Oleh H FANSURI
Tekaan Anwar sedikit tersasar. Beliau sangkakan tajuk muka depan Utusan pada 11 April adalah 'Anwar gagal jawab soalan'. Hal itu beliau sebutkan di dalam suatu sidang media pada 10 April lalu apabila seorang wartawati bertanyakan soalan kepadanya mengenai jam Omega.
"Esok ni masuk muka depan Utusan, 'Anwar gagal jawab soalan'," kata beliau. Dan keesokannya tertera di muka depan Utusan tajuk berita utama 'Anwar berang'. Pada hitungan saya, ini kali kedua Anwar memarahi wartawan. Kali pertama, beliau mememarahi wartawan RTM dalam suatu sidang medianya di lobi Parlimen.
Berang dengan pertanyaan itu, maka Anwar berkata dengan tegas bahawa beliau memang berniat mahu 'mengajar' wartawati tersebut, "Adakah anda berani bertanya perihal Najib dan Altantuya?" Soalan itu tidak berjawab. Tiada wartawan yang berani menyambut atau menyahut. Soalan itu tergantung, terapung dan terawang-awang di udara.
Sebenarnya, kemarahan Anwar adalah kemarahan sebahagian besar rakyat ke atas media yang dikawal oleh Umno. Ketua Pembangkang itu tentulah ada alasan yang cukup kuat kenapa beliau marahkan Utusan itu. Gambar lucah terpampang di laman depan Utusan yang kemudiannya dinisbahkan terhadap dirinya, tentu sahaja membangkitkan kemarahan sesiapa sahaja.
Wartawan yang berada dalam media dan akhbar yang dikawal kerajaan itu sudah tentu tidak dapat menulis laporan berita mengenai kedudukan kerajaan Perancis yang sudah mengesahkan wujudnya komisen bernilai 100 juta Euro dalam skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh Najib Razak itu.
Maka, sebab itulah Anwar bertanya semula, "Adakah anda berani tanya kedudukan Najib dan Altantuya?" Tetapi, nilai sekitar 100 juta Euro ini tentu saja tidak akan menyebabkan sebuah Suruhanjaya Diraja diwujudkan sebagai mana wujudnya Suruhanjaya Diraja untuk menelaah dan meneliti gerak bahasa tubuh insan yang ditohmah sebagai kononnya Anwar itu.
Bayangkan, betapa jijiknya ketika suruhanjaya yang dinisbah atas nama raja telah dibuat semata-mata untuk menilai dan menelaah bahasa tubuh Anwar sementara kisah-kisah tanah di Sarawak yang dibolot oleh segelintir kapitalis tidak akan disiasat dan bebas daripada siasatan Suruhanjaya Diraja.
Sementara itu perihal keluasan tanah milik Taib Mahmud, keluarganya termasuk rakan-rakannya, sejumlah 352,563 hektar dan ratusan ribu ekar ini tentu sahaja tidak dapat dimuatkan dalam Utusan kerana hampir keseluruhan laman ini semua akan diisi dengan cerita-cerita dongeng dan khurafat kelucahan video porno dari Thailand tersebut.
Tidak akan wujud sebarang analisa kritis dalam Utusan tentang keluasan kekayaan Taib Mahmud dengan tanah-tanahnya yang berganda-ganda keluasan negeri dan wilayah-wilayah terkecil di tanah semenanjung ini. Kenyataan mufti berhubung fitnah melalui video seks ini juga tidak disiarkan Utusan.
'Berang' bersebab
Jadi, berangnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat Anwar itu memang bersebab. Bukan beliau seorang, malah ramai lagi yang berang. Ketika umat Sarawak sedang berperang mengenai hak pemilikan tanah-tanah yang dirampas (dan isu inilah yang lebih penting), maka soalan wartawan media kerajaan hanya diapung sekitar jam tangan Omega itu juga.
Laporan Utusan itu turut melaporkan kedudukan Wan Azizah Wan Ismail yang dikatakan tidak mampu mengawal rasa dalam sidang akhbar ketika hal jam tangan Omega itu dibangkitkan oleh wartawan itu. Bagi beliau ,soalan itu yang disifatkannya tidak ada kaitan dengan sidang akhbar yang diadakan.
“Kenapa jam ini ada kaitan dengan sidang akhbar ini? Isteri saya telah menjawab mengenai isu ini. Mengapa saya perlu jawab, nanti anda akan tanya pula sama ada saya mengunjungi hotel dan hotel mana,’’ kata Anwar kembali.
Memang sesiapa pun akan marah apabila bertalu-talu soalan dimajukan bertujuan menutup salah laku penyelewenangan Najib Razak dan Taib Mahmud yang lebih besar.
Kesimpulannya Umno juga sedar bahawa modal menjatuhkan Anwar dengan isu liwat sahaja tidaklah mencukupi dan tidak memadai. Peluru fitnah kedua berhubung video seks adalah suatu keperluan.
Sekali imbas, keberanian memfitnah akan memesongkan perhatian rakyat bahawa Umno berada di pihak yang benar kerana berani. Apa yang berlaku kali ini sebenarnya, bukanlah berdasarkan pepatah lama, berani kerana benar, takut kerana salah.
Tetapi, Umno dan BN menjadi 'benar' di mata rakyat kerana bersikap berani, kalau salah tak pernah takut. Sebab itu, ketika pilihan raya Sarawak sedang berlangsung, video ini ditayang, termasuk BTN dan Kemas tanpa Umno rasa bersalah apa pun. Walaupun dikatakan Suruhanjaya Diraja akan diwujudkan dan polis akan menyiasat, namun tipu daya akan terus-menerus dibiarkan berlaku.
Dalam Buletin Utama malam itu, turut ditunjukkan bagaimana Anwar memarahi seorang wartawati dan semua ini bertujuan meranapkan reputasi PR. Fitnah ke atas Anwar adalah melawan Anwar kini sudah pun menjalar ke wilayah sentimen politik kepartian.
Sebaik-baiknya Anwar perlu ingatkan semula rakyat tentang fitnah jahat Umno terhadap Dr Burhanuddin Al-Helmy yang kononnya dikatakan mengadakan hubungan rahsia bersama Ibu Zain itu. Bertanyalah semula kes-kes fitnah Umno yang lama-lama. Mungkin sesuai untuk dijadikan bahan kempen Sarawak kali ini.

No comments:
Post a Comment