Oleh RUHI HAYATI THANI
“Memang syaitan dan iblis yang kena ikat dalam bulan Ramadan ni. Tapi, adakah jin tak diikat? Adakah mereka hidup seperti manusia biasa juga? Kalau ada jin Islam dan bukan Islam, adakah jin murtad?”
Ini antara beberapa deretan pertanyaan orang-ramai ketika mereka mendengar sebuah hadis masyhur disebutkan orang pada bulan mulia ini. Hadis itu membahaskan kedudukan jin, syaitan yang dikatakan telah diikat oleh para malaikat apabila tiba bulan Ramadan.
Fahaman ini menyebabkan manusia yang selalunya takut hantu, akan berkurangan ketakutannya kalau ingin masuk ke hutan tempat jin bertandang, ingin masuk ke tandas yang kerap disebut sebagai rumah jin dan roh jahat. Asas pertanyaan tentang kewujudan jin Islam dan jin murtad pula bermula daripada kefahaman bahawa – cuma jin kafir yang ditangkap, sedangkan jin Islam bebas berpuasa seperti biasa.
“Jadi mungkin ada jin yang masuk Islam. Maka dengan sebab mereka sudah Islam, maka jin ini pun tak diikat. Kemudian, bila malaikat sudah tahan semua jin kafir, maka jin Islam ini murtad semula dan puak inilah yang masih ada hingga mengganggu manusia pada bulan Ramadhan ini,” kata seorang teman.
Tidak salah untuk membuat andaian, kita tidak dianggap sebagai penjenayah jika suka berfikir. Soalan itu hadir dalam pertanyaan seorang rakan yang dikejap FRU ketika perhimpunan Bersih diadakan pada 9 Julai lalu, sebelum Ramadhan. Dia cuba membuat andaian dengan melihat kedudukan manusia.
FRU itu bagaikan malaikat yang ada gari dan boleh mengikat kuat tangan jin. Hanya, ia tiada 'tear-gas' dan bom Kanister Israel untuk menahan jin kafir itu. Tetapi, FRU bukan malaikat kerana FRU itu kejam dan mustahil malaikat mencambuk tubuh jin secara kekerasan seperti FRU itu.
Yang mirip sama, mungkin peserta Bersih bolehlah dianggap sebagai jin Islam (walau ada manusia non Muslim dalam Bersih itu). Sementara Partriot pula bagai Jin kafir (kehadiran warga Bangla yang diupah itu tidaklah menyebabkan gerakan Patriot dianggap Islamic walau Bangla Patriot itu Muslim).
Semua perumpamaan ini tidak tepat dan mungkin tidak memungkinkan rakan itu mendapat jawapan. Bagaimanapun, kita mengetahui bahawa syaitan itu sejenis gelaran yang ada kepada manusia dan jin.
Mungkin kalimat 'Syaitan Ar-Rajiim' dalam Al-Quran itu lebih khas merujuk kepada jin, kerana manusia tidak direjam tiba-tiba. Nabi Ibrahim a.s pernah diganggu jin lalu baginda merejam jin itu dengan batu. Maka, tindakan melontar dengan batu jamrah sebagai salah satu rukun haji. Jadi syaitan jin itulah yang mungkin direjam dan diikat. Syaitan insan itu pula tidak direjam, tidak diikat dan dipasung malaikat.
Jadi mungkin cuma jin jahat (syaitan ar-rajim) saja yang diikat pada bulan Ramadan. Manakala 'Syaitan manusia' hatta yang berpangkat besar sekali pun dalam masyarakat manusia ini tak akan direjam oleh malaikat. Ini kerana, 'syaitan manusia' ini mungkin diperintahkan untuk dihukum oleh insan beriman.
Syaitan manusia dibiarkan malaikat agar masih berleluasa dalam melakukan kejahatan pada bulan ini. Mereka ini akan dibiarkan bebas terus-menerus untuk menipu demi pilihan raya akan datang seperti watak-watak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya yang bergaya dengan cincin berlian New York. Malaikat tidak diarah mengikat syaitan insan ini pada bulan Ramadan.
Kita tentu juga tertanya-tanya, kenapakah hanya syaitan jin yang diikat malaikat sedangkan syaitan SPR masih 'dibenarkan' bebas untuk mengganggu, mengacau dan menipu undi untuk kelangsungan pilihan raya akan datang? Kenapa nafsu Rosmah tidak diikat kemahuannya agar tidak mewah berbelanja?
Tapi, dalam kes Najib, boleh jadi juga malaikat atau kuasa alam telah pun memberi pengajaran kepada beliau setelah tiba Ramadan ini dengan cara mencederakan lututnya sebagai balasan di atas kejahatan yang beliau lakukan ke atas peserta perhimpunan Bersih.
Untuk syaitan insan seperti SPR dan Najib, mungkin Allah s.w.t menugaskan kita merejam mereka dan mengikat kehendak jahat mereka serta mengguling pemerintahan mereka pada bulan Ramadhan ini?
“Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat pun bertanya, ‘Bagaimana mensia-siakannya?’ Rasullullah menjawab: ‘Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.”- (Al-Bukhari)
Maka, saat kehancuran Najib Razak sudah tiba. Pada awal Ramadhan lalu, syarikat Dawama yang telah dijatuhkan hukum alam. Dawama yang diwujudkan untuk mendapat kontrak ini nampaknya belum lagi teruji sebagai syarikat penerbitan atau percetakan yang berpengalaman. Ini kerja syaitan insan juga.
Dasar syaitan insan jua menyebabkan gaji pengurusan kanan menjadi sangat tinggi, sehingga ia setaraf gaji di perusahaan minyak. Ramadhan ini, kita perlu banyak berfikir mengenai punca masalah Dawama yang kelihatan sudah muflis ini. Oleh kerana kita tidak mengikat nafsu bejat syaitan besar manusianya, maka terpaksalah para pekerjanya yang dibuang itu mengikat pula perut mereka.
Adakah wujud kelemahan urus tadbir hingga menyebabkan kerugian? Atau, memang untung tapi tidak mahu berkongsi dengan pekerja bawahan? Isu Dawama memalukan di bawah dasar syaitan manusia.
Ia adalah kegagalan syarikat Melayu yang diberi kontrak kerajaan, tidak bersaing dengan syarikat lain, tapi akhirnya gagal jua akhirnya dalam bulan Ramadan ini. Jadi, kuasa alam mengambil tindakan.
Lalu, setelah kita sedar bahawa bukan malaikat yang mengikat 'syaitan insan' SPR dan Najib ini (kerana tugas ini diamanahkan untuk kita) maka adakah rakyat bersedia menyusun revolusi mengguling sistem pilihan raya dengan tatacara SPR sekali gus mengguling pentadbiran Najib Razak selepas Ramadan ini?

No comments:
Post a Comment