Oleh RUHI HAYATI THANI
Barangkali, kita perlukan anjakan menyeluruh dalam sistem pengajian tinggi hari ini. Tanggungjawab memartabatkan universiti awam itu bukan hanya terpundak di atas bahu Naib Canselor seorang sahaja.
Bahawa tanggungjawab memartabatkan kampus Malaysia, meninggikan taraf dan mutu pencapaian sesebuah universiti itu tertakluk ke atas bahu semua warga kampus universiti daripada mahasiswanya sehinggalah kepada pensyarah dan dekan-dekannya.
Oleh itu, suatu lantikan ke atas kepemimpinan universiti mesti dilakukan secara menyeluruh daripada peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat atasan. Sebelum ini, kita telah pun bereksperimen tentang pelantikan kepemimpinan mahasiswa dalam mengisi kedudukan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Sama ada terbinakah daya kepemimpinan pelajar atau pun tidak, maka hal itu boleh kita semak semula. Tetapi, setidak-tidaknya, hal ini sudah pun menyebabkan warga kampus khasnya mahasiswanya berasa puas hati kerana sudah pun diberikan hak untuk memilih sendiri pemimpin mereka.
Timbul soalan lain, adakah warga kampus boleh dilibat di dalam pilihan raya untuk melantik seseorang pensyarah ke jawatan Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) yang ada sekarang?
Rasanya, sudah menjadi keperluan untuk masa sekarang untuk kita sama-sama memikirkan keperluan untuk mengadakan pilihan raya NC dan TNC ini.
Baru-baru ini, dalam mesyuarat Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Ketua Duanya Profesor Dato' Dr Abdul Latiff Abu Bakar mencadangkan agar NC, Rektor universiti yang pinggirkan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan dalam bahasa Melayu meletakkan jawatan.
Asas kepada keperluan meletak jawatan ini, menurutnya, kerana NC dan Rektor universiti itu sudah pun melanggar prinsip asas agenda nasional. Abdul Latiff juga menyifatkan bahawa sikap NC yang bertindak meminggirkan bahasa kebangsaan dalam universiti ini sebagai 'gila ranking'.
Kata beliau, sikap NC yang ‘gila ranking’ itu perlulah dihapuskan agar bahasa Melayu itu dapat diangkat sebagai bahasa ilmu setaraf bahasa-bahasa lain di peringkat antarabangsa.
Tambah beliau, bagi merancakkan usaha menggalakkan kemajuan bahasa Melayu itu, universiti awam dan swasta perlu memartabat dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan mereka, katanya ketika menghadiri Mesyuarat Agung Gapena ke-40 baru-baru ini.
Tambahnya, dalam usaha universiti meningkatkan ranking, peranan NC, Rektor sebagai pendaulat bahasa juga perlu diutamakan agar seimbang dengan pembangunan negara.
Beliau turut menyarankan kerajaan supaya menubuhkan jabatan pemantauan dan pelaksanaan bahasa Melayu di universiti bagi mendaulatkan bahasa kebangsaan untuk menggalakkan pembelajaran dalam bahasa Melayu sekali gus menarik minat pelajar asing untuk mendalami peradaban orang Melayu serta memperluas penggunaan bahasa kebangsaan itu.
Di sini, kita terfikir juga bahawa ada baiknya juga jika jabatan pemantauan dan pelaksanaan bahasa Melayu di universiti itu menjadi alat bagi menyemak sikap dan dasar kampus yang dikawal oleh Naib Canselor dan Rektor tadi jika kebetulan kedua-dua mereka meremehkan bahasa Melayu.
Untuk menyebabkan universiti hari ini bangun sebagai peneraju kematangan berfikir, maka perlu juga kita merenung semula kehebatan Naib Canselor sebelum ini.
Nama-nama NC terulung seperti Prof Diraja Ungku Aziz, Prof Syed Hussein Alatas, Hamzah Sendut termasuklah nama-nama cendekiawan terhebat, ternama dan terulung dalam fikirannya diangkat kerana pemikiran mereka. Mereka tidak termasuk dalam kumpulan gila jawatan, gila nama dan 'gila ranking'.
Dan dalam masa yang sama, ketika NC yang bermutu fikiran mereka ini bangun, maka mahasiswanya juga turut bangkit bersama, bangun menggalas usaha memartabatkan bahasa.
Hari ini, NC sudah pun dilantik dengan tidak melihat kepada mutu fikiran dan kemahuan mereka dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Kita perlu melakukan sesuatu anjakan fikiran atau 'thawrah' (revolusi) dalam usaha memartabat semula kedudukan universiti kita di peringkat dunia dengan memilih NC yang difikirkan benar-benar layak.
Bercakap tentang thawrah dan revolusi, saya mengutip petikan kata-kata Senu Abdul Rahman di dalam bukunya, Revolusi Mental, bab 15 yang merincikan bab kesungguhan melakukan amanah dan tugas.
Kata beliau, “Tiga puluh lapan orang yang telah menjadi Presiden Amerika, tetapi enam orang sahaha – Washington, Jefferson, Jackson, Lincoln, Theodore Rosevelt dan Franklin Rosevelt yang dianggap presiden-presiden besar.
“Demikian juga ramai orang yang telah menjadi Perdana Menteri Inggeris, tetapi beberapa orang sahaja – antaranya Churchill, Llyod George, Pitt, Peel, Disraeli yang dianggap agung. Beribu-ribu orang yang telah menjadi jeneral, tetapi sedikit sahaja yang menempa sejarah – antaranya Iskandar Zulkarnain, Julius Caesar, Hannibal, Scipio, Khalid ibn Walid, Jenghis Khan, Amr ibn Al-As, Salahuddin Al-Ayyubi, Akbar Yang Agung, Montgomery dan Rommel.”
Demikianlah kata-kata yang terangkum dalam buku itu. Jika kita benar-benar ingin melakukan revolusi dan jihad bahasa di dalam universiti kita hari ini, maka antara perkara yang terawal ialah melantik NC yang baharu melalui pilihan raya mengikut suara semua. Memang sulit mencari pemimpin berkaliber.
Seperti kata Senu, daripada puluhan presiden Amerika cuma enam orang sahaja yang betul-betul cukup sifat sebagai presiden. Maka, NC, Rektor hari ini begitulah juga. Kembalikan hak warga kampus untuk melantik NC yang benar-benar fasih dalam pentadbiran dan mahu memperjuang bahasa kebangsaan.
Apakah warga kampus (pensyarah dan mahasiswa) telah bersedia untuk membuat pilihan raya kampus untuk membuat anjakan revolusi fikiran dalam usaha menggulingkan NC, Rektor yang memartabatkan bahasa kebangsaan ini? Hal ini terpulang kepada budi bicara mereka sendiri.

No comments:
Post a Comment