Oleh RUHI HAYATI THANI
Sebelum Pakatan Rakyat Perak di bawah kepemimpinan Nizar Mohamad ditumbangkan Najib Razak, saya diamanahkan membuat buletin untuk kerajaan negeri Perak ketika itu. Jadi, ada sekeping gambar yang menunjukkan betapa Menteri Besar Perak ketika itu, hanya menaiki bas sahaja ketika ada urusan di atas nama kerajaan negeri Perak.
Ketika itulah saya terperasan sekeping gambar Nizar yang membuat isyarat bagus (mengangkat ibu jari) kepada jurukamera ketika beliau menaiki bas itu. Maka, keterangan gambar (caption) pun diletakkanlah lebih kurang berikut:-
"Gambar Mohamad Nizar ketika berpergian menghadiri program anjuran kerajaan negeri. Beliau menaiki bas bersama exco kerajaan negeri."
Oleh kerana peristiwa ini agak lama, maka 'caption' keterangan gambar itu boleh jadi tersilap. Tapi, saya ingat betul dengan kisah Nizar menaiki bas itu. Gambar beliau menaiki bas itu mungkin boleh dicari oleh sesiapa sahaja yang suka mencarinya. Dengan menaiki bas itu, Nizar dan exco Pakatan Rakyat itu boleh menjimatkan aliran kepenggunaan wang kerajaan negeri.
Tiba-tiba, hari ini gempar di media bahawa Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menaiki bas ke Perak. Itu mungkin lambang tawadhuk serta rendah diri bagi sesetengah pihak yang tidak faham. Namun, hakikat sebenarnya, ruangan dalaman itu sudah pun ditukar menjadi ruangan lain yang hebat juga.
Ringkasnya walaupun kedengaran Najib dan Rosmah menaiki bas, tetapi ia tetap bas mewah, lengkap dengan sofa empuk dan bukanlah bas yang dinaiki Nizar Mohamad dan exco Pakatan Rakyat Perak ketika menjalani program tajaan kerajaan negeri itu.
Nizar mengguna perhidmatan bas atas urusan kerajaan negeri, walhal Najib menaiki bas bagi menghadiri walimah pernikahan seorang ahli Umno sahaja. Begitulah ragam masing-masing, sesuai dengan sifat dan sikap mereka yang tersendiri.
Ya, itu cerita bas! Tiba-tiba, selepas itu, tersiar pula pendedahan Kementerian Luar Negara mengenai kos lawatan dua hari Perdana Menteri Najib Razak ke Kazakhstan pada Jun lalu yang mencecah nilai RM1 juta! Perangkaan setepatnya sangat mengejutkan. Di Parlimen, didedahkan bahawa jumlah semua - RM1,072,213.22. Itulah yang dibelanjakan oleh perdana menteri dan rombongannya bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.
Agak ironis. Ketika forum itu membahas kedudukan ekonomi dunia Islam, maka pembaziran pun berlaku walhal langkah membendung pembaziran adalah ramuan utama dalam hal-ehwal pembangunan ekonomi Islam itu. Lawatan yang memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan itu mengirim polemik baharu ketika wujud dakwaan bahawa ruang kesempatan itu juga dimanfaatkan keluarga Najib untuk merisik bakal menantunya.
Selain itu, Menteri Luar Negara Anifah Aman juga menjelaskan bahawa, lawatan dua hari Najib Razak ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai itu bertujuan memenuhi undangan presiden negara tersebut. Kira-kira lima dokumen ditandatangani dan perbelanjaannya pula mencecah sehingga RM323,268.19!
Apa pun, Najib Razak bernasib baik kerana lawatan beliau ke Perth, Australia pada 31 Ogos sehingga 3 September lalu adalah lawatan peribadi. Di sana, Najib Razak berpeluang bertemu siswa Malaysia serta mengadakan hubungan dengan wakil perkumpulan Muslim di sana. Maka, ruang kritikan terhadap beliau tertutup. Tetapi, sikap Najib yang tidak menghadiri Hari Merdeka kerana membuat lawatan ke luar negara turut mengundang kritikan rakyat juga.
Najib Razak telah dibiasakan dengan sebuah kehidupan mewah sejak muda lagi. Semua orang tahu bahawa beliau menjadi Menteri Besar dalam batasan lingkungan usia yang masih muda belia. Kenaikan jawatan beliau itu pun disebabkan ayahnya Tun Abdul Razak dipandang terhormat di dalam Umno.
Apa pun kini, Najib Razak telah menjadi Perdana Menteri. Selaku ketua kerajaan, beliau perlu menjelaskan kedudukan perbelanjaannya ke Kazakhstan itu, lantaran jumlah itu terlalu besar untuk suatu lawatannya. Mungkinkah di sana ada pembelian sebentuk cincin untuk bakal menantu atau bakal besan?
Rakyat kita tidak pernah menghalang rasa cinta antara dua negara. Jika benar telah tersemat hajat di hati, maka selepas selesai urusan negara, Rosmah dan Najib perlu pulang semula ke tanah air. Lalu ambil semula penerbangan ke Kazakhstan dengan menggunakan wang peribadi untuk membuat lawatan guna mempertaut jejak kasih kembali bertujuan meneruskan upacara risik-merisik walaupun nanti dikata orang, 'bagaikan perigi mencari timba.'
Namun, itulah yang terlebih afdal daripada dikatakan orang pada kemudian hari - "Perdana Menteri 'melawat' presiden dan besan anak perdana menteri itu dengan mengguna wang belanjawan negara dan negeri."
Demikianlah adanya. Sejak Najib Razak mengguling pemerintahan Nizar Mohamad di Perak yang pernah menaiki bas sederhana untuk program negeri itu maka Najib juga semakin bermaharajalela dengan wang daripada percukaian rakyat sekali gus menghanguskan duit itu dengan bas mewah apabila hadir walimah seorang puteri Umno Perak. Kenakalan Najib Rosmah menjadi-jadi dengan acara peribadi, iaitu risikan putera Kazakhstan untuk puterinya juga.
Apalah kata rakyat ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor pada kemudian hari nanti? Lebih baik hilang sedikit wang, tetapi jangan sesekali dihilangkan amanah, kepercayaan orang. Janganlah dikuburkan dan ditimbuskan walau sedikit pun maruah dan harga diri.

No comments:
Post a Comment