Oleh H FANSURI
Saudara revolusioner yang dikasihi. Setelah menyedari bahawa puasa Ramadan itu bukan untuk melatih jiwa sahaja, malah ia sebenarnya dilakukan bagi meraikan Al-Quran; 'karya sastera' agung Tuhan (Al-Baqarah: 185), maka kita akan menjadi lebih jelas dan sedar terhadap keistimewaan bulan ini.
Tepat 1 Ramadan, sebuah perusahaan yang terkait dengan percetakan dan pengedaran bahan sastera; Dawama diisytiharkan tenat, nazak dan semua ini mungkin bertujuan membersihkan kecurangan di dalamnya. Ramadan adalah bulan sastera Islami! Maka, yang terkait dengan sastera akan dibersihkan. Kini, tiba sahaja Ramadan, sudah terbit laporan di Al-Jazeera berjudul, adakah saat kebangkitan revolusi Arab kini sudah menjalar ke Israel?
Di Israel, lebih 100,000 penunjuk perasaan keluar membuat tunjuk perasaan atas bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Pengurusan ekonomi di bawah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu membuatkan rakyat Israel sedar bahawa jurang kelas dalam kalangan warga Israel itu semakin melebar.
"Kami melihat perhimpunan ini adalah seperti sebuah revolusi," kata salah seorang daripada mereka yang ditemu bual Al-Jazeera. Khemah-khemah pun dipasang di tepi jalanan, melibatkan 11 buah bandar di Israel pada Sabtu lalu bertujuan membantah kos hidup yang makin ketara.
Mereka berhimpun besar-besaran di Tel Aviv, Yerusalem, Be'er Sheva dan Haifa, sambil melaung 'rakyat menuntut keadilan sosial', 'kami mahu keadilan, bukan kebajikan'. Mungkin, rakyat Israel sedar bahawa 1Israel yang dilaksanakan itu tidak bererti apa-apa.
Ini isyarat buat Najib Razak bahawa seruan 1Malaysia; 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' yang dikait dengan 1Israel itu ditolak warga Israel. Mereka membuat bantahan terbesar di Tel Aviv, di mana puluhan ribu berarak dari HaBima Square Tel Aviv Museum.
Adakah warga Israel terilham daripada revolusi thawrah Tunisia, Mesir, terikut-ikut dengan gerakan Bersih Malaysia beberapa bulan sebelum Ramadan? Entahlah. Yang pasti, selagi Najib tidak koma dan/atau mati, beliau tak kan melaungkan jihad membuka Palestin yang kini dicengkam Zionis.
Kita mesti berani berfikir keras. Misalnya, adakah revolusi Israel akan memberikan tamparan hebat ke pipi Benjamin Netanyahu sehingga beliau menjadi politikus pertama yang akan jatuh terguling selepas revolusi mengguling Najib dalam Bersih 2.1 akan datang ini?
Kita mesti berani berfikir dan cuba menjawab soalan ini, "Apakah revolusi Israel akan membentuk ikatan marhaen Arab-Israel untuk membuka Palestin?"
Jawapan saya setakat ini - ya - revolusioner sedunia mesti berhubungan dengan marhaenis Israel dalam usaha mengguling pimpinan Zionis untuk buka Palestin. Demi bulan sastera Ramadan, saya lihat jalan awal bagi menguak jendela perpaduan antara revolusioner kita dengan revolusioner marhaenis Israel (yang mengguling Netanyahu) itu, ialah dengan jalan persuratan, kegiatan bahasa kesusasteraan.
Untuk itu, kita perlu ada sasterawan revolusioner yang menghadam bahasa Ibrani, Yiddish dan Yahudi. Nabi pernah anjurkan kita belajar bahasa ini bagi mengelak helah Yahudi. Sama ada anda bersetuju atau tidak, setidak-tidaknya saya ada jawapan untuk mempertahan idea ini dalam debat selanjutnya. Anda fikir bagaimana?

No comments:
Post a Comment