Friday, April 01, 2011

Antara 'People Centric' Muhyiddin dan falsafah umat pertengahan

Oleh H FANSURI

Dalam suatu kempennya sempena pilihan raya di Sarawak, Muhyiddin menyentuh hal People Centric. Dalam laporan lain, Muhyiddin menyentuh perihal betapa perlunya meletakkan kepentingan individu yang sepatutnya menjadi dasar PBB, IMF, Bank Dunia dan WTO.

Katanya, kerajaan di dunia sepatutnya mengamalkan dasar 'people-centric' lebih kepada 'state-centric'.

“Di Malaysia, kami ada seruan, 'Rakyat Didahulukan, Pembangunan Diutamakan'. Ini adalah kenyataan yang ingin dicapai di peringkat kebangsaan. Inilah seruan yang memandu dasar negara dan mengemudi program pembangunan kami,” kata beliau.

Perkara yang selaras makna 'people centric' ini juga pernah dibangkitkan di dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin (Syed Muhammad Naquib Al-Attas) sebagai berikut:-

“... tujuan insan menuntut ilmu; iaitu justeru tiada lain kerana mencapai peringkat 'kesempurnaan diri insaniah', dan bukan kerana mencapai peringkat 'kesempurnaan kewarganegaraan'...”

Bagaimanapun, tidak sama people-centric itu dengan idea dan pemikiran Al-Attas kerana seruan yang dibangunkan Muhyiddin itu terkait dengan permasalahan 'agihan habuan ekonomi', sedangkan Al-Attas itu berbicara mengenai 'tujuan dan matlamat ilmu'.

Makna lain 'Centric'

Kalimat 'centric' itu sendiri memiliki makna yang pelbagai. Ia boleh juga merujuk kedudukan sesuatu watak yang menduduki kedudukan di tengah. Atau, sesuatu benda yang memiliki pusat (tengah) atau benda yang memiliki rupa bentuk simetri sekali gus memiliki pusat keseimbangan di tengah-tengahnya.

Kalimat 'centric' sebagai adjektif boleh merujuk sesuatu yang berada di tengah-tengah, pemusatan atau sikap kita yang sedang memusatkan, menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara.

Kalimat 'centering on' boleh bermaksud 'focusing on'. Perkataan ini juga, secara ringkasnya boleh juga digunakan dengan perkataan lain. Sebagai contohnya, 'customer centricity' yang membawa erti bahawa kita sedang menyediakan keperluan pelanggan.

Jadi, kalau Muhyiddin dan Najib Razak benar-benar ingin menterjemahkan semangat 'centric' itu, maka pusatkan betul-betul perhatian mereka terhadap kehendak rakyat. Di Kampung Baru Kuala Lumpur itu misalnya, kehendak sebenar kebanyakan umat Melayu tidak dipedulikan.

Najib dan Muhyiddin sebagai 'hamba abdi yang abadi kepada umat' dan sebagai 'khadam rakyat', mesti pusatkan perhatian mereka terhadap keperluan rakyat yang menjadi pelanggan mereka.

Umat Pertengahan

Kalimat 'centric' itu juga boleh menerbitkan bermacam-macam pengertian dan makna. Contohnya lafaz Ummatan Wasatan itu boleh juga disamaertikan dengan 'centric' yang digunapakai bagi merujuk status mereka di akhirat kelak sebagai umat yang menjadi saksi terhadap keburukan umat terdahulu.

Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 143) Allah s.w.t berfirman, “Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan (centric) supaya kamu menjadi saksi ke atas (perbuatan) manusia dan supaya Rasul (Muhammad s.a.w) menjadi saksi ke atas perbuatan kamu.”

Maka, berdasarkan maksud nas di atas itu, kita boleh merumuskan beberapa perkara utama:-

Pertama, kedudukan kita sebagai 'umat pertengahan' adalah sungguh istimewa kerana kita akan menjadi saksi ke atas amalan manusia, umat terdahulu. Kedudukan sebagai saksi inilah yang meletakkan kita di tempat martabat istimewa. Misalnya, dalam mahkamah itu, kita jadi saksi terhadap amalan umat lain.

Seterusnya, Rasulullah s.a.w sebagai penghulu umat akan menjadi saksi ke atas amalan kita selama kita berada di dunia ini. Maka, kedudukan kita sebagai saksi ke atas umat lain dan Rasulullah s.a.w menjadi saksi terhadap amalan kita sekali gus meletakkan kita di tengah-tengah itu.

Iaitu kedudukan kita berada antara Rasulullah s.a.w dan umat terdahulu. Kedudukan saksi ini bermakna kedudukan kita amat tinggi sebab berpeluang menentusahkan kedudukan amalan umat Bani Israel yang terkenal degil wataknya, khasnya golongan pendeta Yahudi yang telah merubah ajaran Musa dan Isa.

Kedudukan umat Islam sebagai pertengahan ini menjadi semakin jelas ketara di akhirat kelak, dan tidak di dunia ini. Di dunia, kita terpaksa melihat kecurangan penguasa Muslim yang bertabiat seperti Yahudi dan Bani Israel. Mereka juga tidak lepas daripada dihitung kesalahan kerana mencontohi sikap Yahudi.

Kalau di dunia lagi Dato' T telah terdedah kesilapannya dalam kes pendedahan video seks Anwar, maka tidaklah perlu kita runsingkan gelagat Dr Mahathir ketika terpecah segala tembelangnya di papan layar.

Saksi ke atas jenayah Dr Mahathir yang mirip Bani Israel dan Yahudi ini tentulah juga kita semua yang masih berpegang teguh kepada ajaran Islam yang murni. Mungkin Dato' T dihukum di dunia sahaja dan Dr Mahathir ditunda ke akhirat untuk lebih dimalukan di hadapan Bani Israel dengan lebih azab lagi.

Bani Israel mungkin akan bertanya kita pula di akhirat kelak, “Manusia inikah yang begitu hina kerana mengikut kecurangan kami, dan lebih parah fitnahnya dibanding fitnah video seks oleh Dato' T itu?”

Maka, kita sebagai umat 'centric' (umat pertengahan) di akhirat kelak akan memberi penyaksian, “Ya, si dia inilah jagoan raja pemfitnah. Sehingga hujung nyawa, tak habis-habis memfitnah di dalam memoir dia yang semacam haram jadah itu!”

No comments: