Oleh H FANSURI
Sepanjang yang saya tahu, hukum sumpah qazaf berhubung zina ini terlaksana apabila tiada saksi dan juga tiada bukti kukuh yang boleh mengesahkan kejadian zina itu berlaku. Qazaf ialah tuduhan ke atas seseorang yang melakukan zina (dan liwat menurut jumhur ulama') tanpa membawa empat orang saksi lelaki.
Contohnya, sebuah kejadian yang masyhur diperkatakan orang, kalau si suami menuduh isteri berzina tanpa saksi, manakala isteri menafikan kejadian itu berlaku, maka hendaklah kedua-duanya bersumpah. Dan, selepas bersumpah itu, maka kedua-dua pasangan itu akan bercerai dan kes pun ditutup!
Ini bermaksud, kes itu dibawa ke akhirat sebagai tanda persetujuan bahawa kedua-dua mereka bersedia dilaknat jika salah seorang daripada mereka itu menipu. Hari ini, kejadian 'zina' itu diperpanjangkan trio Dato' T ke atas peribadi Anwar Ibrahim yang mereka tuduh sebagai penzina.
Ketika Eskay, Rahim Tamby Chik dan Shuib merancang penayangan video seks itu, tiada plot dan rencana dalam fikiran mereka berhubung sumpah laknat itu. Trio Dato' T bukannya bukan mahu mencari kebenaran, sebaliknya mahu Anwar, Wan Azizah meletak jawatan dalam PKR dan merosakkan kedudukan mereka dalam PR.
Tiada terfikir di benak fikiran mereka tentang kedudukan qazaf ini, baik Eskay, Tamby Chik dan Shuib. Kata orang, Eskay itu pun bukan asli Melayu. Beliau pun mungkin sedikit terperanjat apabila mendengarkan ungkapan qazaf. Dalam hatinya mungkin terdetik pertanyaan, "Qazaf itu apa dia? Tak pernah pun terfikir dalam hati, jiwa perasaan kita untuk bersumpah laknat ni. Kita dedah pun, sebab nak tekan Anwar, Azizah agar mereka meletak jawatan. Itu saja."
Anwar difitnah liwat, maka beliau minta agar kes ini dibawa ke mahkamah syariah. Umno enggan sebab, jika dihadapkan ke mahkamah syariah, maka kes itu akan ditunda ke akhirat. Ini yang Umno tidak mahu. Mereka ingin peralatkan mahkamah dunia agar sistem kehakiman memihak kepada mereka dalam urusan politik Umno. Jika kes ini ditunda ke akhirat, sudah terlambat kerana sistem politik dunia sudah berakhir dan tidak wujud lagi di akhirat.
Jika ditakdirkan Anwar bersalah sekali pun di mahkamah akhirat, maka Najib dan Umno tidak boleh mengambil manfaat apa pun. Ini kerana, bersabitnya Anwar dalam jenayah lalu dihukum di akhirat tidaklah menyebabkan Najib dapat berpolitik kembali di dunia ini. Segala-galanya tamat apabila di akhirat. Proses kedurjanaan penghakiman mesti disegerakan di dunia untuk meneruskan politik jahat itu.
Ketika tuduh-menuduh mengenai zina berlaku pada era Rasulullah s.a.w dan generasi para sahabat, tiada Youtube dan Facebook mahupun blog dan juga Twitter. Jadi, sulit dibuat siasatan ke atas Youtube, Facebook dan Twitter pendakwa dan tertuduh pada zaman itu.
Zaman gila edan tiba dan trio Dato' T, dikepalai Eskay tampil dengan tuduhan sarat berat. Kononnya Anwar berzina di tempat yang diragui orang, sama ada kejadian itu berlaku di Thailand ataupun di Malaysia.
Bukti-bukti seperti perut buncit, janggut dan misai Anwar termasuk catatannya di Twitter pada kejadian zina itu berlaku sudah pun membuktikan bahawa Anwar bukanlah pelakon utama dalam 'drama lucah' itu.
"Kalau tidak percaya, awak tanya Anwar, beliau kenal saya atau tidak?" kata Eskay dalam suatu sidang media. Maka, ada soalan wartawan TV3 terhadap Anwar, "Adakah Dato' Seri kenal Eskay itu?"
Eskay sarankan wartawan bertanya soalan kepada Anwar, seolah-olah mengirim tanda bahawa Anwar pernah menghubunginya untuk berzina begitu.
Tapi, Anwar memang kenal semua orang. Anwar bukan kenal Eskay seorang sahaja. Anwar dikenali para pelabur Arab Saudi dan tidak mustahillah beliau mengenali Eskay yang ketika itu menjawat jawatan sebagai konsul kehormat atas nama perdagangan.
Jadi, dalam kenyataannya yang lalu, Eskay seolah-olah cuba menyatakan kepada umum bahawa, jika Anwar mengenali beliau, maka itu bermakna Anwar memang terjebak dalam kancah perzinaan. Kenyataan ini seolah-olah membayangkan bahawa jika sesiapa pun mengenali Eskay, sudah pasti akan dapat berzina dengan perempuan Thai. Adakah Eskay ini juga bapa ayam? Ramai orang ingin tahu kedudukan Eskay ini.
Sekarang, satu dunia tahu bahawa video seks itu tipu. Satu dunia tahu bahawa jentera kerajaan seperti BTN akhirnya paparkan penipuan atas rakyat dan untuk membuktikan bahawa trio Dato' T berada di pihak yang benar walaupun sudah terpecah tembelang.
Akhirnya, sumpah yang terlafaz ini sudah membawa implikasi lain pula. Iaitu walaupun ramai orang tahu bahawa Eskay cuba menipu rakyat dengan lafaz sumpah itu, tapi beliau tetap tidak takut Tuhan kerana dia sudah bersumpah walau dia sedar bahawa dia memang menipu. (Dan umat tahu dia menipu)
Jadi, rumusan terbaru ekoran lafaz sumpah Eskay itu ialah - manusia seperti Eskay ini memang tidak peduli apa pun termasuk dosa, neraka lantaran dosa dan neraka cuma mainan di bibir mereka. Dan, Eskay berani menipu media dan masyarakat sedunia terang-terangan atas nama Tuhan pula!

No comments:
Post a Comment