Oleh H FANSURI
Salam revolusi rakan-rakan revolusioner sekalian! Tanggal Jumaat, 10 Jun lalu di Rumah Pena, ketika UPNM bergamelan bersama kumpulan para penyair, kami dikejutkan dengan berita pemergian Amirul Fakir.

Malam itu, kami disibukkan dengan pekerjaan sendiri. Ada yang bermesyuarat Perhimpunan Penulis Muda. Ketika berbincang mengenai hal itu, tiba-tiba, S M Zakir menjulurkan sms arwah terakhir. Ia menyentuh rasa. Kata-kata akhir adalah wasiat yang berguna, merumus inti perjuangan.
"Salam ya sahabatku yang dikasihi dan kuhormati sentiasa. Terharu dan sendu setiap kali menerima pesanan ringkas (sms) terutama daripada sahabat yang kumuliakan ini. Entah mengapa perasaanku sedemikian... mungkin setiap kali mengenangkan, barangkali ini sms yang terakhir antara kita...
"Namun percayalah, demi Zat yang menguasai segala sesuatu, aku amat berterima kasih atas doa dan ingatanmu yang seikhlas itu. Saat menerima sms daripada dirimu sahabatku aku sedang terlantar di ranjang sakit bertemankan hanya ubat penahan sakit.
"Aku sedar kau dan sahabat-sahabat yang lain sedang sibuk menguruskan urusan hidupmu dan keluarga. Teruskanlah dengan apa yang sedang kalian kerjakan dan doa aku senantiasa mengiringi agar kalian meladeni dengan kesungguhan terutama kau sahabatku.
"Usah bimbang lagi aku dengan doa sahabat-sahabat semua dalam lindungan Zat yang maha kuasa Azzawajalla. Insya Allah kita pasti bertemu. Terima kasih sahabatku kau senantiasa dalam ingatan terutama kau sahabatku yang teratas sejak mula kita mengenali antara satu sama lain. Insya Allah sahabatku yang kukasihi, kurindui, aku sedang menanti saat-saat itu.
Wassalam dari sahabatmu yang fakir ini: Amirul Fakir (Ditaipkan oleh anak AF) pada 6:25:05 - 6:29:03 petang | 11 Mei, 2011.

Saya terdengar kesakitan yang beliau alami. Di sana, ada juga TAF (Tabung Amirul Fakir) yang tidak saya ketahui sejauhmanakah ia meringankan beban kesakitannya.
Sebelum ini, saya sempat menemui SN Shahnon Ahmad. Baru saya tahu, rawatan beliau percuma kerana status sasterawan negara. Kita tuntut rawatan percuma buat semua! Jika peruntukan Klinik 1Malaysia dimanfaatkan demi penyakit berat seperti Amirul Fakir dan lain-lain rakyat, alangkah moleknya.
Ketika seniman agung P Ramlee bertemu Abdul Razak (ayah Najib Razak) untuk menagih bantuan 'mengemis' wang untuk perusahaan filem, hal itu tidak dipedulikan. Kini, Hari Seniman diraikan sempena kematian P Ramlee dengan jutaan ringgit! Jika masih hidup, beliau mungkin menangis lalu menggubah lagu Air Mata Di Kuala Lumpur versi kedua mengenangkan pembaziran ini.
Dia tidak minta Hari Seniman diraikan begitu. Katanya hidupkan semula lagu Melayu asli guna menyekat kemaraan lagu Barat yang merosakkan pemuda. Untuk apa ratusan juta kalau kerajaan masih merestui konsert Barat?
Ini bukanlah tanda kasihkan seniman, penyair, pujangga. Kini Najib Razak jadi PM. Di FB Najib belai kucingnya demi menunjukkan kasihnya. Nabi s.a.w sanggup mengoyak serbannya kerana tidak mahu kucing terjaga daripada lenanya.
Kasih kucing kerana gebu bukan lambang sayang! Bagaimana nasib kucing kurap di Putrajaya? Hanya suara jiwa halus pujangga yang perjuangkan nasib kucing kurap. Cuba Najib Razak belai beri makan kucing kurap di Putrajaya, adakah dia tergamak? Jangan fikir belaian kucing gebu itu simbol kita berjiwa pengasih.
Kita perlu Hari Pujangga-Penyair ya Najib! Mungkin tarikh kematian Amirul Fakir boleh dicatat sebagai tarikh sambutan sebagai syor awal untuk didebat.
No comments:
Post a Comment