Oleh RUHI HAYATI THANI
Akhirnya, yang bersalah tetap salah, manakala yang menang tetaplah menang. Asalkan kita bersabar, maka kejayaanlah yang akan tiba. Falsafah haji itu mengasuh jiwa kita agar tetap kekal bersabar.

Jika haji itu dikait dengan kesabaran dan pengorbanan, maka sejarah haji korban itu telah bermula dengan pengorbanan Habil dan Qabil. Salah seorang daripada mereka cukup bersabar dengan dugaan hidup ini.
Kemudian ia diteruskan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang menyembelih anaknya sendiri. Kemudian dia meninggalkan Siti Hajar dan anaknya di Mekah yang pada ketika itu hanyalah sebuah padang tandus yang kering kontang.
Maka, deretan semua peristiwa ini menyebabkan kita terfikir bahawa - kesemua amalan yang kita lakukan ini adalah tindakan meniru-niru sikap pejuang revolusioner Tauhid yang tabah berdepan dengan ujian Allah s.w.t. Amalan saie, berlari-lari anak antara Safa dan Marwah misalnya meniru-niru tindakan Siti Hajar. Amalan melontar jamrah misalnya adalah peniruan amalan sunnah Nabi Ibrahim a.s yang membaling batu ke arah syaitan yang menggodanya.
Semua ini dilaksanakan pendahulu kita dengan penuh kesabaran. Seperti mana ibadah korban Nabi Ibrahim a.s yang dilaksanakan dengan kesabaran itu, maka ibadah haji juga dianggap sebagai kemuncak revolusi ketakwaan, mengatasi kedudukan ibadah lain kerana nilai sabar apabila kita tahan diuji.
Ibadah solat seharian kita juga kerap menuntut kesabaran. Misalnya, manusia diseru meminta bantuan dengan sabar dan solat. "Dan, mohonlah bantuan secara bersabar dan menunaikan solat..." demikian firman Tuhan dalam Al-Qur'an.
Maka ujian getir ketika menunaikan haji inilah, yang menuntut kita supaya lebih banyak bersabar untuk berdepan dengan masalah-masalah kehidupan di Malaysia. Lihat sahaja bagaimana tabahnya perjuangan mahasiswa kita berjuang menuntut supaya Auku dimansuhkan. Ia bukan senang dilaksana kalau masih ada kebebalan dalam alam fikiran kementerian dan sikap inginkan kekebalan di dalam jiwa pemimpin universiti.
Akhirnya, roboh juga tembok keangkuhan itu. Prof Abdul Aziz Bari misalnya, bercakap mengenai sesuatu yang difikirkannya sebagai benar mengenai asas perlembagaan negara. Lalu, beliau pun terhukum oleh kata-katanya. Di celah-celah itu juga, telah hadir dokongan lain di luar dan di dalam universiti.
Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) misalnya menyatakan sokongannya ke atas beliau. Gegaran berlaku dengan begitu kuat di kampus Gombak itu. Ini kerana, kenyataan-kenyataan beliau telah membuatkan satu negara berfikir dalam pelbagai cara.
Tapi, oleh sebab kenyataannya terdahulu dikatakan melawan titah istana, maka pihak UIAM telah menghukum beliau dengan menggantung tugasnya. Di sini, kita dapat melihat bahawa nilai kekuatan kesabaran itu juga dikait dengan kebenaran juga. Inilah semangat yang terkandung dalam jiwa perjuangan Nabi Ibrahim a.s, Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s. Sesiapa pun yang bersabar dan benar dalam tindakannya, akan mendapat keberkatan Tuhan.
Nabi-nabi adalah orang yang ahli dan arif pengetahuannya tentang kitab Tuhan. Oleh itu, tindakan mengenakan hukuman terhadap orang yang benar ini, adalah mirip kepada sikap Fir'aun dan Namrud yang mahu menenggelamkan suara-suara orang yang benar. Apabila suara orang benar itu dicabut, maka manusia akan tenggelam dalam pusaran gelora lautan kebodohan.
Di dalam Surah al-Anbiya', ayat 7, Allah s.w.t berfirman: "...maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui."
Mencantas nyawa dan menggantung tugas ini telah merosakkan pengetahuan, kerana sikap ini menutup ruang untuk orang awam mendapatkan hikmah, ilmu daripada ilmuan yang benar-benar jujur dan ikhlas dengan agamanya. Kes ini tidak hanya terhad kepada Abdul Aziz Bari sahaja, tetapi juga terhadap ilmuan lain juga.
Jika Ibrahim a.s dilihat sebagai sosok yang tahan diuji sehingga amalan haji pun dinisbahkan kepadanya, maka perhatikan juga bagaimana Namrud telah menitahkan perintah agar nabi ini dibakar hidup-hidup. Debat sudah tidak boleh dilaksanakan lagi, kerana hujah Ibrahim a.s selalu menang.
Di dalam Surah al-Baqarah, 111, Allah s.w.t berfirman, "... Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu (Yahudi dan Nasrani) katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar."
Perjuangan pensyarah dan mahasiswa dahulu dan hari ini telah banyak menyelongkar isi perlembagaan negara dan Auku. Mereka inilah yang mengambil alih tugas nabi-nabi seperti Nabi Ibrahim a.s yang membela kebenaran. Mereka menyelongkar kitab sambil mencabar, "Mari buka perlembagaan negara, ayuhlah dibuka kitab Auku jika kamu benar!"
Ternyata, lumpuhlah hujah kerajaan yang zalim. Gugurlah kepentingan pemegang saham 'stakeholders' kampus apabila sudah jelas terbatal hujah batil. Umat antarabangsa yang memperjuang kebebasan akademik sendiri pasti menyokong usaha mereka ini.
Unesco misalnya telah memajukan usul mengenai 'kebebasan akademik' di dalam 'Recommendation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel'. Usul yang terakam dalam Artikel 26 dan 27 di persidangan Unesco pada 11 November 1997 itu dengan jelas menyebut:-
"...the right to contribute to social change through freely expressing their opinion of state policies and of policies affecting higher education".
Perjuangan kita masih panjang. Tapi sudah ada suara-suara masyarakat antarabangsa yang menyokong kita asalkan kita bersemangat menekuni falsafah haji mabrur, iaitu kejayaan diraih dengan ketekunan, kesabaran dan kebenaran dalam menempuh ujian hidup seperti sikap nabi Ibrahim a.s, Siti Hajar dan nabi Ismail a.s yang berjiwa revolusi.

No comments:
Post a Comment