Oleh H FANSURI
Sebermula, inilah riwayat ringkas Raja Bersiong; gelaran seorang Raja Kedah dinamakan akan dia - Raja Ong Maha Perita Deria adanya. Baginda itu raja keempat daripada jurai keturunan Merong Mahawangsa yang zalim dan ditakuti rakyat. Yang melanggar undang-undang akan dipenjarakan atau dibunuh pengawal atau panglima Raja Bersiong.
Syahadan, kononnya pada suatu hari tukang masak terpotong jarinya, lalu darah memercik ke dalam periuk gulai bayam. Raja Bersiong itu pun bersantap nasi berlauk gulai bayam bercampur darah. Setelah diketahui gulai itu bercampur darah manusia, baginda mula membunuh musuh-musuhnya di penjara.

Lalu, banduan pun terhukum bukan kerana kesalahan, tetapi kerana nafsu serakah baginda. Baginda ketagih dan mabuk darah. Banduan terus dipancung dan diambil darahnya. Kedah kebanjiran darah!
Kejahatan pun merebak berleluasa hingga timbul kebencian di hati rakyat. Sekumpulan nelayan Kedah revolusioner keluar menyusun revolusi, mencetus rusuhan serta permusuhan, lalu keluar memberontak dan menyerang istana raja.
Malang tak berbau, kekuatan ketumbukan revolusioner itu alah oleh kekuatan ketumbukan mala petaka yang dikirim oleh bala tentera raja. Arakian, salah seorang nelayan yang terkorban ini adalah adik kepada salah seorang menteri raja itu.
Menteri berdukacita terhadap kematian adiknya. Beliau menunggu Raja Bersiong pergi berburu ke hutan seperti biasa bersama pengawalnya. Kalakian, dalam pada itu, menteri ini mengumpulkan bala tentera untuk keluar memberontak dan mengusir keluar raja dari negeri itu. Ketika pulang dari berburu, baginda terkejut melihat ramai tentera yang mengepungnya diketuai menterinya sendiri.
Baginda mengarahkan pengawalnya bertarung dengan tentera pemberontak yang diketuai menteri, tapi para pengawal telah belot dan menyertai tentera menteri.
Tinggal baginda bersendirian lalu melarikan diri ke hutan lalu mangkat di hutan. Konon, tempat baginda membaling siong dinamakan Baling dan tempat siong (taring) jatuh dinamai Siong. Tergulingnya Raja Bersiong di tangan tentera pemberontak mungkin sama seperti tergulingnya Ghaddafi oleh tentera pemberontak NTC Libya saat catatan ini ditulis.
Hikayat lisan ini membuatkan kita berfikir banyak hal. Revolusi itu tidak asing di Alam Melayu. Revolusi rakyat Kedah purba mencapai kematangan lebih awal dibanding Revolusi Perancis yang mengguling kedurjanaan Marie Antoinette yang loba seperti Rosmah.
Mungkinkah hikayat revolusi mengguling dan mengusir Raja Bersiong itu boleh kita kirimkan kepada Unesco dan PBB agar diisytihar sejarah revolusi ini sehebat revolusi Perancis itu? Yang menghalang kajian akademik ini hanya dua kata - Najib dan Rosmah.

No comments:
Post a Comment