Oleh H FANSURI
Heboh diperkatakan orang mengenai Dato' T. Kemudian tersiar nama Rahim Tambi Chik pula. Persoalan betul atau salah tentang sosok seseorang di dalam 'video lucah' itu tidak perlu dibangkitkan di sini. Yang kita mahu bincang secara akademik di sini sekarang adalah kisah Rahim Tambi.
Kita tahu Tambi Chik pernah meniduri seorang gadis bawah umur pada suatu masa dahulu. Kita juga tahu bahawa beliau juga adalah bekas Ketua Menteri Melaka. Cukup setakat dua perkara ini. Lalu, kita menyingkap pula tirai jendela sejarah Tambi.
Syahadan, dalam buku Syair Tantangan Singapura abad kesembilan belas, yang diselenggara oleh Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh, ada sepotong syair yang digubah oleh seorang pengarang yang tidak kita ketahui namanya sehingga ke hari ini.
{Dalam buku Syair Tantangan Singapura itu, terhimpun tiga buah syair protes kepada kelas atasan dan kapitalis British, iaitu Syair Dagang Berjual Beli, Syair Potong Gaji, dan Syair Tenku Prabu Di Negeri Singapura.}
Dan, tajuk syair yang memperihalkan kedurjanaan seorang tambi itu adalah Syair Tenku Prabu Di Negeri Singapura. Mungkin setakat ini, cuma dua karya yang benar-benar mengisahkan riwayat tambi-tambi di Singapura dan Malaya.
Selain Syair Tenku Prabu yang termuat di dalam buku Syair Tantangan Singapura (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 1994), sebuah lagi hikayat turut memperihal sejarah seorang tambi yang terkenal dengan akhlak buruk. Nama hikayat itu, Hikayat Munsyi Abdullah.
Dan, nama tambi yang diulang dalam Hikayat Munsyi Abdullah itu adalah sama; Tambi Abdul Kadir namanya. Bagaimanapun Syair Tenku Prabu Di Negeri Singapura (dalam Syair Tantangan Singapura) tidak menyebut nama tambi itu dengan jelas.
Tambi bermukah dengan Tenku Prabu?
Kemuncak kemarahan rakyat dan orang Melayu di Singapura ialah ketika permaisuri Tenku Prabu bersekududukan dengan lelaki yang dinamakan 'Tambi' Abdul Kadir di istana Kg Gelam, Singapura. Dan, hal yang mendukacitakan mereka ialah sikap sultan yang mendiamkan perkara itu.
Perihal bersekedudukan yang berlaku terlalu lama itu diriwayatkan sebagai berikut:-
Mula-mulanya ora(ng) menampalkan pelekat
di pintu kota konon dilekat
Tenku Prabu dengan Tambi duduk berdekat
dilihat orang suatu tempat.
Gemparlah sekalian hamba dan sahaya
setengah orang tidak percaya
sampailah kepada miskin dan kaya
banyak yang melihat mengatakan ia."
Begitulah halnya cerita pergolakan dalaman di Istana Kg Gelam. Manakala dalam Hikayat Munsyi Abdullah, penulis meriwayatkan hal Tambi Abdul Kadir sebagai berikut:-
"Maka apabila aku sampai ke Singapura, maka kudengarlah berbagai-bagai khabar dari hal dalam istana Sultan Singapura, iaitu dari sebab ia mengasihi seorang peranakan Keling anak Melaka, yang bernama Abdul Kadir bin Ahmad Sahib, negerinya Muhammad Bandar. Maka adalah Abdul Kadir itu dipercayainya sampai ditaruhnya akan dia dalam istananya seperti orang anak-beranak atau seperti orang berlaki bini rupanya dalam istana itu.
"Maka, dari sebab itu menjadi sumbanglah pada pemandangan segala orang besar-besarnya dan segala kaum keluarga Sultan itu, sehingga menaruh cemburulah mereka itu masing-masing akan Abdul Kadir itu. Maka, jikalau sekiranya mereka itu menjadi harimau, maka sebentar itu juga hendak dipatahkannya batang lehernya.
"Dan lagi pula semenjak ada Abdul Kadir itu, maka jaranglah sudah segala orang-orangnya dan menterinya yang dikasihinya dahulu itu, melainkan Abdul Kadir itulah yang dilebihkannya dan diserahkannya ikhtiar kepadanya daripada baik dan jahatnya. Maka, barang katanya, kata Sultan. Maka dari sebab segala perkara yang tersebut itu, pekerjaan Sultan itu menghilangkan akal segala manusia."
Tamat petikan. Akhirnya, kedua-dua pengarang ini; Munsyi Abdullah dan pengarang Syair Tenku Prabu telah merakam gelagat Tambi Abdul Kadir bersama permaisuri Tenku Prabu itu.
Tertuduh melarikan diri ke Melaka
Selepas kelakuan bejat kedua-dua mereka dihidu masyarakat Melayu Singapura, maka rakyat berpakat menyusun aksi revolusi dengan mengusir keluarga sultan itu termasuk Tambi Abdul Kadir dan Tenku Prabu ke Melaka.
Apabila mendengar semula perkara ini dan meninjau pelarian Tambi Abdul Kadir ke Melaka, maka kita tertanya-tanya, adakah Rahim Tambi di Melaka itu keturunan Tambi Abdul Kadir dari Singapura yang melarikan diri ke Melaka itu?
Daripada kes meniduri gadis bawah umur yang dibuat Rahim Tambi bekas Ketua Menteri Melaka dan kisah Tambi Abdul Kadir yang meniduri permaisuri Singapura Tenku Prabu, nampaknya kedua-dua tambi ini mungkin ada kaitan kena-mengena agaknya?
Tidak cukup dengan meniduri gadis bawah umur, maka tambi Melaka menjaja video lucah selatan Thai di depan wartawan di Carcosa guna memperkosa fikiran rakyat jelata adanya.
Mahu jadi apa Malaya hari ini? Di ruang kesempatan ini, kita bertanya sekali lagi, ada kaitan kena-mengenakah keturunankan Rahim Tambi bekas Ketua Menteri Melaka dengan Tambi Abdul Kadir di Singapura yang melarikan diri ke Melaka? Kita tanya sahaja. Jangan marah.

No comments:
Post a Comment