Oleh BOESTAMAM SARI
Salah satu ancaman yang tidak jelas kelihatan di mata umat ialah ancaman eksekutif (kerajaan) ke atas para hakim. Tiada berita dan laporan yang mengulasnya dan tiada mana-mana kumpulan badan NGO yang mengangkat wacana ini dan cuba mengapungkannya ke medan perbincangan awam.
Maka, sudahnya, orang awam yang mengetahui bahawa ancaman eksekutif (kerajaan) itu cuma wujud ke atas orang awam sahaja. Ancaman itu hadir dalam bentuk akta-akta seperti Auku, ISA, Akta Mesin Cetak, Akta Fitnah yang membelenggu kaum wartawan dan lain-lainnya.
Lalu, semenjak Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dipecat, bermula saat peristiwa kelam mewarnai kuasa kehakiman di negara kita. Kuasa Eksekutif mula dibimbangi oleh Kuasa Kehakiman itu. Di celah-celah kerisauan itu, hakim-hakim kita cuba juga menunjukkan keadilan walau dalam kepayahan.
Contoh terbaru, sekali imbas, ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan dua permohonan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim untuk menemubual 15 saksi, maka kita boleh anggap sikap itu suatu tindakan hakim yang berani atau setidak-tidaknya hakim cuba memperlihatkan watak adil mereka.
Ia boleh dikatakan kelihatan adil kali ini kerana dalam temu bual yang mahu dijalankan Anwar Ibrahim itu, kononnya mahkamah membenarkan tertuduh itu menemu bual Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor berhubung perbicaraan kes liwat yang didakwa ke atas beliau sebelum ini.
Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata pihak pembelaan berhak menemuramah saksi. Namun,
tambahnya hal itu, terpulanglah kepada saksi itu pula, sama ada mereka mahu bekerjasama atau pun tidak dengan Anwar dalam temubual itu.
Kata hakim, mahkamah meluluskan kedua-dua permohonan untuk menemubual 15 saksi termasuklah Musa Hassan dan lain-lainnya. Sebenarnya, keputusan mahkamah ini – (saksi boleh ditemu bual, kalau mereka sedia ditemu bual) – membuatkan benih-benih kecurigaan bertunas dan bercambah juga.
Ini kerana, terbitnya perkataan 'jika' dan 'sama ada' itu yang masih ada ruang untuk dimanipulasi oleh saksi-saksi itu. Orang ramai sudah boleh meramalkan keputusan saksi-saksi itu kalau mahkamah sudah memutuskan sedemikian. Najib dan Rosmah khususnya tentu sahaja akan mengelak!
Tidak cuma Najib dan Rosmah malah kesemua saksi selebihnya akan bersikap sedemikian kerana telah diberi pilihan 'sama ada' mahu ke ditemu bual atau pun tidak. Mereka hanya akan datang 'jika' mereka sedia ditemu bual. Mana mungkin mereka bersedia dan tentu sahaja saksi-saksi itu tidak akan datang!
Inilah masalahnya saat mahkamah mengeluarkan perkataan 'jika' dan 'sama ada' itu. Mahkamah pada hakikatnya berdiri mandiri dan separas dengan eksekutif (kerajaan) dan berhak memanggil saksi untuk memudahkan perbicaraan tersebut. Jadi, kalau ditanya – kenapa ada 'jika' dan 'sama ada' itu, rumusan awal yang tercetak setakat ini adalah – kuasa kehakiman gentar akan terancam oleh kuasa eksekutif.
Ketiadaan kesungguhan di pihak saksi ini akan menyebabkan Anwar sukar membela diri. Sebelum ini, telah ada beberapa kenyataan yang dirakamkan polis termasuk kenyataan daripada Najib, Rosmah dan Musa Hassan. Namun, kenyataan itu tidak serahkan kepada pihak pembelaan.
Yang masih menggelepar dan berlegar dalam fikiran masyarakat ini cuma kenyataan bahawa Anwar itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008 apabila dituduh melakukan seks luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
Orang akan tertanya-tanya lagi, sampai bila pertuduhan itu boleh dibatalkan dengan pembelaan pihak Anwar. Masyarakat yang cerdik akan mencari-cari lagi maklumat-maklumat dari serata ceruk. Eksekutif tidak boleh lagi mengepung maklumat dengan akta-akta mereka ini.
Tiba masanya hakim ini dibantu oleh sekumpulan juri. Walaupun mahkamah kita ini menerima asuhan warisan perundangan Britain, tetapi setelah kita bebas dan merdeka, kita berhak menentukan tatacara perundangan kita sendiri. Mungkin dengan juri ini, maka hakim akan diperteguhkan keyakinannya saat membuat apa-apa rumusan dan keputusan. Lagi pun, perbincangan juri itu dibuat secara berjamaah.
Maka, keputusan juri itu, secara ideal dan secara teorinya, sangat sulit dipengaruhi kecuali Najib serta Rosmah menyusun konspirasi dan terpaksa mengeluarkan sejumlah duit yang banyak untuk mengugut sekumpulan yang ramai ini. Bagaimanapun, hakim-hakim itu mestilah bersatu suara tentang keperluan ini juga demi usaha memulihkan sistem kehakiman kita yang sudah parah itu.
Juri-juri ini insan biasa juga. Mereka ini mungkin akan korup seperti para hakim dan kerajaan eksekutif yang ada pada hari ini. Dan, kita janganlah pernah berputus asa dalam usaha mencuba terus-menerus dalam usaha mengubah corak sistem politik dan sistem kehakiman yang kita pakai guna selama ini.
Sempena bulan Ramadan ini, kita berharap, juri-juri berjiwa Ramadan yang tahan uji dan kebal dicabar godaan wang, pangkat, gelaran, ancaman dan ugutan ini yang bakal bingkas bangkit memikul keadilan.

No comments:
Post a Comment