Oleh Ali Bukhari Amir
Percikan bahang api revolusi terbang merayap ke seluruh benua. Ketika rencana ini ditulis, ada gegaran di Libya. Dalam seminggu, dilaporkan kira-kira 233 orang terbunuh.
Seif Al-Islam, anak kepada Muammar Ghaddafi berkata, Libya tidak boleh disamakan dengan Tunisia dan Mesir. Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa askar negaranya melakukan kesilapan kerana tidak dilatih untuk menangani penunjuk perasaan sebelum ini.
Sementara itu, di Sudan, Presiden Omar al-Bashir dilaporkan tidak akan bertanding lagi untuk pilihan raya akan datang. Sebaliknya, Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh pula masih bertahan dan enggan menyerah kalah dengan tuntutan rakyatnya sendiri.
“Jika mereka mahu saya meletakkan jawatan, saya akan berundur hanya dengan kekalahan di peti undi,” kata Ali ketika beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di Universiti Sanaa baru-baru ini.
Dan dijangka akan banyak lagi tekanan bakal muncul yang ditimbulkan oleh kesan gelombang thawrah di Timur Tengah mutakhir ini.
Ketika bahang Reformasi 1998 meledak, maka timbul istilah ungkapan baharu yang dimasyhurkan Dr Siddiq Fadzil; Reformasi Islah yang bertujuan membezakan kalimat Reformation dalam konsep Barat, yang dikatakan sedang menuju era-era pencerahan tanwiri; Enlightenment.
Kini, 13 tahun sesudah itu (2011), pergolakan mula meletus dengan rata-ratanya di negara Arab, Timur Tengah. Angka 13 sahaja mengirim makna gelap menurut jalan fikiran penganut agama Kristian.
Bagaimanapun, kita bukanlah akan merincikan hal tersebut melainkan sekadar meneliti semula suasana ini dengan tabiat kegemilangan Islam masa depan.
Saat ini, sudah ada 22 buah negara Arab terpisah-pisah. Dan, mungkin ada lagi penunjuk perasaan yang menunggu masa yang sesuai untuk menyusun pemberontakan di negara masing-masing.
Suatu fakta yang jarang dihitung dan diperhatikan ialah – kedudukan negara-negara Arab yang sedang keluar memberontak ini didorong oleh perasaan kebangsaan Arab itu sendiri.
Perasaan kebangsaan dan kekitaan Arab itu tidak pula mendorong rakyat di negara-negara bukan Arab untuk melaksanakan revolusi. Hal ini turut menjadi teka-teki bagi kita.
Kedudukan Arab di bawah Turki Uthmaniyyah
Di sana wujud pendapat yang menyatakan bahawa 22 buah negara Arab ini merupakan bekas kumpulan suku-suku kabilah Arab yang mahu memerdekakan diri daripada pengaruh penguasaan empayar Turki ke atas kabilah-kabilah Arab itu.
Maka, dengan bantuan kabilah-kabilah Arab, empayar British yang selama ini menjadi saingan kepada empayar Turki Uthmaniyyah, sudah berhasil menjatuhkan empayar kekuasaan Islam yang terakhir itu.
Lalu sebagai balasan ghanimah kerana bekerjasama dengan empayar British itu, bani-bani kabilah Arab telah ditawarkan tanah dalam bentuk kemerdekaan negara yang diagih-agihkan sesama mereka sendiri.
Kini gelora daripada gelombang kekitaan, kebangsaan Arab itu mula bangkit demi penyatuan semula di atas kesan perpecahan yang lama dikoyakkan oleh empayar British itu.
Ketika bangsa Arab hari ini bangkit memberontak, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang berusaha menyatukan semula semangat kekitaan dan kebangsaan yang terawal pernah wujud pada era kegemilangan Bani Uthamaniyyah Turki sebelum ini.
Masa depan Islam di tangan umat Melayu
Tradisi-tradisi penentangan ini diwarisi daripada iltizam semangat Musa melawan Firaun, dan Ibrahim melawan Namrud. Dakwah nabi-nabi di bumi anbiya' ini adalah mirip kepada gerakan revolusi hari ini. Namun, antara Ibrahim dan Musa, ternyata kisah Musa melawan Firaun yang banyak diceritakan.
Kita mungkin tertanya-tanya kenapakah hal ini berlaku? Padahal, bukanlah tidak ada sejarah pergelutan revolusi antara Nabi Yahya a.s dan Nabi Isa a.s dengan raja Rom yang banyak disebut di dalam Bible.
Hal inilah yang mesti direnung bersama. Penentangan Musa melawan Fir'aun di Mesir sudah dibahas di dalam al-Quran dalam senarai panjang.
Ini bermaksud, revolusi thawrah yang paling agung bermula di bumi Mesir sendiri. Dan, wilayah inilah yang perlu diberi perhatian oleh Melayu sebagai bangsa terakhir yang membela Islam akhir zaman.
Dengan ramainya mahasiswa kita yang dikirim saban tahun di Universiti Al-Azhar, maka Melayu patut menjadi nadi penggerak revolusi thawrah di negara ini berbanding bangsa lain.
Hal ini turut diulas Dr Siddiq Fadzil mengenai kedudukan istimewa Melayu yang terus menerima Islam oleh kerana kekuatan ajaran Islam itu sendiri. Dalam ucapan berjudul Pemikiran Melayu: Dari Warisan ke Wawasan, beliau menyimpulkan bahawa ajaran Islam yang penuh kekuatan daya rubahnya (quwwah taghriyyah) itu telah menyebabkan Melayu memeluk ajaran Islam beramai-ramai.
Mungkin tabiat Melayu yang asal itu memang terkenal santun, tapi sikapnya juga amat suka menentang penindasan kerana selari dengan ajaran Islam yang juga menganjur perlawanan ke atas kemungkaran.
"Kalau ada yang melihat kemungkaran, maka laksanalah taghyir; kekuatan daya ubah revolusi dengan tangan kekuasaan mereka. Juga, dengan lisan dan doa di hati," demikian sabda Rasulullah s.a.w.
Mungkin sebab ini, Bilal bin Rabah, muatadh'afin yang tertindas memeluk Islam dengan mudah lantaran ajaran baginda membela nasib manusia teraniaya lalu mengajurkan perlawanan revolusi melawan tuan beliau, Mua'wiyah yang kerap mendera dan menghinanya.
Tambah menarik–Prof Dr Osman Bakar dalam ucapannya pada 5 Februari lalu di Seminar Pemikiran Melayu turut menyebut bahawa Melayu Islam akan bangkit selepas Turki kerana mereka tidak pernah menguasai dunia. Apatah lagi Melayu Islamlah yang paling ramai di dunia kini. Tapi, yang tetap menjadi teka-teki, apakah Melayu bangkit dengan demokrasi atau revolusi?

No comments:
Post a Comment