Oleh RUHI HAYATI THANI
Berhimpun adalah hak rakyat. Sama ada ia berjaya atau tidak, itu bukan persoalan. Berhimpun akan menyebabkan masyarakat berfikir mengenai objektif berhimpun itu.

Contohnya, perhimpunan anjuran Bersih pada 9 Julai lalu sudah mengundang kemarahan di pihak Najib Razak. Namun, ia setidak-tidaknya membuka mata orang bahawa kecurangan pilihan raya itu hal serius.
Mutakhir ini, ada kejadian tenat yang menimpa kampus. Ramai pelajar Matrikulasi gagal ke kampus gara-gara lima buah universiti bertaraf penyelidikan mengurangi pengambilan pelajar. Dasar itu dibuat bagi meraikan pelajar antarabangsa untuk mendapatkan penarafan tertinggi di dunia. Terbaru, tersiar pula penggantungan pensyarah Abdul Aziz Bari.
Apakah akan ada himpunan untuk perjuangkan Matrikulasi dan Abdul Aziz Bari? Kita juga berdepan dengan pelaksanaan Hudud yang ditentang MCA dan Umno dan lain-lain parti. Jadi, adakah perhimpunan untuk gangkat Hudud ini?
Terbaru, ada perhimpunan HIMPUN anjuran umat Islam terhadap isu murtad yang berleluasa. Ada pihak mendokong acara ini dengan syarat ia tidak akan menimbulkan perpecahan antara para penganut agama.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman dalam satu kenyataan berkata, penganjuran himpunan itu diharapkan tidak dijadikan agenda politik yang bertujuan menyerang Pakatan Rakyat. Katanya, sebarang usaha melaga-lagakan penganut pelbagai agama perlu dijauhi.
Kalau tidak, beliau risau, sikap ini menimbus masalah yang menimpa umat Islam. Kita boleh faham kenapa ada pihak yang meraguinya. Salah satu watak yang dilihat sebagai 'wira' dalam 'memperjuang' isu murtad ini, adalah watak Zulkifli Nordin.
Dalam ceramahnya, Zulkifli keras menyerang Anwar Ibrahim atas alasan faham liberal itu. Itu antara sebab awal kenapa ramai orang meraguinya. Zulkifli juga tidak mengecam Najib yang bersujud dan melutut kepada 'wahyu' Idris Jala yang ingin Alkitab (Bible Melayu) berlegar di semenanjung Malaysia.
Jadi ada 'bias' dalam kecaman Zulkifli yang dilihat sebagai sosok tegar dalam HIMPUN. Yang tidak menyokong HIMPUN pasti tidak senang dengan Zulkifli dan beberapa orang yang sealiran dengannya. Kemurtadan telah dipolitikkan dan bukan untuk menyelesaikan kemurtadan.
Sekali lagi, berhimpun itu tidak tercela kerana ia adalah hak semua. Tapi, kita persoal watak seperti Zulkifli dan rakan-rakannya - adakah ini satu-satunya cara menyelesaikan semua hal? Kita bertanya begini kerana wujud kenyataan dalam laman sesawang yang digerakkan kumpulan HIMPUN itu. Antaranya mereka mahu 'ukur tahap kesatuan, semangat kekitaan dalam kalangan orang Islam khasnya ke atas kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.'
Jadi, ia bertujuan menyukat tahap kesatuan umat Islam dalam hal Kristianisasi. PAS pada dasarnya menyokong usaha memantapkan akidah umat Islam. Di sini telah jelas matlamat PAS. Maka, jika ada pihak yang tidak mahu terjebak, ini kerana mereka tidak sukakan orang-orang yang menggerakkannya.
Semoga tiada yang terpengaruh dengan agenda pihak tertentu yang menimbulkan kemarahan antara penganut agama di Selangor. Keadaan himpunan ini jika tidak diperhalusi, akan terlanjur pula kepada usaha menyerang Pakatan Rakyat. Sekali lagi, watak utama yang terlibat dalam himpunan ini - Perkasa, Zulkifli Nordin dan lain-lainnya perlu disemak lagi.
Mungkin perlu diletak syarat-syarat tertentu seperti jangan ada individu parti dikecam. Atau, kalau ada mana-mana pihak yang melanggar perjanjian ini, maka pihak sebelah lagi bolehlah mengecam individu parti lawannya.
Umpamanya, kalau Zulkifli Nordin kecam Anwar maka jangan pula Perkasa dan Zulkifli marah-marah jika PAS menyelar sikap Najib Razak yang merelakan Alkitab (Bible Melayu) diedarkan di semenanjung Malaysia setelah 'diugut' oleh Idris Jala dan teman-temannya. Itu salah satu contoh.
Apa pun yang terjadi, perhimpunan untuk mengumpulkan suara Muslimin dalam usaha membanteras kemurtadan itu dikatakan mudah mendapat permit. Ini bermakna, penguasa Umno berasa tidak terancam langsung dengan wacana kemurtadan yang dibangkitkan itu.
Cuba kita uji penguasa Umno terhadap isu Abdul Aziz Bari dan isu pelajar Matrikulasi yang tidak mendapat tempat di universiti hari ini. Mungkinkah sulit juga mendapat permit untuk berhimpun?
Kalau HIMPUN diadakan bertujuan menguji kepekaan umat ke atas isu murtad (lalu diberi permit) maka perhimpunan menolak penggantungan Abdul Aziz Bari oleh UIAM, perhimpunan besar-besaran untuk sokong Hudud termasuk perhimpunan meratapi nasib pelajar Matrikulasi yang gagal ke universiti itu, apakah Umno dapat meluluskan permitnya?

No comments:
Post a Comment