Oleh H FANSURI
Salam revolusi. Dato' A Samad Said yang terhormat. Syukurlah saya selamat tiba di Malaya. Dari Iran ke Rome, kemudian ke Venice menuju ke Perancis dan seterusnya ke Malaya, akhirnya saya dapati bahawa kiblat kesenian itu sememangnya terkompas ke arah keindahan rupa tubuh manusia.
Di Palais Royale, Musee Du Louvre Paris, contohnya wujud beberapa buah gambar lukisan termasuk pahatan yang mendedahkan batang tubuh manusia tanpa seurat benang. Saya sendiri tidak faham kenapakah 'keindahan' sebegini ditayangkan secara meluas?
Mungkinkah kerana kebiasaan sebegini sudah wujud sejak berabad-abad lamanya, maka majalah lucah pun bertebaran seperti biasa kerana ia dilihat sebagai suatu seni dan keindahan. Padahal, kebanyakan negara Eropah Barat dahulunya bersopan santun dan berbudi bahasa.
Kalau kita melihat gambaran manusia dahulunya, kaum wanita mereka berpakaian menutup kepala seperti mana wanita-wanita rahib di gereja. Itu cara 'menutup aurat' mengikut kaedah cara gaya agama Kristian. Kaum wanita mereka berpakaian pun labuh-labuh pula, agak sopan.
Barangkali, kesenian yang dipahat ukir di batu-batu inilah yang memungkinkan manusia-manusia selepasnya jadi tertarik kepada keindahan kelucahan, sehingga membiakkan majalah-majalah porno secara berleluasa? Saya fikir, hal ini semakin sulit dicegah disebabkan kesenian kelucahan ini sudah pun diabadikan di kebanyakan universiti Eropah Barat sebagai mata pelajaran kesenian untuk anak-anak kampus.
Cuba bayangkan. Gaya pahatan ukiran manusia tanpa seurat benang ini mungkin muncul sejak zaman revolusi dan Renaissance. Jadi, kelompok terawal yang mendengungkan gema kebebasan dan kemerdekaan ini sudah memekik seruan mereka bersama pakej kejahatan kelucahan yang diangkat sebagai kesenian yang dikuliahkan di kampus universiti.
Lamanya masa berlalu, hingga insan Barat yang kukuh berpegang kepada tali agama Barat yang beradat sopan itu pun meninggal dunia, diganti dengan generasi berikutnya. Maka, generasi inilah yang dirosakkan fikiran mereka sejak mula lahir.
Mereka lahir dengan melihat ukiran manusia tanpa seurat benang sebagai perkara biasa. Oleh itu ancaman kedua muncul, iaitu anak-anak gadis di Barat bergambar di majalah porno, maka hal itu sudah jadi perkara biasa.
Syahadan wal arakian. Pak Samad. Adapun tujuan menulis surat ini kerana ingin bertukar-tukar fikiran tentang suatu hal, iaitu bolehkah ataupun wajarkah diwujudkan Malay Dispora (seperti Jewish Diaspora) di belahan dunia benua Eropah Barat itu?
Adakah kumpulan karyawan, kumpulan teater, golongan penyair dan kelompok pelukis dan pasukan pemahat pengukir Melayu ini boleh dikumpulkan lalu dibina beberapa perkampungan seniman Melayu Muslim di Italy, Perancis dan Rom bertujuan 'memulihkan' semula, membuat revolusi, reform mengenai faham seni kelucahan di Barat itu?
Saya tahu bahawa sudah ada perkampungan seniman dan penyair di Malaya, tetapi apakah wujud rencana mewujudkan perkampungan seniman Melayu Muslim di benua Eropah? Akhirul kalam, adakah sebelum ini, perkara ini dibahas antara kumpulan seniman? Sekian, wassalam.

No comments:
Post a Comment