Oleh BOESTAMAM SARI
Agak ganjil, apabila polemik komunis digemakan Umno pada akhir Ramadan lalu, maka tiba-tiba Najib Razak umumkan – ISA akan dimansuhkan menjelang Hari Malaysia. Apabila komunis diangkat sebagai wacana umum dengan meriahnya di tv sebagai ancaman terbesar, tiba-tiba akta itu melebur sendiri.
Segala kenyataan Najib Razak itu termasuk 'fatwa' baharu Zainal Kling (Malaya tidak dijajah) tidak lahir dalam kekosongan. Ia hadir dengan ketidakjujuran kerana ia mahu menolak pendirian Mohamad Sabu.
Orang mula persoalkan, kenapa baru sekarang Zainal berkata demikian? Orang juga bertanya, kenapa baharu sekarang Najib memansuhkan ISA? Jangan-jangan, kalau bukan sebab isu Mat Indera itu, Zainal Kling tidak akan sebut kenyataan sebegitu. Maka, hal kenyataan Zainal ini memang mudah diramal.
Iaitu beliau berkemungkinan besar tidak jujur dengan ilmu beliau sendiri? Tapi, kenapakah Najib Razak membubarkan ISA? Dalam hal ini, kita boleh berteori kerana mustahil Najib jujur saat mansuhkan ISA.
Sebelum berteori mengenai misteri Najib Razak memansuhkan ISA, maka kita wajar menelaah sejarah Melayu kiri. Buku teks sejarah tidaklah sepenuhnya menceritakan peranan pejuang Melayu berhaluan kiri. Ya, kita tidak mengenali BTM (Barisan Tani Malaya) atau Batas dan penggerak di belakangnya.
Batas ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya, Musa Ahmad, setiausahanya Abas. Manakala Mokhtar ditugaskan sebagai bendahari dan Kadir dipilih sebagai ketua bahagian propaganda.
Batas punya kepimpinan negeri. Antaranya Mokhtar di Kedah, Musa Ahmad (Selangor), Abas (Pahang), Kadir (Johor) dan Ibrahim Baba (Negeri Sembilan). Jadi, gerakan petani diterajui kumpulan Melayu kiri.
Semak juga peranan sayap pemuda dan wanita Melayu kiri dalam PKMM, iaitu API (Angkatan Pemuda Insaf) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Awas (Angkatan Wanita Sedar), diketuai Samsiah Fakeh.
Juga, Hizbul Muslimin (Mac 1948) ditubuhkan Abu Bakar Al-Baqir, Abdul Rab, Dr Burhanudin Al-Helmy dan Kiai Masyur Azahari. Semak juga PETA (Pembela Tanah Air) setelah KMM diharamkan. Abu Bakar Al-Baqir turut tubuhkan Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA). Ini semua gerakan Melayu kiri.
Tapi, semua gerakan Melayu kiri ini diharamkan British pada 18 Jun 1948 dengan anggukan YDP Umno Onn Jaafar. Onn sendiri contohnya memberi watak buruk ke atas Hizbul Muslimin yang digelar sebagai 'Parti Islam Merah' (komunis) dan menuduh gerakan itu sebagai 'bahaya dari gunung' kepada mereka.
Selain itu, ada pula Jabatan Kerja Melayu (JKM) yang ditubuhkan pada awal 1946. JKM diketuai Alimin, setiausahanya Abdullah CD (Cik Dat) yang turut diamanahkan sebagai ketua bahagian selatan. Ketua di bahagian utara diberi kepada Rashid Maidin dan bahagian timur diberi kepada Kamaruzaman Teh.
Selain itu ada Geram (Gerakan Angkatan Muda) diketuai Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya pula ditubuhkan pada 1946, di bawah Abdullah CD lalu ia gerakannya pantas merebak serata negeri pada 1947. Penentangan ini kemudian menjalar kepada kaum-kaum lain.
Buruh pelbagai kaum kemudian hadir dengan nama Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Pada 1947 itu, kongres melantik Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD (Naib Presiden) dan Chen Lu (Setiausaha). Begitulah proses bagaimana Melayu kiri diajak bergabung dengan gerakan kiri lainnya.
Sejak 1945 ketika PKMM (Melayu Kiri) wujud, British mula mencium bau penentangan mereka ini, tapi mereka tidak menyangka gerakan ini sungguh kuat hingga mampu menarik penyertaan kaum lain. Jadi British dan Onn Jaafar setuju menubuhkan Umno pada 1946, setahun selepas kehadiran PKMM, 1945.
Tujuan penubuhan Umno ini sebetulnya lambang kepada hasrat British untuk menyerahkan Malaya ini kepada bangsawan Melayu agar kepentingan ekonomi mereka terpelihara. Lalu penyerahan Malaya ini akan melibatkan penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
PKMM (Melayu Kiri) dan gerakan bukan Melayu kiri mula sedar tentang perlembagaan baru itu. Pada 1947, PKMM menuntut merdeka lalu bergabung dengan kaum bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union bertujuan menggubal Perlembagaan Rakyat untuk menolak acuan Reid itu.
Maka, ketika inilah wujudnya gerakan Putera-AMCJA yang menggugat British. Ia adalah mogok Malaya yang dikenali sebagai HARTAL pada tahun yang sama (1947) ketika laungan kemerdekaan kedengaran.
Hartal mencatatkan sejarah mogok terbesar, hingga tiada kegiatan seluruh rakyat. Saat ini British sedar bahawa gerakan kiri sudah mendapat sokongan rakyat seluruhnya. Lalu, setahun selepas itu, melalui rancangan dan persetujuan dengan Umno, Onn Jaafar, maka British mengisytiharkan Darurat.
Alasannya, mahu menentang gerakan komunis di Malaya. Kemudian dikuatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas sesiapa sahaja yang menentang. Lalu pada ketika inilah pejuang Melayu kiri seperti Mat Indera mula masuk ke dalam hutan ketika ramai pihak Melayu kiri ditahan di bawah ISA.
Demikianlah asal mula penentangan Melayu Kiri (KMM, PKMM, Peta, Mata) yang kemudiannya meraih simpati kebanyakan kaum bukan Melayu berhaluan kiri di Malaya. Maka, perisytiharan darurat dengan sokongan Umno itu bertujuan menahan Melayu kiri pada mulanya dengan seruan melawan komunis.
Setidak-tidaknya, kita boleh bercerita begini. Tapi, apakah Najib Razak boleh menghuraikan sebegini ketika dia mahu memansuhkan ISA itu? Sedarkah Najib, siapa sasaran British ketika ISA digunakan?
Adakah ISA mahu menahan gerakan Komunis Cina atau Melayu Kiri? Najib Razak perlu berguru kepada Ketua 'Cluster' Majlis Profesor Negara Zainal Kling sekali lagi nampaknya.

No comments:
Post a Comment