Oleh RUHI HAYATI THANI
Maka, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Zainal Kling pun heboh bahawa Malaya tidak pernah dijajah atas nama itu. Badan itu diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Ia ditubuhkan tahun lalu untuk memberi pandangan berhubung sejarah.
Di belakang Zainal sudah wujud kira-kira 1,600 profesor daripada pelbagai universiti di seluruh negara. Barangkali, kerana itu, Zainal berasa kuat sebab didokongi suatu kuasa akademik yang dianggap kuat.
Kenyataan Malaya tidak dijajah itu tidak lahir begitu saja. Ia ada lanjutannya. Zainal ingin menyatakan kepada semua pihak bahawa semua pegawai kerajaan, termasuk polis, askar Melayu ketika itu, bukan pegawai British. Oleh itu, kelompok berkenaan tidak boleh dikatakan bekerja untuk Ratu England.
Zainal berkata, polis dan tentera British hanya merujuk anggota pasukan yang dibawa masuk dari luar dan mempunyai kewarganegaraan Britain saja. Daripada suatu segi, ini bermakna Zainal tidak menolak kehadiran pegawai luar yang berkewarganegaraan Britain. Perkara ini yang perlu kita tekankan nanti.
Tambahnya oleh sebab British di Malaya bukan penjajah sebaliknya penaung negeri dan pemerintahan Raja Melayu yang kekal sehingga sekarang, maka semua pegawai yang diambil pada zaman itu hingga kini adalah pegawai negeri Melayu yang dibayar gaji oleh negeri Melayu.
Sekali gus, kata beliau, oleh sebab upah gaji mereka dibayar oleh negeri Melayu, kata Zainal, "...semua polis, tentera dan pemimpin politik kita, pada masa itu adalah pegawai negeri Melayu."
Kenyataannya di sidang media di Putrajaya beberapa hari lalu ini sebenarnya dilahirkan dengan hasrat menolak ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bahawa polis di Bukit Kepong itu adalah para pekerja British. Jadi cara Zainal menyusun kenyataan 'Malaya tak pernah dijajah' ini adalah suatu jalan panjang bagi menafikan kenyataan Mat Sabu tentang polis Melayu British di Bukit Kepong itu.
Nampaknya, Zainal bersungguh-sungguh menyatakan bahawa pegawai polis yang berkhidmat di Johor termasuk polis di Bukit Kepong itu adalah pegawai yang bekerja dengan kerajaan negeri Johor itu.
Tambah beliau lagi, "Oleh kerana kuasa polis kita adalah kuasa persekutuan, kuasa pemerintah adalah (bawah) pesuruhjaya tinggi British pada masa itu, jadi nak menuduh mereka itu pegawai British dan wajib dibunuh maka itu satu tafsiran yang salah, amat serong dan tidak betul."
Mungkin, kita perlu meninjau juga kedudukan politik di Johor ketika itu. Menurut satu tafsiran sejarah, Johor dikatakan satu-satunya negeri yang tak pernah dijajah di Tanah Melayu ini. Sultan Johor juga ada pasukan polisnya sendiri. Hal ini masih ada sehingga kini. Soalnya, siapa yang mencatur ini semua?
Semak juga siapakah Ketua Polis Negara yang terawal di negara ini. Iaitulah Claude Fenner yang diberi gelaran Tan Sri dan Sir. Beliau lahir pada 6 Januari 1916 di London, United Kingdom. Beliau berkhidmat di Malaya antara 18 September 1958 sehinggalah 28 Februari 1966.
Fenner bertugas di dalam Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) dengan pangkat Leftenan Kolonel ketika menumpaskan MPAJA (kemudiannya dinamakan komunis) pada tahun 1945.
Untuk pengetahuan Zainal, sebelum menjawat jawatan sebagai KPN, Fenner adalah Ketua Polis Johor pada tahun 1955, lalu dia dikirim ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Pemangku Timbalan Setiausaha Keselamatan dan Perisikan pada 1958. Adakah dia bertembung dengan Mat Indera pada saat itu?
Menjadi tugas Zainal untuk menyemak semula adakah Bukit Kepong berada di bawah Fenner atau pun tidak. Dan jika hujah berhubung kedudukan upah gaji yang dibayar kepada polis adalah sandaran bukti bahawa polis kita bukan di bawah British, maka Zainal perlu menyemak jenis mata wang ketika itu.
Adakah wang dinar emas, warisan kesultanan Melayu Melaka, warisan Johor yang dipahatkan dengan huruf-huruf Jawi, atau pun wang British yang ada gambar-gambar Ratu England?
Kalau Malaya ini merdeka, ini bermaksud not mata wang kita itu mestilah memiliki ciri-ciri tradisi mata wang yang asal. Tetapi, segala-galanya berubah sejak Portugis menyerang Melaka, kemudian Belanda.
Dan kemudian dalam suatu perjanjian Inggeris-Belanda, maka Belanda serahkan negara jajahan takluk mereka kepada Inggeris (Syarikat Hindia Timur) yang bertopengkan kapitalis sehinggalah Inggeris yang memakai topeng ketenteraan (British Military Administration).
Ya, ketika inilah watak-watak polis British BMA hadir seperti Fenner itu. Ketika inilah, polis dan tentera Melayu mula diasuh di bawah BMA lalu diserapkan dengan tentera Gurkha dari luar dan upah mereka itu pun dibayar dengan mata wang British dan bukan lagi dengan mata wang Melayu Islam.
Semua ini adalah helah akademik Zainal. Punca dikatakan Malaya tak dijajah itu dilahirkan dengan niat untuk menafikan kedudukan polis dan askar Melayu sebagai pegawai British. Ini semua usaha menolak hujah Mohamad Sabu berhubung kedudukan polis Melayu British di Bukit Kepong itu.
Kepada polis Melayu upahan British itu, kita ucapkan takziah dan tidaklah pula kita terlanjur mencela mereka. Tetapi, kita cuma ingin beritahu bahawa, setidak-tidaknya, jangan sesekali Mat Indera dilihat dengan sebelah mata. Lihatlah semuanya dengan mata hati yang terbuka dan berlapang dada.

No comments:
Post a Comment