Oleh BOESTAMAM SARI
Tragedi 11 September baru berlalu. Ia terabadi kemas dalam lipatan sejarah Amerika, bahawa mereka mahu memerangi keganasan. Yang sedihnya, hal memerangi keganasan tersebut terkait terus dengan Islam. Ketika itulah dengan tiba-tiba USA menyatakan hasratnya untuk mewujudkan Akta Patriot yang terilham daripada pelaksanaan ISA di Malaysia.
Beberapa ahli Parlimen Umno ketika itu menyatakan dengan megahnya – betapa Amerika pun sokong dan ingin mencontohi ISA yang dilaksanakan di Malaysia. Bagaimanapun, akhirnya arwah Ustaz Fadhil Noor, mantan Presiden PAS mengilas kembali hujah mereka dan dengan kerasnya menyelar mereka.
Katanya, “Kita mesti berbangga kalau ada orang mahu meniru sikap baik kita dan bukannya berbangga dengan sikap pihak tertentu yang suka meniru sikap buruk kita.”
Zaman-zaman pertikaian itu telah berlalu. Akta Patriot masih hadir di Amerika dan ISA akan dimansuh, lalu diganti dengan dua akta baharu yang dibimbangi bakal lebih membawa kekejaman. Sandiwara ini dipelopori Najib Razak ketika pilihan raya semakin hampir.
Bagaimanakah mahu mengukur kejujuran Najib Razak ketika menggugurkan ISA ini? Pertamanya, ingat semula bahawa Malaysia pernah berbangga dengan sikap Amerika Syarikat dan mustahil mereka akan memansuhkannya. Ucapan Najib Razak itu cuma gelincir di lidah sahaja dan tidak meresap menjunam terus masuk jauh ke lubuk hati. Di lidah, ISA akan mansuh, tapi di hati, 'ruh' ISA masih kekal digantikan dengan akta-akta baharu dengan iltizam yang mungkin lebih menindas rakyat.
Najib Razak bukan faham sangat tuntutan rakyat itu. Semangat ISA itu adalah 'tahan tanpa bicara', ikut keselesaan parti pemerintah sama ada mahu kekalkan tahanan politik itu terus-menerus atau tidak itu adalah mengikut rasa hati mereka sendiri. Selagi tahanan politik itu diiktiraf sebagai ancaman, mereka akan dibiarkan terus mendekam di dalam penjara.
Sebenarnya, pengumuman pemansuhan ISA dan pemindaan beberapa akta lain itu jelas menunjukkan bahawa Najib Razak sangat terdesak sehingga terpaksa berusaha keras bagi memulihkan nama beliau yang merudum di mata rakyat. Maka Najib Razak mesti memulihkan kembali watak beliau itu.
Antara yang diusahakan Najib Razak dan Rosmah Mansor sekarang ialah mengakrabkan diri mereka itu dengan kelompok anak-anak, pemuda melalui konsert Suara Kami di samping berhibur sendiri. Apakah rencana memulihkan imej Najib ini datang daripada khidmat nasihat Israel Apco itu? Wallahu'alam.
Perihal imej Najib Razak yang hancur rosak dan luluh binasa ini bukan hal yang tiada asasnya. Tinjauan Merdeka Center tidak lama dahulu membuktikan bahawa, kemasyhuran Najib ini dilihat semakin jatuh disebabkan kerajaan gagal menangani isu kenaikan harga barang dan ekonomi yang kian membarah.
Sebenarnya, Najib Razak perlu sedar juga bahawa, tiadalah ertinya pemansuhan ISA itu kalau ada akta lain yang mirip ISA digubal semula. Rakyat meragui apakah niat Najib benar-benar suci? Lagi pun Najib tidak jelas menyebutkan apakah hal pemansuhan ISA itu dilakukan dengan serta-merta ataupun tidak.
Najib Razak juga tidak jujur dengan hal pemansuhan ISA itu. Tak pernah kita dengar sebelum ini, Najib mengeluarkan kenyataan mencela ISA sebelum beliau diangkat sebagai PM. Beliau bukanlah seperti Dr Mahathir yang pernah menulis ideanya sejak beliau belum menjadi PM, lalu melaksanakan cita-cita itu selepas beliau dilantik menjadi PM.
Tiada sebutir patah celaan pun ke atas ISA itu daripada Najib Razak sebelum ini, apabila beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan atau ketika beliau menjadi TPM dahulu. Tiba-tiba ketika menjelang pilihan raya, Najib Razak mengumumkan hal pemansuhan ISA itu. Ini maksudnya apa?
Sedangkan, sudah sepatutnya ISA dimansuhkan sejak beberapa tahun dahulu dan bukannya sekarang. Malah tidak sedikit pun, Najib Razak menyebutkan bahawa Pakatan Rakyat juga terlibat memberikan sumbangan ke arah pemansuhan akta drakonian ini. Sekali lagi, inilah bukti bahawa Najib tidak jujur.
Dengan egonya, Najib berkata, pemansuhan ISA bukan kesan daripada tuntutan Pakatan Rakyat, tetapi kerana beliau mendengar luahan hati rakyat. Bagi melunas dendam kepada musuh politik, Najib sudah menipu umat lantas tertipu dengan kebodohan yang beliau sendiri ciptakan.
Apakah Pakatan Rakyat itu bukannya sebahagian daripada rakyat juga? Kenapakah Najib memisahkan Pakatan Rakyat dengan rakyat? Apa salahnya jika Najib berkata jujur bahawa meniru Pakatan Rakyat?
Bukanlah salah meniru Pakatan Rakyat. Hadis nabi menggalakkan Najib mengambil apa sahaja sumber hikmah kebijaksaan di mana sahaja dia ditemui. Katakan sahaja bahawa beliau membaca pemansuhan ISA itu di dalam Buku Jingga tajaan Pakatan Rakyat. Apalah susahnya? Melainkan beliau ego sahaja.
Perihal Najib memansuhkan ISA bukan bererti dia wira. Ia seperti tindakan penzalim yang mengurangi kezalimannya. Masih banyak rantai akta drakonian yang membelenggu kita, tapi tidak diputuskan. Jadi, Najib bukanlah wira penyelamat, sebaliknya seorang penzalim yang baru mengurangi sedikit zalimnya.

No comments:
Post a Comment