Sunday, May 01, 2011

Video seks: Biar pecah di mulut, jangan 'boroi' di perut

Oleh RUHI HAYATI THANI

Datuk nenek moyang kita sebenarnya memang ahli dalam bidang-bidang dan hal-ehwal konspirasi. Sebenarnya, kalau ditelaah Sejarah Melayu Sulalatus Salatin, nescaya kita akan terserempak demikian banyaknya konspirasi-konspirasi gelap yang disusun untuk mengguling dan menjatuhkan pemerintahan watak-watak tertentu dalam sejarah lalu.

Sebenarnya, tabiat ini 'milik' semua bangsa, yang berjangkit menular di kelas atasan. Pada era kegemilangan menteri kewangan Nabi Yusuf a.s misalnya, Dinasti Bani Al-Malik di Mesir kemudiannya diguling secara 'coup d' etat' oleh jeneral Firaun. Hal konspirasi ini terjadi di Mesir.

Dan, perkara ini boleh dikiaskan juga ke atas rencana konspirasi adik-beradik Yusuf a.s yang mahu menyingkirkan Yusuf a.s daripada ikatan kasih sayang bapa mereka; Yaakub a.s. Maka, hal konspirasi ini terjadi dalam kalangan pendokong terawal (The Founding Fathers) Bani Israel yang berjumlah 12 orang itu.

Maka baik Bani Israel, bangsa Mesir dan bangsa-bangsa lainnya, rancangan konspirasi menyingkir dan mengguling pihak-pihak tertentu, memang sedia wujud di mana-mana tempat dan pada zaman peradaban mana-mana pun jua.

Jadi, andaian bahawa bangsa Melayu terkenal dengan kedengkiannya tidak tepat. Sebaliknya penyakit hati ini memang wujud dalam pelbagai rupa wajah bangsa.

Mungkin, yang boleh kita bincang lanjut mengenai perbezaan kedengkian ini adalah daripada sudut 'kedengkian sesama bangsa' dan 'kedengkian antara bangsa' dan sejauhmanakah hasad kedengkian ini berkembang sehingga menyebabkan dunia parah pada hari ini.

Maka, di sinilah barangkali wujudnya perbezaan antara bangsa di dunia dan bangsa Bani Israel. Dengki sesama bangsa ini wujud dalam banyak bangsa. Tapi, dengki antara bangsa sehingga membabitkan pertikaian agama sehingga kedengkian ini merebak dalam bentuk global, maka ciri ini khusus wujud terhadap Bani Israel sahaja.

Salah satu cara untuk kita mengukur darjah martabat kedengkian ini ialah - melalui Protokol Zionis yang disusun oleh para pendeta Yahudi Zionis di Rusia itu. Di dalamnya terkandung suatu kenyataan bahawa setiap manusia bukan Yahudi ini ialah Goyim (bukan manusia, binatang).

Justeru, berdasarkan faham falsafah Zionis itulah maka setiap insan di dunia ini boleh diperlakukan dengan kejam dan ditindas tanpa perikemanusiaan.

Siapalah yang dapat menyangka bahawa kedengkian dan dendam yang wujud sejak sekian lama terhadap Yusuf a.s itu berkembang sehingga mereka itu tergamak membunuh Rasulullah s.a.w; seorang Rasul yang dijanjikan akan lahir dalam kalangan bangsa Arab pula dan bukan Bani Israel?

Maka, semakin bertambah-tambahlah dendam dan kedengkian mereka ke atas baginda itu. Kedengkian Yahudi dan Bani Israel ini kemudiannya menjalar kepada orang Islam pada hari ini yang sudah diangkat sebagai khayra ummah, umat terbaik yang memikul tuntutan amanah dakwah.

Antara ciri orang yang diberi keistimewaan sebagai pemegang amanah dakwah ini ialah - mereka diberi negara dan kedaulatan kerajaannya. Hal ini tiada diberi kepada Bani Israel yang terpaksa hidup merempat tanpa negara setelah mereka membunuh nabi dan merosakkan inti ajaran Tauhid.

Mereka melakukan sembahan berhala dan kembali kepada dunia kemusyrikan dengan menyembah lembu. Dalam sejarah juga ada sekelompok pembesar Bani Israel telah menjuarai fitnah ke atas Musa a.s kononnya baginda telah berzina dengan seorang pelacur.

Inilah persis sikap pembesar Umno yang dikenali sebagai gabungan trio Dato' T pada hari ini. Tetapi perlahan-lahan pemfitnah ini akan menuju titik akhir kehancuran mereka. Benarlah kata Tuhan, tipu daya syaitan ini sebenarnya sangat lemah. Maka, hanya yang lemah akan terpedaya.

Ceritera janggut dan misai Anwar, termasuk perut 'boroi' lelaki yang dikatakan mirip Anwar itu adalah antara sandaran awal dan tajuk utama masyarakat pada hari ini. Sikap polis yang enggan memberitahu kedudukan lokasi penggambaran video seks itu jua secara tidak langsung mencalarkan wibawa polis. Sudah ada tanda-tanda keraguan orang-ramai, kalau-kalau pihak polis bersekongkol dengan Umno dalam hal ini.

Mengenangkan ini semua, kita teringat kepada salah satu dialog, ucapan dan pepatah yang kerap digunakan oleh kalangan konspirator koruptor Melayu setelah selesai bersyura menggulingkan pembesar-pembesar tertentu dalam filem-filem klasik Melayu di Jalan Ampas dan Cathay Keris di Singapura.

Antara dialog pertuturan yang kerap disebut para pelakon konspirator koruptor bangsawan pembesar Melayu itu ialah, "Tapi, ingat semua! Bahawa, lepas ini segala perbincangan kita adalah rahsia! Ingat! Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut!"

Tidak diketahui adakah trio Dato' T membuat bai'ah yang sama apabila menjalankan konspirasi video seks ini. Mula-mulanya ramai orang tertanya-tanya darihal siapakah gerangannya Dato' T ini? Alang-alang berkonspirasi, jangan sampai orang tahu siapa dalang yang mendedah semua rencana ini. Namun akhirnya terpecah juga identiti tiga dalang konspirator koruptor itu.

Selain menasihatkan trio Dato' T agar tidak berperangai seperti Yahudi yang terkenal jaki juga pendengki, maka nota ini dikarang tulis kerana teringatkan suatu perkara. Iaitu sebagai Melayu hadhari, kita jangan pernah bersara dalam upaya mencipta pepatah-pepatah Melayu baharu. Teringat video seks ini, maka kita cuma terfikir untuk mencipta suatu pepatah baharu.

"Biar pecah di mulut, jangan 'boroi di perut!" - Ertinya, biarlah orang tahu siapa kita yang merencanakan konspirasi kotor ini, tapi jangan sampai boroi di perut itu mengundang syak dalam kalangan rakyat bahawa kita ini pemfitnah utama!

No comments: