Oleh BOESTAMAM SARI
Di peringkat dunia, imej Najib Razak dan Rosmah Mansor sudah punah ranah ekoran gerakan Bersih 2.0 ini. Sebenarnya, ini bukan kesilapan Bersih. Sikap menuntut amalan pilihan raya yang adil adalah baik. Tapi, niat membunuh Anwar Ibrahim dengan bom 'kanister Israel' termasuk keganasan polis itu yang mencemar reputasi PM itu. Hasilnya, Ratu Elizabeth pun turut bangkit memprotes sikap biadap ini dengan memakai pakaian kuning.
Bagaimanapun, dalam bulan lalu, sebelum peristiwa 9 Julai berlangsung, SPR masih memperlihat kedegilannya berhubung tuntutan Bersih ini. Misalnya, kata SPR, bahawa, 'hampir' mustahil jika terdapat pengundi yang mengundi dua kali kerana SPR mengguna sistem nombor pengenalan 12 digit di MyKad. Bagaimanapun, mereka tidak menolak kemungkinan itu jika pengundi berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu.
Kenyataan itu dikeluarkan timbalan pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar. Beliau berkata, "… Kita tak pernah tengok orang mengundi dua kali... Kalau dibawa ke mahkamah pun tak pernah menang. Adakah kita hendak pinda undang-undang sebab hal yang tidak dibuktikan di mahkamah?"
Penafian ini akan dilakukan berterusan walaupun kisah sebuah rumah dihuni puluhan pengundi hantu ini memang wujud. Bukti paling sahih bahawa pengundi hantu ini memang wujud adalah keengganan SPR melaksanakan amalan mencalit dakwat kekal kerana kaedah ini menyebabkan kegiatan membawa masuk pengundi hantu itu terbongkar.
Tetapi, dalam hal ini pun, masih wujud juga dalih lain kerana kononnya, SPR akan memperkenal sistem biometrik kerana 'kita tidak mahu pusing balik sejarah untuk calit dakwat', kata Wan Ahmad.
Tidak diketahui apa Wan Ahmad pernah terbaca mengenai kecurangan pilihan raya di Amerika kerana di negara republik itu juga pernah berlaku pemindahan angka undi. Semua ini mudah dilaksana secara berkomputer. Sebab itu juga, timbul keraguan dalam pilihan raya kampus ke atas pelaksanaan e-undi.
Mahasiswa seluruh kampus berasa tidak yakin bahawa pengundian secara elektronik itu telus dan adil. Banyak kejadian menunjukkan bahawa angka pengundian itu boleh diputarbelitkan dengan komputer.
Entahlah apa sangat yang susah sangat jika mahu digunakan dakwat kekal ini. Sebelum ini, SPR pernah berhelah bahawa dakwat kekal itu akan menyulitkan wudhuk. Kenyataan dangkal ini, membayangkan bahawa seolah-olah para pengundi Malaysia ini seluruhnya beragama Islam pula.
Padahal, penggunaan dakwat itu boleh sahaja dicalitkan di bahagian anggota bukan wudhuk seperti di bahagian lengan. Jadi, alasan dan dalih SPR ini masih boleh disanggah.
Lalu mutakhir ini SPR kembali dengan usul baru bahawa penggunaan dakwat kekal itu akan melibatkan pindaan ke atas Fasal (1) Perkara 119 dalam Perlembagaan Persekutuan tentang kelayakan pengundi.
Entah bagaimana tuntutan Bersih mengenai penggunaan dakwat ini boleh sampai melibatkan pindaan perlembagaan ini, tidaklah jelas. Mengikut laporan, Wan Ahmad berkata bahawa penggunaan dakwat kekal menafikan hak rakyat untuk mengundi.
Antara alasan lain - Wan Ahmad mengulas tuntutan pendaftaran automatik pengundi yang perlukan pindaan Perkara 119 dalam Perlembagaan itu.
Melihatkan gejala ini semua, maka kita sedar bahawa SPR sebenarnya masih berhelah dan mereka ini masih belum mendapat pengajaran sepenuhnya daripada peristiwa Bersih 2.0.
Mereka masih menyangkakan bahawa Bersih 2.0 ini tidak akan bertindak seperti perhimpunan Bersih 1.0 pada 2007 sebelum ini. Peserta himpunan Bersih 2.0 mestilah sedar bahawa memang tiada pernah wujud dalam fikiran SPR untuk melaksanakan tuntutan ini.
Terkadang, kelihatannya, seolah-olah memang ada perkara yang memang tidak boleh SPR laksanakan seperti menjamin media agar adil melaporkan perkembangan ceramah parti sepanjang kempen. Tapi, jika SPR ada kekuatan, maka dengan sokongan rakyat melalui Bersih, SPR boleh mengelola media RTM sepanjang tempoh kempen pilihan raya, jika SPR rasa takut diancam Umno yang enggan menyerahkan kuasa media RTM, Bernama itu kepada SPR.
Kesimpulannya ada banyak dialog antara Bersih dengan SPR yang boleh dilaksanakan daripada semasa ke semasa. Rakyat sedar bahawa SPR telah korup dan tidak lagi telus, terbuka dengan tuntutan rakyat.
Salah satu cara SPR mahu pulihkan tanggapan serong rakyat terhadapnya ialah dengan cara banyakkan dialog dua hala dengan pendokong Bersih itu sendiri. Suatu mekanisme antara Alumni Bersih 2.0 telah disusun dengan menggalakkan peserta berdiskusi selalu secara kecil-kecilan.
Maka, perbincangan kecil-kecilan di peringkat bawahan ini akan disampaikan kepada Bersih di atasan. Ini adalah proses perbincangan antara pendokong Bersih, SPR ke arah pilihan raya yang adil dan telus.
Kita masih memberi ruang kepada SPR untuk berfikir. Namun percayalah, pada masa depan, Bersih 2.1 pasti hadir jika SPR masih juga berdegil, enggan berbincang secara rasional kerana takutkan Umno itu.

No comments:
Post a Comment