Oleh RUHI HAYATI THANI
Pelbagai usaha dilakukan untuk mengaut undi. Umno-BN misalnya berkempen setiap hari secara tidak langsung apabila mendapat ruang untuk bercakap atas kedudukan mereka sebagai menteri. Sesudah menang dalam pilihan raya nanti, Umno akan berterusan menjadi seperti raja.
Contohnya, selepas Umno berhasil mengguling kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, maka hajat serta impian mereka hendak menjadi raja itu akan tercapai. Terbaru, media menayangkan bagaimana kisah Najib Razak dan Rosmah Mansor yang dikatakan buat pertama kali menaiki bas ke Perak. Tindakan yang kononnya merakyat itu dilakukan beliau bersempena lawatan sehari ke negeri yang berjaya beliau gulingkan itu.
Bagi mengucapkan rasa terima kasihnya kerana Najib Razak telah menyerahkan kedudukan Menteri Besar kepadanya, maka Zambry Abdul Kadir bersama isterinya turut hadir menyambut Najib dan Rosmah di atas bas mewah itu. Kedudukan ruang dalam bas itu sudah pun diperbaiki.
Pada 24 September lalu, Najib Razak melakukan lawatan seharinya ke Perak. Dan antara tempat yang beliau singgah adalah pekan Tanjung Tualang. Bas mewah yang sudah diubahsuai itu pun meluncur laju menuju Sekolah Kebangsaan Changkat Tin. Di sana Najib Razak bersama Rosmah menghadiri majlis perkahwinan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.
Bas mewah itu mungkin satu cara Najib Razak ingin berkempen juga dengan menunjukkan bahawa dirinya adalah pemimpin berjiwa rakyat kerana beliau menaiki bas. Tapi, kelengkapan di dalam bas itu menyebabkan kita terfikir sesuatu - "Bukan bas mewah ini yang sebenarnya dinaiki rakyat setiap hari."
Sepatutnya, Najib dan Rosmah mesti menaiki bas lompat sahaja seperti yang dilalui rakyat pada setiap kali musim perayaan ketika tiket habis menjelang hari raya. Barulah mereka berdua dapat merasakan betapa azabnya ketika rakyat berdepan dengan masalah pengangkutan awam.
Menaiki bas mewah seperti itu menyebabkan Najib dan Rosmah gagal menyerap derita kesusahan yang dihadapi umat Tanjung Tualang dan insan-insan di Changkat Tin itu yang sepanjang hidup mereka, terpaksa bergantung kepada pengangkutan awam yang biasa sahaja setiap hari. Rakyat di Perak tidak pernah menaiki bas mewah seperti yang sedang dinikmati oleh Najib dan Rosmah.
Tetapi, persoalan yang mesti difikirkan oleh rakyat Perak juga adalah, kos pembaikan bas tersebut diambil daripada duit dan tabungan siapa? Apakah hal pengubahsuaian bas tersebut merupakan suatu bentuk ampuan dan bodekan daripada Menteri Besar Perak Zambry Abdul Kadir itu? Sudahlah Perak telah digulingkan Najib lalu harta kekayaan itu diserah kepada Zambry. Kini duit rakyat itukah pula yang disapu untuk diberi kebahagian buat Najib dan isteri?
Apa pun, rakyat sedar bahawa motif laporan pemberitaan ini mengirim dua makna. Iaitu pertamanya Najib itu kononnya berjiwa rakyat kerana beliau juga menaiki bas, (walhal itulah kali pertama menaiki bas, dan kali pertama menaiki bas pun, beliau sudah bermewahan).
Kedua, dengan menaiki bas mewah ini, sebetulnya Najib Razak sudah mula berkempen di media yang mereka takluk jajah selama ini. Jadi, apabila wajah Najib dan Rosmah asyik terpampang keluar di akhbar media, maka kempen pilihan raya sudah pun bermula. Maka, sebab itulah, video klip 'Undilah' telah ditarik balik daripada ditayangkan di stesen penyiaran tempatan dengan arahan pihak atasan.
Padahal, rakaman itu sudah ditayangkan di Youtube sebelum ini tanpa sebarang masalah, tanpa sekatan dan teguran oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Walaupun video klip 'Undilah' itu menyiarkan semua pimpinan parti baik BN dan Pakatan Rakyat.
Antara wajah pimpinan parti yang terbabit dalam usaha pembikinan video klip itu ialah Rosnah Abd Rashid Shirlin (Umno), Tony Pua (DAP), Khalid Samad (PAS), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), Nurul Izzah (PKR) bersama-sama dengan artis-artis lain seperti Namewee, Daphne Iking dan Afdlin Shauki.
Tiba-tiba, walaupun ia itu menampilkan kesamarataan ke atas semua pimpinan parti politik, namun SKMM tetap mengarahkan penyiar tempatan berhenti menayangkan hebahan khidmat awam terbitan Pete Teo itu. Kerajaan perlu jelaskan kenapa stesen penyiaran TV tempatan tidak dibenar menyiar bahan yang menyeru rakyat mendaftar sebagai pengundi itu.
Ya, jangankan barangan yang tampilkan pimpinan pembangkang, hatta barangan yang tampilkan gandingan bersama pimpinan BN dan pimpinan Pakatan Rakyat sekali pun, pihak parti pemerintah tidak merestuinya.
Demikianlah kisahnya, ketika SKMM mula mengarahkan Astro dan Media Prima Bhd agar menarik balik siaran video 'Undilah' kerana ia menampilkan ahli politik pembangkang dan Tengku Razaleigh dan lain-lain, tapi saat Najib Razak, Rosmah Mansor dan Zambry Abdul Kadir berkempen secara santai, maka hal semacam itu diperbolehkan pula.
"Lain kali, cubalah letakkan sekali paparan Rosmah Mansor berjoget dan menyanyi dalam klip video Undilah tu, barulah Umno dan SKMM tidak tergamak nak buang daripada ditayangsiar di televisyen tu," demikian kata seorang teman, dengan nada gurau selorohnya.

No comments:
Post a Comment