Oleh BOESTAMAM SARI
Seorang cendekiawan Umno yang tampil dengan imej agamawan, sekali peristiwa pernah mengkritik Pakatan Rakyat. Ini kerana, menurutnya kartunis kiri seperti Zunar tidak dihukum apa-apa oleh Pakatan Rakyat, sebaliknya saat kartunis Utusan itu mula memakukan kritikan sosialnya, maka dia terus dihakimi.

Saya fikir, dia tersalah fikir dan/atau tersilap fikiran agaknya? Atau mungkin gagal ikuti perkembangan semasa. Tidakkah beliau sedar bahawa komik-komik Zunar ini telah dirampas oleh pihak polis sebelum ini? Apakah rampasan komik-komik Zunar itu bukannya hukuman dalam takrifan beliau?
Walhal kartunis Utusan tersebut masih belum juga berdepan dengan apa-apa hukuman. Beliau hanyalah seorang kartunis biasa yang kini terpaksa berdepan dengan selaran dan kutukan saja. Dan, tentulah juga Utusan akan turut tampil sebagai jaguh dan jagoan ulung bagi membelanya.
Termasuk gesaan Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) agar beliau dihukum - itu bukannya hukuman. Itu cuma syor sahaja. PUM tidak berkuasa menjatuhkan hukuman. Yang berkuasa menjatuhkan hukuman hanyalah pemerintah, penguasa, dan mahkamah. PUM hanyalah lembaga sosial kemasyarakatan, lembaga swadaya masyarakat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Mereka bangkitkan hal itu dengan rasa bertanggungjawab pula guna membangkitkan kesedaran rakyat secara menyeluruh. Dan aksi unjuk rasa besar-besaran di setiap masjid di seluruh negara itu pula adalah hak mereka yang dijamin terjamin oleh perlembagaan negara.
Sekali lagi, perhimpunan umat Islam membantah keceluparan kartunis Utusan itu masih juga terhitung sebagai gesaan dan tiada kena-mengena dengan penderaan fikizal kartunis itu.
Jika ada pihak berhujah membela kartunis itu, bahawa demonstrasi itu menekan perasaan dan mendera jiwa, iaitu wujud tekanan secara mental (bukan fizikal), maka wajib juga pihak berkenaan menilai pula, berapa juta manusia yang berasa tertekan jiwa oleh keceluparan makna yang disiarkan di Utusan itu.
Kartunis itu sendiri – secara beliau sedar ataupun tidak, sudah pun mengundang kesengsaraan terhadap ribuan, malah jutaan pembaca akhbar itu. Sengsara itu adalah tekanan jiwa yang menyerang mental jua dan bukan menyerang sudut fizikal dan/atau anggota tubuh badan yang kita boleh nampak.
Jadi, sekali lagi disebutkan bahawa perhimpunan awam serata masjid secara serentak seluruh negara itu pun sebenarnya bukanlah hukuman pun ke atas kartunis di Utusan itu. Sebetulnya, sikap itu masih juga tertakluk ke atas takrifan bahawa masyarakat bawahan hanya syorkan beliau dihukum.
Masyarakat Muslim kita masih juga tidak dapat menghukum terus kartunis itu. Antara bentuk hukuman yang boleh dikenakan ialah dengan cara memecat kartunis daripada terus-menerus berkarya di Utusan. Ini satu syor.
Sebagai termaklum, hukuman memecat kartunis ini tentu saja tidak dapat dilaksanakan oleh setiap ahli masyarakat, sebaliknya keputusan itu cuma milik mutlak kekal Umno saja. Misalnya, jika ada kalangan kolumnis yang tidak disenangi Umno maka beliau disingkir terus daripada membuat apa-apa ulasan dalam Utusan Umno itu.
Kebetulannya cendekiawan agamawan (yang mengkritik Zunar dan tampil dengan idea bahawa seolah-olah membela kartun) di Utusan itu pun, adalah kolumnis Utusan juga. Maka, kalaulah beliau tidak lagi dibenarkan Umno untuk menulis di Utusan atas hal-hal tertentu, maka wajar tindakan sekatan itu sudah ditakrifkan sebagai suatu bentuk hukuman pula.
Tapi, ini tidak berlaku ke atas kartunis Utusan yang menghina agama dan pemimpin agama itu. Beliau cuma dikutuk dan dikecam hebat. Diserang kiri dan kanan. Tapi, ruang beliau untuk terus berkarya tetaplah ada.
Kartunis itu perlu dihukum setimpal dengan kesalahannya. Mungkin memadai dengan sedikit nasihat dan sesi kaunseling untuk mengingatkannya terhadap apa-apa isu yang perlu beliau elakkan pada masa depan. Beri dia pelajaran sebenar mengenai hukum-hakam Islam, agar kartunis itu baru faham dan juga terbebas daripada melakukan kesilapan buat kali kedua.
Jika tidak diberikan hukuman, nescaya kartunis itu akan berasa besar kepala juga sebab dia tahu bahawa dirinya kebal oleh undang-undang kerana Umno akan membelanya daripada semasa ke semasa walaupun dia tahu dan sedar bahawa dia bersalah dalam beberapa isu.
Sikap besar kepala ini akan membahayakannya jika beliau berterusan dengan sikap ini. Berkemungkinan, ada pihak-pihak yang menaruh dendam kepada beliau lalu menghukum beliau kerana geramkan Umno yang tidak berbuat apa-apa ke atas beliau. Setidak-tidaknya jika Umno bertindak, maka mereka ini boleh memaksa diri mereka berpuas hati kepada hukuman Umno sepertimana terpaksa mereka berpuashati dengan 'hukuman' ringan ke atas trio Dato' T yang menjadi dalang kepada penyebaran video seks tersebut.
"Alah! Kartunis Utusan itu orang mereka sendiri, orang Umno. Setaraf Dato' T punya hukumanlah. 'Hukuman' sandiwara dan ringan-ringan sebagai usaha menunjukkan bahawa Umno itu tetap adil juga," kata seorang teman.
Apa pun yang berlaku. Jawapan saya terhadap cendekiawan Umno bercitrakan agamawan itu - kartunis Pakatan Rakyat sudah pun terhukum (komik telah dirampas polis), tapi kartunis BN tetap bebas selar-menyelar sesiapa pun juga tanpa karya-karya mereka diganggu polis.
Dan, kartunis BN itu hanya perlu dihukum pecat jika dia masih taat dan setia mempertahan kekeliruannya ke atas pendirian agama dan manhaj pemimpin agama seperti yang tertuang dan dibancuh dalam cawan fikirannya lewat paparan dan lakaran kartun beliau sebelum ini.

No comments:
Post a Comment