Oleh H FANSURI
Kampung Baru memang daerah revolusi. Ia dihuni oleh ramai revolusioner. Hal ini saya kesan, apabila sempat mengedar borang soal selidik kepada beberapa penduduk di sini.
Kampung Baru memang daerah revolusi. Ia dihuni oleh ramai revolusioner. Hal ini saya kesan, apabila sempat mengedar borang soal selidik kepada beberapa penduduk di sini.
Mereka memang tidak banyak cakap rupa-rupanya. Ini sikap orang Melayu di sini. Mereka melawan di dalam diam. Dan, hal ini tidak mungkin dikesan oleh Raja Nong Chik dan Najib Razak.
“Bang, mereka tak nak isi borang soal selidik ni,” kata seorang gadis kepada saya ketika menyerahkan borang kaji selidik itu semula. Borang itu diedarkan bertujuan memungut pendapat berhubung warisan yang perlu kerajaan pelihara jika terjadinya pembangunan di Kg Baru.
Inilah secebis kisah yang benar-benar terjadi di Jalan Raja Muda Musa Kg Baru pada suatu dinihari. Di suatu sudut lain pula, ada sebuah lagi kisah di Kg Baru yang lebih revolusioner sifatnya.
Iaitulah kehadiran beberapa orang pembangkang Singapura yang berbicara mengenai politik Malaysia. Mereka baru bertemu Dr Mahathir di PWTC. Asalnya, mereka ini Umno Singapura yang kemudiannya sudah menjadi pembangkang di negara republik tersebut.
Daripada mereka, saya mendengar kritikan mereka ke atas Dr Mahathir yang terang-terang menolak hal kerohanian dalam perjuangan membina negara bangsa.
“Dr Mahathir ni, bila kami jumpa dia, sedikit pun dia tidak pelawa kami minum,” kata salah seorang daripada mereka yang wajahnya seperti peranakan India Muslim. “Memang 'fail' adat Melayu dia ni.”
“Betulkah dia tidak sediakan sebarang juadah pun?” tanya seorang lagi ustaz yang berasal sekitar sini.
“Ya betul,” kata mamak itu lagi. “Kami rasa sebak bila dia terang-terang menolak perkara kerohanian dalam urusan perjuangan memartabatkan bangsa. Dia tidak percaya kerohanian ini semua. Kami lihat Dr Mahathir itu tidak lebih daripada seekor semut yang kecil malah lebih rendah daripada itu!”
Sebab itu, kata seorang wanita daripada parti pembangkang itu, Dr Mahathir dengan Lee Kuan Yew itu lebih kurang sama sahaja walaupun Lee juga pernah meminta Melayu Singapura longgarkan pegangan Islam di negara republik tersebut.
Teori Rahim digantikan Teori Rahman
Mereka ini daripada kumpulan parti pembangkang NSP (National Solidarity Party). Tetapi, yang paling menarik adalah ketika salah seorang daripada mereka telah mengemukakan suatu pandangan mengenai tabiat dan realiti baharu politik Malaysia. Saya fikir, ramai kalangan kita sudah maklum akan hal ini.
Cuma, beliau tekankan perihal ini berdasarkan perspektif yang lebih jelas dan bersandarkan lojik akal.
“Awak tahu siapa yang perintah Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya sekarang?” salah seorang daripada mereka bertanya saya. Beliau wanita dan hal itu tidak pernah terlintas dalam fikiran lelaki.
“Najib,” jawab saya ringkas. Dia geleng kepala, enggan bersetuju dengan jawapan itu. Katanya, semua orang tahu Najib yang memerintah secara luarannya. Tetapi, hakikat sebenarnya adalah Rosmah.
“Rosmah yang menguasai Najib,” katanya lagi. “Semua orang tahu cerita ini. Dan kita mesti tahu nama Rahman itu sudah berakhir, lalu diganti dengan nama Rahim pula.”
Daripada dia juga, saya menyedari bahawa Teori Rahman sudah pun tamat atau luput tarikh waktunya. Dan, kini sudah ada teori baharu, iaitu Teori Rahim. Persoalannya, bagaimana boleh timbul teori ini?
Alkisahnya nama-nama ini datang daripada nama bekas Perdana Menteri pertama; Abdul Rahman. Jadi teori ini sudah berakhir dengan naiknya Najib Razak yang menjadi penutup kepada Rahman itu.
“Nama Rahman ini sebenarnya nama Tuhan,” kata beliau. “Selepas nama Rahman, nama Rahim pula.”
Pangkal 'R' pada kalimat Rahim itu merujuk kepada Rosmah Mansur. Tambahan pula, rahim itu adalah nama kepada salah satu anggota perempuan iaitu anggota peranakan.
Jadi, menurut beliau, hal ini lebih banyak tertuju kepada kedudukan Rosmah sebagai 'Perdana Menteri' Malaysia yang baharu. Saya termenung lama juga memikirkan hal ini.
Tetapi, hal yang semacam ini tentu sahaja belum lagi menjadi bahan renungan, ramuan fikiran rakyat Malaysia seluruhnya. Sebab itu, tidak ramai yang menyedari Rosmah dalam pentadbiran negara.
Dalam hal ini, kedudukan Rosmah masih kekal terpelihara kerana rakyat masih takut atau tidak sangka betapa besarnya isteri Najib Razak itu. Tetapi, boleh jadi juga rakyat terlepas pandang.
Mereka kemudiannya pulang, tetapi yang masih tinggal kekal sebagai bahan renungan di dalam kepala adalah kedudukan Rosmah sebagai 'Perdana Menteri' Malaysia yang terlindung ini.
Revolusioner Kg Baru dan Malaysia seluruh sedang menunggu hari-hari terakhir untuk menggulingkan Najib Razak. Jatuh tergulingnya Najib, sekali gus rebahlah Rosmah dari takhta kedudukannya.
No comments:
Post a Comment