Oleh RUHI HAYATI THANI
Saya menyokong penuh pandangan Joyah baru-baru ini ketika menyelar pelakon wanita baru yang beraksi mencolok mata. Membaca kritik Joyah itu, saya lihat sekurang-kurangnya ada tiga pihak yang cuba disentuh oleh Joyah.

Pertamanya, pelakon wanita. Kedua, pihak grafik. Ketiganya, pihak berkuasa, mungkin kaunseling. Barangkali kerana Joyah itu wanita, maka rasa sensitif beliau itu banyaklah yang tercurah ke atas aksi jelik dan gelagat pelakon wanita yang mencemar adab dan adat tatasusila itu.
Kepada pihak berkuasa, Joyah turut berkongsi rasa hairan kerana pihak itu tidak bertindak ke atas gejala pelakon wanita yang semakin berani berpakaian terdedah itu.
"...Baju yang tersembul sana sini. Kain di bawah pula mesti singkat sampai ke paha," kata Joyah lagi ketika menitipkan kisah seorang pelakon baru yang menurutnya bergaya dengan penuh kebanggaan sehinggakan hampir terkeluar sebahagian buah dadanya.
Aktres itu pendatang baharu dan Joyah kurang senang kepadanya. Beliau sifatkan pelakon itu sebagai wanita yang mahu cari publisiti murahan dengan berpakaian seksi.
Terhadap pihak yang terlibat dengan unit grafik akhbar itu, tulisan Joyah itu turut menyarankan supaya pihak grafik hanya menunjukkan wajah pelakon itu sahaja dan bukan bahagian 'aset' yang tersembul keluar itu agar tidak ditatap oleh pembaca bawah umur atau terlebih umur.
Menurut Joyah, jawapan artis wanita berkenaan berhubung isu pemakaiannya yang kontroversi itu tidak masuk akal. Beliau menyalin semula kenyataan aktres itu: “Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.”
Lalu, kata Joyah - alasan itu tidak boleh diterima kerana hal pemakaian yang sopan itu mudah difahami oleh anak-anak kecil sekali pun. Tapi, kata Joyah, oleh kerana sikap segelintir pelakon yang berkelakuan tidak sepatutnya, maka bidang seni dan hiburan tanahair ini berterusan dipandang hina sehingga mereka pun digelar sebagai manusia kelas ketiga.
Tetapi, benarkah hanya segelintir sahaja pelakon wanita yang berpakaian seksi sebegitu? Dalam Majalah Mangga misalnya, penuh dengan gelagat aksi yang mendebarkan jiwa. Kadang-kadang timbul pertanyaan juga - siapakah yang menyuruh pelakon ini (khasnya pelakon wanita) berpakaian seksi?
Adakah itu semua kehendak mereka sendiri atau permintaan jurugambar dan pihak unit grafik? Ini pertanyaan awal untuk kita sama-sama mencari suatu langkah penyelesaian awal demi usaha menyelamatkan maruah perusahaan hiburan tanahair kita.
Nampaknya, bukanlah tiada langsung tindakan diambil. Berdasarkan catatan Joyah itu, nampaknya ada juga. Berdasarkan tulisan Joyah itu, memang ada usaha pihak tertentu yang bertindak dengan memberikan amaran setakat ini.
Namun, kata beliau, jika usaha pihak atasan itu cuma setakat memberi amaran, memang patutlah segelintir artis wanita kita berdegil untuk mengenakan pakaian seksi di mana-mana tempat sekali pun.
Joyah meninggalkan pembacanya dengan sebuah pertanyaan, "Kalau pakai pun bukan mereka kena gam ke atau dipanggil mana-mana pihak berkuasa untuk diberi kaunseling. Setuju tak?"
Jawapan saya - ya saya bersetuju. Tapi, saya ingin menambah beberapa syor lain juga, iaitu yang pertamanya hendaklah pihak atasan akhbar berkenaan mengeluarkan surat dan notis pekeliling untuk bahagian unit grafik dan jurugambar supaya tidak lagi mengambil gambar pelakon wanita (termasuk yang lelaki) dalam keadaan menjolok mata. Hal ini mestilah dikeluarkan dalam bentuk arahan bertulis dan ditampal di dinding pejabat unit grafik, jurugambar.
Dalam notis itu juga perlu disertakan tugasan baharu, iaitu semua gambar artis lelaki dan wanita yang diambil dalam keadaan tubuh separuh serta suku terdedah, berpelukan atau lain-lainnya dalam keadaan memalukan, maka ia perlu dipadamkan daripada cakera keras (hard-disk) komputer jurugambar di unit grafik.

Pendek kata, pihak atasan mestilah menjalankan suatu operasi sehari suntuk untuk memadamkan gambar-gambar yang meresahkan jiwa itu.
Namakan sahaja operasi besar-besaran ini sebagai 'Ops Gambar XX', dan lancarkan perang, isytihar jihad membela maruah dengan memadamkan stok gambar-gambar yang jijik lagi memualkan di bilik operasi grafik dan jurugambar akhbar berkenaan. Bagaimana? Setuju tak?

No comments:
Post a Comment