Oleh H FANSURI
Salam revolusi tuan-tuan pengarang muda! Masa makin singkat. Pilihan raya mungkin akan dibuat pada bila-bila masa sahaja walaupun bukan pada 11 November. Dengan sebab kuasa membubarkan parlimen ini terletak di lidah bicara Perdana Menteri Najib Razak, maka jika ditakdirkan tergelincir sahaja lidah Najib itu, maka mungkin esok atau lusa akan bubar parlimen. Hal ini mudah terjadi bukan?

Jadi dalam apa jua keadaan pun, kita tidak boleh mencongak-congak dan mendongak-dongak kepada perhitungan Najib ini. Tiada siapa yang mengetahui apakah rancangan yang sedang karam dan buah fikiran yang bakal tenggelam di lautan fikrah Najib yang bergelora itu.
Apakah beliau sedang fikirkan Mongolia atau terkenangkan wanita Kazakhstan, hal itu tidak kita tahu. Jadi, sebaik-baiknya, kita mesti siap dengan segala kemungkinan.
Kepada penulis yang memang sudah berikrar mengundi Pakatan Rakyat, hal ini tentu mudah dibuat. Tapi, bagaimana dengan pengarang muda yang was-was berhubung undian bai'ah kali ini?
Salah satu hal yang dapat saya kesan adalah saudara-saudara pengarang Melayu Muslim berasa was-was, syak dan ragu-ragu ke atas kerjasama antara PAS dan Dap. Ada yang was-was; apakah Dap sudah menerima Negara Islam tajaan PAS itu?
Tidak kurang juga yang tertelan hasutan yang disemburkan Dr Mahathir baru-baru ini; kononnya PAS sudah kalah dengan Dap kerana terpaksa gugurkan maudhuk Negara Islam lalu mengalih tajuk jihad dan maudhuk perjuangan dengan Negara Berkebajikan.
Jadi, dalam ruang dan masa yang terbatas ini, tentu sahaja saya tidak sempat menjawab persoalan itu. Untuk jimatkan masa perbincangan yang sangat berat ini, justeru saya bersetuju terlebih dahulu dengan pandangan anda bahawa hubungan Pakatan Rakyat ini mungkin ada masalah. Tapi, izinkan saya bertanya, "Adakah anda masih mengundi BN walau mereka akan lanjutkan usia PPSMI itu?"
Jadi kita semua kaum penulis muda berada dalam dilema dan serba salah dibuatnya. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Kalau tidak mahu luah atau menelan, maka yang dikulum lama dalam mulut itu akan tetap membusuk bagai pekung jua akhirnya. Merumus pendirian undi tidak mudah. Seperti orang menahan kentut; jika dilepaskan akan berbau dan berasa malu juga jika diketahui orang.
Jika ditahan kentut, merana badan kerana udara keruh dan angin kotor di dalam badan itu terkepung dan terkurung lama di urat saraf lalu menumbuhkan penyakit lain. Apa pun, keputusan mesti diambil dengan mengambil kira suatu hal, iaitu pilihlah mudarat yang paling kecil.
BN adalah mudarat besar dan Pakatan Rakyat adalah mudarat kecil. Soal anda tidak bersetuju, maka kita mesti bersetuju (buat sementara) untuk tidak bersetuju dalam hal ini. Kalau undi BN, PPSMI akan berterusan dilanjutkan sampai kiamat, isu kapal selam Scorpene tak pernah tamat, kematian Beng Hock makin dramatik jalan ceritanya dan Azilah Hadri, Sirrul Azhar yang dijebak kerana pembunuhan Altantuya itu bakal terlepas bebas sehingga akhirnya.
Hanya ada satu cara - membuat undi rosak jika perlu. Maka, saudara mesti keluar juga mengundi demi negara dan membuat undi rosak. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan dan sayang BN (jika anda benar-benar sayang), maka undilah Pakatan Rakyat ataupun buatlah undi rosak. Hanya ada dua pilihan yang saya boleh tawarkan kepada anda sekarang.
Maka, terletak kepada anda untuk membuat keputusan yang bijaksana sekarang. Anda fikir bagaimana? Boleh bersetuju ataupun tidak? Jika tidak, kenapa?

No comments:
Post a Comment