Oleh H FANSURI
Timbul cerita mutakhir ini tentang ratusan pelekat haram di sekitar bandar-bandar, pekan di Malaysia yang merosakkan pandangan awam. Kebanyakan pelekat haram ini adalah iklan Ah Long dan selebihnya tawaran-tawaran pekerjaan. Iklan Ah Long yang menawarkan hutang memanglah akrab dengan iklan menawarkan pekerjaan-pekerjaan.
Bercakap mengenai pekerjaan, maka di PWTC bermula 25 hingga 27 Mac lalu, berlangsunglah sebuah karnival kerjaya untuk semua belia di negara ini. Ia dikawal selia dan dianjurkan oleh Barisan Nasional. Ketika melewati Dewan Tun Razak 1 dan 2, poster-poster yang menampilkan wajah Khairy Jamaludin bersama Presiden Umno Najib Razak tergantung-gantung di merata-rata tempat juga.
Di bahagian 'check-point', pada sebelah petang sekitar jam 6 lebih kurang (26 Mac), di tempat belia memasukkan maklumat mereka dalam komputer itu, kelihatan gadis-gadis dan dara-dara berebut-rebut bergambar dengan Khairy Jamaludin. Sama ada Khairy yang mengambil peluang atau pun sebaliknya, maka semua itu boleh dibahas dan disiasat lagi.
Yang tidak perlu disiasat - adakah tindakan sebegitu itu boleh menimbulkan kemarahan isteri KJ?
Ya, hal karnival kerjaya ini meninggalkan kesan dan tanggapan yang menarik dibahas dalam sorot pandangan yang negatif juga. Sememangnya begitulah adat istiadat akhbar berhaluan kiri ini. Tidak pernah langsung memberikan warna putih sekali gus mencetak wajah jernih terhadap gerak kerja BN.
Namun, sorotan pandangan buruk ini memang ada asasnya. Ketika saya turun bersendirian menemui kawan-kawan saya yang berpakaian kemas, mereka mendakwa betapa banyaknya keraguan dan kemusykilan sepanjang urusan mereka memburu pekerjaan itu.
Misalnya, Badrul yang berpeluh dan tekun mengisi borang pekerjaan itu berkata, "Sebenarnya, bilik temuduga itu tak digunakan pun. Kalau setakat mahu kirim 'resume', semua ini boleh kita buat dengan membuat online di internet. Bila datang ke sini pun, kena isi borang yang sama, dan isi borang online secara biasa sahaja. Bukannya ada yang istimewa sangat."
Wan, seorang rakan menawarkan pandangan lain pula yang lebih kejam. Katanya, semua program karnival kerjaya ini mungkin satu cara untuk Umno, BN berhelah juga. Dia dan Bad kemudiannya menunjukkan sejenis kad yang diisi dengan 'bar code' yang di belakangnya tertera logo BN.
"Bar code di kad ini kami isi di komputer. Setelah isi, kami pergi ke mana-mana 'booth' seperti biasa. Tapi, kad ini sedikit pun tidak digunakan," kata Bad.
"Maknanya, semua maklumat kami, nombor kad pengenalan dan alamat rumah, dan segala-galanya sudah ada dalam genggaman BN sekarang ni," kata Wan pula. "Jadi, bila pilihan raya nanti, mungkin senang mereka nak hantar bahan ke rumah atau ke dalam mel eletronik..."
Saya terdiam lama memikirkan kebenaran pendapat kedua-dua rakan itu. Jika BN mengumpulkan maklumat dan data mengenai jumlah belia di negara ini termasuk alamat rumah, nombor telefon dan mel-e mereka, mustahilkah BN mengirim pautan klip video seks pimpinan Pakatan Rakyat (PR) lewat mel-e mereka menjelang pilihan raya umum nanti?
Mereka boleh menggunakan Facebook dan Twitter belia-belia di negara ini untuk melemparkan segala pertuduhan palsu ke atas Pakatan Rakyat seperti mana yang telah dan sedang mereka lakukan sekarang ini terhadap Anwar Ibrahim.
Strategi memburukkan seteru lawan dan dalam masa yang sama menonjolkan kebaikan BN akan lebih bertenaga apabila semua mel-e, Facebook, Twitter dan lain-lain perkakasan internet telah mereka kuasai. Yang paling penting sekarang ialah - belia kita berkemungkinan besar berada dalam keadaan yang sangat bahaya kerana akan membaca dan mengutip berita palsu seperti video seks tersebut.
Video seks itu tentu sahaja akan digunakan dalam keadaan lebih meluas pada masa-masa akan datang. Semua ini sudah dirancang. Khir Toyo pula sudah mengingatkan bahawa taktik ini akan menjadi senjata yang memakan diri sendiri. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur.
Tambi Chik yang terpalit dengan sejarah gelap dengan seorang gadis masih juga tidak serik-serik untuk melakukan dosa lain pula. Ertinya, ramai perancang dan dalang yang terlibat dalam urusan video seks.
Tangan yang mengupah pelacur, tangan yang mengangkat kamera video untuk merakam aksi sebegitu bukanlah tenaga seorang dua, sebaliknya melibatkan sekumpulan pekerja yang ramai juga.
Mungkin, itulah tujuan karnival kerja ini diadakan. Ia sebagai langkah persiapan untuk pilihan raya. Di sini juga, tempat disediakan untuk suruhanjaya pilihan raya mendaftarkan pengundi.
Di sinilah juga, tersedianya 'booth' yang khusus untuk mendaftar keahlian untuk Barisan Nasional. Ada petugas-petugas BN yang ditetapkan di tempat tertentu untuk mendaftar nama belia jika berminat.
Selepas tamat karnival kerjaya belia itu dan berakhirnya acara tersebut pada 27 Mac lalu, maka Khairy dalam temubual bersama media berkata, bahawa ada permintaan daripada orang-ramai untuk membuat karnival kerjaya itu di luar Kuala Lumpur. Sama ada ia benar-benar permintaan awam, itu belum pasti.
Tetapi, dengan melihat kepada semua gelagat dan strategi BN mutakhir ini, maka karnival kerjaya yang dianjurkan Pemuda BN ini juga boleh dianggap sebagai salah satu strategi halus BN untuk berkempen.
Tidaklah salah membuat program amal. Tapi kenapa maklumat pelawat di sini, masuk dalam pengkalan data BN? Ini semua langkah kempen jangka panjang menjelang pilihan raya umumkah Khairy?

No comments:
Post a Comment