Oleh H FANSURI
Sejak Hassan Ahmad meninggal dunia, belum dapat dipastikan siapakah penggantinya kalau-kalau ada gerakan GMP 2.0. Saya yakin dengan penuh pasti bahawa semangatlah yang menggerakkan kita walaupun terbatas dengan kewangan.

Ketika ini, kita mungkin ada duit sedikit. Mungkin boleh buka rumah sewa untuk dijadikan pejabat atau tempat-tempat bertemu dan bertandang untuk bertukar-tukar fikiran.
Dengar cerita, ada sebuah rumah kelolaan Anak Alam (sebuah perkumpulan teater), yang dahulunya berdekatan Aswara itu - adalah seliaan ahli-ahlinya masing-masing. Di situlah adanya dapur untuk sesiapa sahaja yang mahu memasak makanan. Di situ juga ada tempat berbaring, berehat jika kumpulan anak-anak muda dari Indonesia singgah untuk acara di Kuala Lumpur.
Para penulis muda tenggelam punca, seperti hilang akar sejarahnya dalam usaha memurnikan perjuangan mereka kini. Di universiti, mahasiswa sastera mungkin diasuh dengan teori dan kritikan sastera. Sesekali dipaksa-paksa menulis cerpen dan puisi.
Kalau tersiar, maka hal itu menjadi rangsangan untuk rakan-rakan lainnya. Jadi, bakat dan tunas muda itu mungkin terfikir menulis untuk mencipta nama sahaja agar nama itu jadi besar dan ternama. Ya, terhenti dan terputus setakat itu.
Apakah pengajaran sastera di universiti, atau sekolah menengah bercerita tentang sejarah kepenyairan tempatan? Setiap bidang dan disiplin ilmu itu ada sejarahnya masing-masing. Misalnya, ilmu kewartawan tidak lengkap jika tiada judul mengenai sejarah kewartawanan negara.
Wartawan muda mesti tahu dan diberitahu secara rasmi mengenai hal penangkapan Said Zahari itu atas alasan apa. Demikian juga, bagaimana A Samad Ismail ditahan di bawah ISA atas alasan kononnya beliau mengembangkan unsur komunis dalam Umno.
Juga, sejarah kewartawanan perlu memperihal sejarah Mogok Utusan 1961. Tapi, kisah ini semua tidak dihebahkan dalam kuliah kewartawanan. Di sini, wartawan muda sudah terlepas daripada sejarah perjuangan wartawan silam.
Hanya wartawan muda yang suka menelaah sejarah kewartawanan lama dahulu akan mengetahui semua kisah ini. Jadi bagi yang terlepas pandang akan kepentingan sejarah wartawan dan kewartawanan ini, maka dunia gelita sentiasa. Mereka jadi teraba-raba di wilayah kegelapan dalam pencarian makna hidup seorang wartawan.
{Di USM ada kursus khusus yang memperihal kedudukan akhbar pada zaman bawah Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak, dan Hussein, termasuk kekangan akhbar. Bagaimanapun, ada banyak lagi kursus sejarah kewartawan yang tertanggal kerana Menteri Pendidikan ketika itu Najib Razak pendekkan tempoh pengajian daripada 4 tahun ke 3 tahun.}
Wartawan dan sasterawan sebenarnya punya garis sejarah yang sama. Pak Sako itu wartawan, sasterawan, merangkap politikus haluan kiri dalam Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang kerap diintai intip 'penjajah' (penaung, pelindung mengikut Zainal Kling) British. Oleh itu beliau kerap menukar nama samaran, antaranya Hantu Raya. Usman Awang juga kerap mengubah nama.
Atma Jiwa, nama samaran Usman Awang saat dia terlibat dengan 'underground journalism'; gerakan kewartawanan bawah tanah anjuran penerbitan PKMM yang mengganyang British. Akibat tidak membaca sejarah, penulis muda tidak sedar bahawa Sasterawan Keris Emas adalah Biro Penerangan PKMM yang bertanggungjawab menyiarkan pandangan parti kiri itu.
Kedudukan Keris Emas mungkin sama dengan paara pengarang Harakah, Suara Keadilan, Roket dan lain-lain penerbitan kiri kini. Begitulah ketika penulis muda terputus akar sejarah kesusasteraannya. Kalau dilihatnya Najib Razak kerap berpuisi pun, maka mereka memandangnya dengan penuh hormat.

No comments:
Post a Comment