Oleh BOESTAMAM SARI
Terbit beberapa kemungkinan berhubung gelaran berbentuk Pandi Kutty yang dihebohkan Utusan baru-baru ini. Pertama, mungkin Anwar yang gelarkan Najib Razak sebagai pandi kutty. Kedua, mungkin Utusan yang sengaja memutarbelit isu itu sehingga kelihatan seolah-olah Anwar yang menggelarkan Najib sebagai 'anak babi' itu.
Kita tidak diminta 'beriman' sepenuhnya dengan 'firman' Utusan ini. Tetapi, sesekali untuk merasionalkan ucapan ceramah Anwar itu, apalah salahnya.
Untuk kemungkinan pertama itu, iaitu jika benar Anwar yang gelar pandi kutty kepada Najib Razak, maka setiap ahli masyarakat tentulah sedia maklum bahawa gelaran itu bukan terbit dalam kekosongan. Iaitu, bukanlah tiada penyebab yang merangsang Anwar untuk menggelar Najib dengan menyelar sebegitu.
Yang tidak peka terhadap isu semasa, tentunya tertanya-tanya juga kenapa ungkapan ini terzahir daripada lidah ucapan Anwar itu. Ia tentu saja terkait dengan segala bentuk penghinaan dan serangan berbentuk peribadi daripada Najib Razak, Umno termasuk Utusan ke atas peribadi Anwar sebelum ini.
Fitnah liwat dan penayangan video seks oleh trio Dato' T di Hotel Carcosa adalah antara hal yang menaikkan rasa amarah Anwar sehinggalah terbitnya gelaran pandi kutty itu. Jadi, untuk lebih adil, maka hendaklah diketahui bahawa celaan pandi kutty adalah respon dan maklumbalas ke atas penghinaan yang Anwar terima sebelum ini.
Bahawa Anwar itu, memang tradisinya sejak dahulu, sudah banyak memasukkan ungkapan dan istilah baharu dalam ucapan muktamar Abim. Ungkapan seperti dhamir, iltizam Al-Adalat Al-Ijtima'iyyah dan lain-lainnya semuanya pantas mengalir pantas dalam ucapannya. Lalu ia terserap di dalam bahasa-bahasa perjuangan dan mengisi ucapan orang-orang haraki dan ahli jemaah Islam.
Tetapi, kini Anwar sudah masuk ke lapangan parti politik yang sungguh mencabar. Manusia di dalam gelanggang politik sudah berwajah singa berwatak haiwan. Maka, ucapan dan ceramah Anwar pun tidak lagi tersusun rapi seperti mana beliau memimpin jemaah Islamiyyah dahulu. Sudah kurang ucapan dan istilah baharu seperti iltizam, dhamir dan lain-lain lagi. Yang ada ialah ucapan selaran baharu; pandi kutty!
Tetapi, sekali lagi, ucapan liar ini terjadi bukan semata-mata gejala kekotoran jiwa pemimpin Pakatan Rakyat itu. Ia berikutan umpatan fitnah keji jahat yang dilemparkan terhadap Anwar. Hari ini kita melihat gejala ini semua dengan manusia haiwan yang jijik akhlak sehingga sanggup memfitnah beliau dengan kes liwat dan paparan video seks lucah di Carcosa.
Syahadan, jika ada ungkapan yang jauh lebih hina dibandingkan babi, maka nama haiwan itulah yang paling layak diberikan gelar terhadap Najib Razak. Maka, kelahiran gelaran pandi kutty masih jua terhormat adanya.
Semua orang boleh marah Anwar, tapi tidak semua orang Umno yang berani menyoal Najib Razak, gara-gara apakah yang menyebabkan pandi kutty itu terzahir lewat ucapan dan pidato Anwar itu? Ini kerana, jawapan terhadap pertanyaan itu akan hanya membahan ego mereka sendiri.
Tetapi, itu andaian pertama. Iaitu, Anwar yang menggelar Najib Razak sebagai pandi kutty. Namun, kata sesetengah orang, mungkin juga Utusan yang marahkan Najib Razak yang rela diperalatkan oleh Israel dan Rosmah sebelum ini. Bukannya semua warga Utusan itu suka dengan Najib.
Jika tidak, masakan boleh wujud seruan 1Melayu, 1Bumi untuk menggantikan 1Malaysia itu? Sakit hati warga Utusan tidak terperi ketika Najib kelihatan terhimpit oleh Rosmah dan Israel. Malah, ada banyak lagi isu-isu yang kurang disenangi oleh warga Utusan terhadap Umno dan Najib.
Suara dan watak Utusan selama ini sebagai pembela Melayu telah pun hangus, rentung dan pudar, dibakar oleh riak-riak kesombongan Najib dan Umno itu sendiri. Umno dan Najib Razak tidak pula membela nasib pekerja Utusan yang dahaga dan kehausan wang ringgit poket. Dengan gaji sedikit, tidaklah setimpal dengan pekerjaan mereka selama ini, warga Utusan keluar memberontak secara senyap-senyap.
Sebelum Hata Wahari pimpinan NUJ Utusan dipecat, seorang lagi pekerjanya sebelum itu, Amran Ahmad telah dipecat kerana kelantangan suara mereka. Maka, kita pun tertanya-tanya juga, adakah kerana Utusan terlalu geramkan Najib Razak ini, maka akhbar itu pun bertindak 'menggelar' Perdana Menteri itu sebagai pandi kutty lewat ceramah Anwar Ibrahim? Mustahil Utusan berani menggelar pandi kutty terhadap Najib secara terangan.
Jadi, Anwar yang mereka libatkan, seolah-olah Anwar yang menyelar Najib, tetapi Utusan pun bersetuju juga dengan gelaran sebegitu lalu diperpanjang gelaran pandi kutty ke atas Najib dengan menggunakan nama Anwar?
Mujurlah juga Najib Razak dan Umno BN belum sedar akan perihal taktik terbaru Utusan Malaysia ini. Kalau tidak, bagaimanalah nasib pekerja Utusan itu kelak kalau mereka dibuang lantaran keberanian ketika menyelar Najib Razak sebagai pandi kutty atas nama lidah Anwar?

No comments:
Post a Comment