Sunday, October 30, 2011

Baju pengantin Memey di Muzium Negara? Patutlah Malaya tak dijajah!

Oleh BOESTAMAM SARI
 
Keterlibatan artis-artis di dalam video klip 'Undilah' itu sememangnya amat menarik perhatian Rais Yatim. Ia bukan masalah Namewee sebagai pembikin video klip tersebut, tapi keterlibatan watak-watak pembangkang yang hadir di dalamnya. Tetapi, Rais tetap bertegas bahawa, video itu tidak disukai oleh ramai pihak. Sejak bila pemimpin Umno mengambil peduli cita rasa orang-ramai ini?

Antara pemimpin PR yang hadir dalam klip video itu adalah ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong. Ketika pemimpin Umno mencanang bahawa Malaysia mengamalkan 'demokrasi terbaik' di dunia dengan membatalkan ISA, maka tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) itu jelas merosakkan usaha-usaha murni dan seperti memperlekeh intelek rakyat Malaysia amnya.

Itulah yang dibuat oleh SKMM dan kemudian disusuli kenyataan pemimpin kerajaan bahawa kononnya video itu tidak digemari. Namun, jika ditinjau video itu di Youtube, kita dapati sudah ratusan ribu pengunjung yang menanda butang 'bagus' sebagai tanda bahawa mereka begitu menyukainya. Ia telah pun mengaut sekitar 90 peratus pelawat yang menanda butang 'suka' ke atas paparan isi dalaman video 'Undilah' itu.

Sejujur-jujurnya, anak-anak muda liar ini tidak begitu ramai yang menyukai ahli-ahli politik samada di pihak BN ataupun Pakatan Rakyat. Ahli politik tidak pandai berlakon, menari tidak pandai bernyanyi dan memetik gitar. Najib Razak, melalui panduan nasihat Apco Israel itu sangat menyedari hakikat ini.

Maka, jangan terkejut kalau kita pernah nampak kelibat Najib Razak yang 'turun padang' bagi menyertai konsert Suara Kami dengan t-shirt 'cool' bersama isterinya, Rosmah Mansor itu. Najib sedar kuasa besar yang muncul terbit bersama muzik ini. Maka, strategi ahli-ahli parti Pakatan Rakyat yang berjoget duet bersama ahli-ahli parti BN itu memang tidak disenangi oleh Umno dan Najib Razak.

Najib Razak serta Apco Israel sememangnya telah lama menyedari kepentingan kuasa hiburan ini. Tiada cara lain lagi, melainkan menarik balik klip video 'Undilah' itu daripada stesen penyiaran di televisyen semuanya. Maka, kuasa hiburan kini betul-betul berkuasa.

Kekuasaan kuasa hiburan ini bukanlah mainan. Kalau kita tidak percaya, maka lihat sahaja kedudukan perkahwinan Norman dan Memey. Terbaru, setelah kedua-dua mempelai itu selamat diijabkabulkan, maka timbul pula kisah baju pengantin Memey diperagakan di Muzium Negara!

"Sekarang barulah kita boleh faham kenapa sejarah boleh bertukar dan porak-peranda dibuatnya," kata seorang teman. "Patutlah ada orang kata, Malaya tidak pernah dijajah. Muzium Negara pun sudah lebih mengagungkan artis dibanding mempromosi "

Teman itu juga bercerita mengenai nilai-nilai yang sekarang dipegang oleh masyarakat awam khasnya pentadbir kerajaan dan pemimpin agensi kerajaan itu sendiri. Apakah pentadbir Muzium Negara ini sebetul-betulnya berminat dengan khazanah negara? Ketika polemik komunis sedang rancak diperdebat, apakah tiada inisiatif di pihak Muzium Negara untuk menayangkan semula gambar-gambar bersejarah sebagai tatapan umum?

"Apa asas yang mereka gunakan ketika memperagakan baju pengantin Memey di Muzium Negara ini?" keluhnya sebagai tanda tidak berpuas hati. Hal ini jika diteliti dengan lebih rinci, memang mengundang kegelisahan di hati kita juga. Pemikiran semua kita pada hari ini sudah terbalik kuang.

Apakah fikiran saudara jika sejarah diputarkan? Maka kita pun boleh sewenang-wenangnya menukar cerita kononnya Melaka sebenarnya yang menawan Portugis, sekali gus Melaka sudah mengembangkan ajaran Islam di Portugis dan Sepanyol itu. Ciptalah dan rekalah pelbagai andaian lain, dan anda akan menjadi lebih terkenal sesudah itu kerana berhasil mengheret pemikiran manusia ke arah kontroversi!

Apakah Muzium Negara sudah ketandusan idea dan pemikiran? Apakah Muzium Negara sudah jatuh miskin sehingga terpaksa memperagakan baju-baju pengantin agar masyarakat ini datang menyerbu Muzium Negara itu?

Semak semula kedudukan Najib Razak yang lebih banyak memberi perhatian kepada konsert Suara Kami dibanding seminar, kongres dan simposium yang terkait dengan pemikiran-pemikiran yang bertenaga. Semaklah kembali tentang bagaimana cara Umno bersikap dengan video klip 'Undilah' itu.

Adakah sikap Rais serta lain-lain kepemimpinan Umno ketika berdepan dengan watak ahli-ahli parti Pakatan Rakyat dalam itu profesional? Adakah sikap Najib Razak menghargai anak-anak muda yang larut hanyut dalam pesta liar konsert Suara Kami itu seimbang dengan simposium anjuran belia pemikir?

Tertunaikah sudah hasrat penubuhan Parlimen Belia yang Najib Razak mahu gagaskan sebelum ini? Ini bermaksud, keseluruhan pemikiran Umno, Barisan Nasional sudah korup! Kebudayaan pemikiran negara hari ini yang ditaja oleh Najib Razak lebih banyak meraikan hiburan dibanding meraikan ilmiah.

No comments: