Oleh H FANSURI (BS)
"Ramadan, waktu terbaik struktur semula diet harian," demikian laporan Buletin Utama, TV3 pada 10 Ramadan lalu. Maka, waktu perdana itu menyiarkan pendapat tentang Ramadan sebagai bulan untuk rakyat di negara ini menguruskan semula tabiat pemakanan mereka dalam seharian.
Sebenarnya, pandangan ini tidaklah salah. Tetapi kalau hakikatnya bukanlah Ramadan, sebaliknya yang ingin ditekankan adalah amalan puasa Ramadan sebagai asas memperbaiki diet dan tabiat pemakanan harian, maka ini suatu hal besar. Sebenarnya, 'amalan' berpuasa sebulan itulah yang lebih baik disebut dalam kenyataan di atas dan bukan 'nama' bulan tersebut.
Maka, kita perlu membezakan apakah yang menyebabkan diet kita bertambah baik? Ramadan itu atau amalan berpuasa? Al-Baqarah, ayat 185 jelas menyebutkan sebagai berikut:-
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; ...”
Maka, hubungan Ramadan dengan Al-Quran sangat jelas. Oleh kerana kehadiran kitab ini yang sangat istimewa (kerana ia menjadi petunjuk kepada semua kita, dan menjadi pembeza antara kebatilan serta kebenaran), maka umat Islam pun diperintahkan berpuasa bagi meraikan kehadiran Ramadan itu.
Tanpa menafikan amalan berpuasa itu memang ada juga manfaatnya bagi kesihatan tubuh, tapi dalam masa yang sama tidaklah wajar pula kita bersikap menafikan Ramadan itu sebagai bulan (turunnya) Al-Quran dengan melupakan pengisian pesan kerohanian yang tertuang di tiap ruang helaian kitab itu.
Tetapi, perkara di atas cuma terjadi oleh sebab bebanan kekeliruan antara Ramadan dan amalan puasa yang mahu dihubungkan dengan kesihatan manusia dan tabiat diet pemakanan. Oleh kerana itu, maka kekeliruan dalam pemahaman ini masih boleh diatasi sedikit demi sedikit nantinya.
Yang jauh lebih buruk daripada bebanan kekeliruan pemikiran ini adalah sikap segelintir manusia yang masih tidak menghormati bulan ini dengan 'amalan jahat' dan bukan dengan 'fikiran sesat'.
'Fikiran sesat' atau fikiran yang dikelirukan tentang Ramadan ini boleh diasuh dan dimurnikan semula. Tapi, 'amalan jahat' sulit dimurnikan lagi melainkan dengan watak yang berbuat jahat tadi akan pulang kembali ke jalan fitrah asal kejadiannya dengan melakukan taubat sebanyak-banyaknya.
Di dalam Buletin Utama yang mengeluarkan kenyataan berhubung salah fahamnya sendiri, masih juga ada siaran berita propaganda daripada sebelah pihak sahaja. Ia memuatkan berita berat yang sebelah.
Dalam usaha media arus perdana ingin beramal soleh dengan menyiarkan Ramadan bulan keberkatan, namun media yang sama juga melaporkan berita mengenai lima orang yang bersedia menawarkan diri agar ditemu bual Anwar di mahkamah. Media 'terlupa' meminta pandangan Anwar tentang hal itu.
Ini isu laporan pemberitaan yang berat sebelah. Laporan ini wujud hasil daripada keghairahan politikus yang ingin menjatuhkan karier politik Anwar, sekali gus mempertahan kedudukannya di Putrajaya.
Sebelum ini, terbit laporan berita mengenai hadiah 'pakaian dalam' daripada NGO, pertubuhan bukan kerajaan yang diberikan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang. Selepas ini, kita tidak tahu berita seperti apa lagi yang bakal tersiar di balik laporan-laporan liar di sepanjang bulan Ramadan ini.
Bagaimanapun berita terbesar dan teragung di bulan Ramadan ini (agaknya) adalah berita tentang kad pengenalan Mismah yang tiba-tiba menjadi terkenal dan heboh ke serata dunia. Sejurus tersiarnya isu kad pengenalan biru Mismah itu, maka paku keras dipahatkan bertalu-talu ke atas SPR.
Sebenarnya, penipuan SPR bukanlah perkara baru. Tindakan himpunan Bersih 2.0 sebelum Ramadhan lalu adalah langkah rakyat seluruhnya yang ingin membersihkan kecurangan SPR yang terkenal dengan kecurangan terkini khasnya yang terkait dengan laporan pendedahan kad pengenalan biru Mismah itu.
Kita kerap dipesan oleh ustaz-ustaz dengan ingatan bahawa bulan Ramadhan ini bukanlah bulan untuk kita melawan keinginan makan dan minum sahaja malah ia adalah bulan melawan keinginan jahat dan perasaan yang ingin menipu dan bersikap curang dalam pekerjaan seharian.
Bayangkan, betapa rakyat kerap didedahkan dengan pesan nasihat agar tidak menipu, peniaga jangan menaikkan harga-harga makanan tapi Perdana Menteri, SPR tetap tidak dinasihatkan secara jelas pada bulan Ramadhan yang mulia, penuh rahmat dan keberkatan ini.
Ya, Ramadhan ini bukan lagi bulan al-Quran. Tapi, ia adalah bulan SPR menipu dengan kad pengenalan Mismah. Tapi, ia adalah bulan untuk Umno menukang kecurangan, membikin huru-hara, huha-huha!
Kecelaruan dalam bulan Ramadhan ini mungkin terjadi kerana Umno dan SPR sudah silap perhitungan dan menerima salah asuhan daripada ceramah ustaz-ustaz Wahabi Umno Literalis tentang makna dan erti kehadiran Ramadhan yang mulia ini.

No comments:
Post a Comment