Oleh H FANSURI
Dalam Berita Harian 30 September, Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin berkata bahasa Melayu akan jadi bahasa pengantar. Tiba-tiba Tunku Munawirah Putra, daripada 'Parent Action Group for Education' mengirim isyarat bahaya, loceng amaran malapetaka ke atas bahasa Melayu.
Sebelum ini, telah beredar puluhan rumusan dan kajian akademik oleh warga pensyarah berhubung kesilapan PPSMI. Sebetulnya kumpulan ini telah kalah pada pusingan awal dengan hujah akademik, termasuk hujah berdasarkan undang-undang perlembagaan negara.
Terdahulu, ada laporan polis ke atas bekas Menteri Pelajar Hishammuddin Hussein oleh Gapena. Ini membuktikan bahawa PPSMI adalah jenayah ke atas negara dan dunia pendidikan. Dengan tangkas, bagi menyelamatkan kerabatnya, Najib menukar jawatan sepupunya ke KDN.
Page melupai peristiwa laporan polis. Penjenayah dibiar berleluasa menggemakan racun-racun pemikiran. Cuma ada suatu hal (mungkin) kenapa mereka berani dan terang-terangan menyalakan obor pertikaian tentang PPSMI. Iaitu Dr Mahathir masih hidup untuk membela mereka.
Satu-satunya alasan yang tampak rasional adalah - kerajaan perlu pertimbangkan keresahan ibu bapa yang risau kemerosotan pelajaran anak-anak yang terbiasa dengan PPSMI. Cara fikir begini tidak sihat. Kenapa Page tidak fikir kesulitan murid ketika PPSMI mahu diterapkan sebelum ini?
Kalau alasan seperti ini yang diberi, maka Page perlu bersabar untuk kembali kepada sistem pelajaran tanpa PPSMI. Yakinlah, perlahan-lahan, anak-anak dapat menerima kembali pengajaran dan pembelajaran yang asal.
Page mendakwa Muhyiddin keliru mengenai pendidikan dan kerajaan perlu campur tangan tanpa diancam ketakutan ke atas tuntutan umat yang menolak PPSMI. Page turut berpendapat, PPSMI dibenarkan di bawah Akta Pelajaran 1996 sebab dasar itu tidak menolak BM sebagai bahasa pengantar. Ini semua tanggapan peribadi dan alasan untuk kukuhkan kembali gelora PPSMI.
Page seolah-olah menuduh Muhyiddin 'membuang' PPSMI kerana takut hilang undi. Buat Page, perihal TPM takut hilang undi atau tidak, bukan persoalan lagi. Muhyiddin mungkin hilang undi. Tapi, bukankah rakyat berhak membantah PPSMI? Ini soal hak rakyat.
Setidak-tidaknya umat dapat cetuskan gelora GMP sedangkan Page tidak berjaya memukat isi hati umat kecil yang menyokong PPSMI di jalan raya. Page tidak berani turun ke jalanan lantaran nurani mereka kerap berbisik, "Kami pun sedar, PPSMI adalah jenayah paling parah!"
Kita desak Page berdiam saja. Kita ada banyak masalah yang ingin diberes seperti tindakan mengguling Najib Razak. Jika Page bising, tak mustahil kami akan edar risalah revolusioner di Putrajaya untuk cetuskan gelora GMP 2.0 pula! --- Angkatan Ilmu'an Ra'yat (AIR)

No comments:
Post a Comment