Oleh H FANSURI
"... Begitulah terjadi di depan mata kita, seorang seniman yang telah mengabdikan puluhan tahun usianya, bakat seninya dan titis peluhnya kepada sebuah Syarikat. Maka ketika jasadnya terbujur, dia 'dihargai' seribu ringgir cuma oleh Syarikat yang dimakmurkannya.
Jika kita dapat merasakan pedih perihnya seniman yang berjasa itu diperalatkan oleh golongan yang memeras tenaga dan bakat seninya, dan kita bangun menghadapi dan menentang penindasan ini, kita bukan saja telah memberikan erti kepada seniman yang kita sayangi, malah membela seniman muda yang sedang tumbuh dan yang bakal lahir nanti.
Ini bukan sekadar persoalan sosial-budaya, tetapi menjadi persoalan ekonomi dan politik. Dan itulah pokoknya apabila kita mahu menjadi bangsa yang pandai berterima kasih dan benar-benar menyayangi senimannya, tidak dengan sedu-sedan emosi dan air mata. ... "
{Usman Awang, Arca dan Puisi, Untuk Seniman P. Ramlee, 1973}
Apabila Bob Lokman memberi pengisian di Aras 3, bangunan editorial Harakah pada Khamis lalu, beliau menyebutkan perihal tawaran-tawaran berlakon yang diterimanya. Ada yang beliau terima dan banyak pula yang terpaksa ditolaknya.
"Ada wataknya yang tidak sesuai dengan diri saya," kata beliau ketika menerangkan alasan penolakan itu. Salah satu masalah yang kerap disebut orang, ialah filem, drama dan telemovie yang kurang menonjolkan watak-watak keislaman termasuk jalan ceritanya. Kalau pun ada, ia masih sedikit.
Antara salah satu puncanya ialah skrip lakonan dan jalan ceritanya sendiri. Betapa ramainya artis yang sudah menerima pencerdasan dan pencerahan ini terpaksa menolak tawaran berlakon ini, lalu lama-kelamaan masyarakat semakin disogokkan dengan penceritaan yang kosong nilai dan budi pekerti baik.
Sebuah sajak bertajuk Arca dan Puisi karangan Usman Awang pada 1973 ditujukan bersempena pemergian seniman agung P Ramlee. Sajak itu panjang, tapi saya cuma 'mencubit' sedikit bait perenggan yang paling penting untuk direnungkan bersama.
Usman melihat P Ramlee sebagai lambang penindasan sebuah Syarikat (Shaw Brothers?) sehingga ke hujung hayatnya. Berdasarkan bait sajak di atas itu kita dapat menilai bagaimana kerajaan tidak sedikit pun membela nasib seniman itu. Usman juga menekankan dalam puisinya supaya P Ramlee diangkat sebagai persoalan ekonomi dan politik dan bukan persoalan sosial-budaya sahaja.
Tapi, masyarakat kita masih juga menilai sosok ini daripada sudut kesenian, lagu dan filemnya. Lagu-lagunya dipertandingkan dan babak-babak lakonan beliau ditiru untuk dipertandingkan. Masyarakat masih gagal melihat kemajuan filem Hong Kong di peringkat antarabangsa hari ini adalah hasil keringat peluh P Ramlee bersama rakan-rakannya.
Rakyat masih belum dapat melihat P Ramlee sebagai watak pemikir yang pernah berkongres dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 dan memberi usul supaya ilmu muzik diajar di sekolah-sekolah pada hari ini. Salah satu usulnya yang tidak dipedulikan dan dilupakan kerajaan ialah syor beliau supaya lagu-lagu asli tradisional kerap didendangkan di tetuang udara (radio) dan televisyen atau di mana-mana sahaja.
Hari ini lagu-lagu kasar dan liar melimpah dari kebudayaan Barat tercurah mengalir bagai tsunami ke peradaban Timur. Semua ini berawal daripada tiada kesungguhan kerajaan untuk melaksanakan syor-syor bernas daripada watak seniman yang beraksi di pentas gelanggang pemikiran pada 1971 di UM itu.
Orang-orang juga tidak melihat P Ramlee sebagai pengarang dan seseorang yang mengendalikan majalah hiburan; Gelanggang Filem. Barangkali di situ, ada dimuatkan catatan fikirannya. Jadi, sosok beliau itu bukan hanya lagu dan filem (sosial-budaya), malah turut melibatkan ekonomi dan politik negara.
Sekitar 1970-an PAS bersama dengan Umno, maka orang melihat parti ini sama dengan Umno. Sama sahaja. Sejak 1973, bak kata Usman dalam puisinya di atas, masalah seniman dipinggirkan Syarikat masih terjadi hari ini. Jika melihat Melodi TV3, maka hal sama turut berulang-ulang. Tetapi siapakah yang akan membela kebajikan kumpulan ini? Ini persoalan yang kita mesti cari jawapannya jika kita fikir Negara Berkebajikan tidak akan membela mereka.
P Ramlee pernah menulis cerita untuk sebuah filem bercorak keislaman, tapi pihak Syarikat tidak mahu menerbitkannya sehingga kematiannya. Cerita ini sudah difilemkan oleh Dato' Aziz Sattar akhirnya. Inilah antara sederet gugusan masalah dalam perusahaan filem yang belum dapat dipecahkan kerana rakyat melihat P Ramlee cuma daripada sudut lagu dan filemnya (sosial-budaya), tidak daripada segi perjuangan dan pemikirannya (ekonomi dan politik).
Sebuah lagu P Ramlee bertajuk Sabar, "Di mana keadilan, yang aku harap-harapkan, mengapa kezaliman menjadi balasan.." kerap bergema selepas habis ceramah ketika sela-sela Reformasi 1998. Kata orang, jangan-jangan, kalau P Ramlee masih hidup, entah-entah dia akan masuk PAS?
"P Ramlee ni pun jenis watak manusia yang memang tidak suka melihat semua kecurangan politik ni," kata orang tua saya.
Ada pihak bersinis melihat kita seolah-olah meraikan sangat artis selebriti masuk PAS lalu dikatakan sikap ini masih mirip Umno yang suka hiburan, lalu secara tidak sengaja meminggirkan kelompok intelektual. Padahal, tidak pernah kita melupakan intelektual. Kenyataan pemikir berhaluan kiri masih kita muatkan di akhbar kita. Temu bual bersama pensyarah kiri radikal yang tidak disiarkan Utusan, Berita Harian masih kita buat liputan di Harakah.
Suatu ketika dahulu, ada artikel saya berjudul 'mengartiskan ulamak dan mengulamakkan artis'. Ada juga pihak tertentu kurang senang dan rasa janggal apatah lagi imej artis yang jelek. Memang sulit terima hal ini. Tapi usaha mesti ada. Istilah boleh ubah jika seruan itu kelihatan janggal. Tiada masalah untuk mengubahnya. Yang penting, makna konsepnya kekal terpelihara.
Syahadan, jika ada 10 artis yang mahu masuk PAS, maka kita sudah boleh bikin usrah. Kita boleh tentukan silibus dan kalau berkembang, boleh dibuatkan tamrin, bengkel, simposium dan mukhayyam di mana resolusi itu akan menerbitkan berpuluh-puluh skrip drama, filem dan telemovie bertemakan Islam.
Kita boleh buat bengkel latihan penulisan skrip, bengkel latihan asas lakonan agar mereka yang berwatak agama dan faham agama boleh berlakon untuk mengucap nas-nas Al-Quran dna hadis dengan lebih baik. Dalam Ayat-Ayat Cinta (AAC), Habiburrahman El-Shirazy mencari watak sesuai untuk berlakon dalam filemnya. Maka, dalam filem AAC itu, barulah nampak jelas seorang watak ustaz yang mengajar kitab tasauf Al-Hikam Ibnu Athaillah Al-Askandari. {Khabarnya, saudara Bob baru belajar Al-Hikam baru-baru ini.}
Jadi, pada tahap unggul ini, Bob dan rakannya tidak perlu menolak tawaran lakonan kerana jalan ceritanya sudah bersih, jernih dan mutu dialog tersusun rapi dan indah.
Juga, kalau ada ketumbukan gerila 10 artis PAS yang mana Bob dilantik untuk memperjuang hak kebajikan artis yang tertindas sejak zaman P Ramlee itu, maka kumpulan artis ini mungkin akan melihat PAS sebagai watak baru yang turut berjuang untuk kebajikan semua. Undi dan bai'ah rakyat akan semakin meluas dan ia sesuai dengan seruan menuju ke arah Negara Berkebajikan.
Terserah sama ada kita berani berfikir untuk mencapai kemenangan atau tidak dengan manakluk hati insan semua. Kalau setia menanggung kekalahan, tidak perlu beranjak dari kiblat mazhab Old School dan kita kekal seperti masa lalu tanpa perubahan apa-apa pun. Cuma yang tinggal kepada kita ialah sikap berani berfikir dan berani mencuba untuk mencapai kemenangan. Itu saja.

No comments:
Post a Comment