian itulah contohnya. Ada juga lagu Jepun dalam Laksamana Do Re Mi. P Ramlee juga meminati pengarah Jepun bernama Akira Kurosawa.
Ertinya, sebelum Oshin, sebelum filem drama Jepun masuk Malaysia kini, penggiat seni hiburan klasik sudah ada 'dasar pandang ke Timur' dalam pembikinan perfileman Melayu. Maka, pemikiran Dr Mahathir ini mundur terkebelakang jika dibanding kemajuan pemikiran tokoh perfileman.
"Kalau kau menjadi bunga, biarku jadi tangkainya.." ini adalah lagu Azizah dalam Penarek Becha. Jadi, jika tiada bantahan DBP, maka pepatah itu berbunyi, "Jika Najib menjadi gempa bumi, maka Rosmahlah tsunaminya."

No comments:
Post a Comment