Oleh H FANSURI
Yang menyebabkan Shahrizat Abd Jalil, Najib Razak, Khairy Jamaluddin dan ahli Umno lainnya menafikan penglibatan mereka di dalam korban sembelihan lembu 'feedlot' ini, adalah kerana keangkuhan dan ketakburan masing-masing.

Keangkuhan seperti mangga yang menyangga pintu hati dengan rapat dan kejapnya untuk bertaubat. Orang berjiwa kerdil selalunya takbur. Orang berjiwa besar, mudah mengakui kesilapan.
"...Lawanku keliru menyebutku ahli falsafah
Tuhan tahu aku bukan yang mereka katakan
kerana terlanjur lahir di tempat yang menyedihkan ini
tak perlu aku tahu siapa aku sebenarnya..."
~ Ruba'iyyat Umar Khayyam
Umar Khayyam misalnya amat terkenal di belahan dunia Barat. Namun, berdasarkan petikan catatan ini, beliau merendah diri lalu berkata, bahawa orang luarlah yang melihat sosoknya sebagai watak failasuf terunggul. Dia berkata, Tuhan sendiri yang lebih mengerti mengenai kedudukannya sendiri.
Selebihnya saya sendiri tidak dapat menangkap maksud di bait ke-3, "...kerana terlanjur lahir di tempat yang menyedihkan ini...". Jenis tempat bagaimana yang disifatkan beliau sebagai menyedihkan itu? Tapi, yang lebih utama ialah, dia sendiri menyatakan bahawa beliau sendiri tak perlu tahu siapakah dia sebenarnya.

Mungkin jawapan pintas yang paling pantas adalah-Umar Khayyam adalah seorang hamba Allah. Itu yang lebih jelas.
Yang Umar tidak perlu tahu adalah, siapakah dia di sisi manusia? Hal itu sudah menjadi tidak penting lagi. Hal ini kerana, semua manusia adalah sama. Umar Khayyam berjiwa halus, tidak angkuh.

Nilai ini juga yang terjalin di dalam jiwa halus Usman Awang yang tidak angkuh, sekali gus menolak perang yang bermuara daripada keangkuhan itu.
"Manusia gila perang telah membunuh segala mesra!
perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!
...
"Kami benci pada perang penuh pembunuhan!
kami rindu pada damai sepanjang zaman!"
(Usman Awang, Bunga Popi, 1955)
Apabila manusia menyedari kedudukan mereka semuanya sama di sisi Allah, maka terkuburlah keangkuhan orang kaya, cerdik ke atas miskin dan bodoh. Segala pangkat gelar yang diraih itu menjadi usang dan tiada ertinya lagi di depan Tuhan. Insan yang bijaksana akan terus beramal demi Tuhan.
Perang tetap berlaku kerana kebodohan, tipu daya ke atas diri sendiri dan bongkah keangkuhan itu tetap sahaja wujud lalu gagal melebur. Usman Awang cuba menghentikan perang ini dengan suara sajaknya.
Tapi, angkuh akan tetap terus wujud. Manakala perang akan menggila terus! Perang tidak cuma tercurah lewat darah dan air mata. Perang rasa misalnya yang melibatkan iman dan kekufuran di jiwa itu akan berterusan terjadi. Perang di jiwa juga boleh terjadi saat iman mahu menewaskan sikap menipu.
Salah satu perang melawan penipuan dan kecurangan diberitakan kepada kita dalam Surah Al-Baqarah (Lembu Betina). Seorang lelaki kaya terbunuh dan tidak diketahui siapakah pembunuhnya. Wahyu tiba. Lalu dicari lembu kuning keemasan untuk disembelih guna menyelesaikan hal itu.
Kebenaran terserlah dan diketahuilah siapakah pembunuh lelaki kaya tersebut. Lelaki itu dibunuh kerana ada pihak tertentu yang ingin tamak harta lelaki kaya itu.
Begitulah karya persuratan terulung Tuhan menghebahkan berita kejadian benar lewat surah yang dinisbah kepada lembu. Bani Israel di bawah pimpinan wahyu Ilahi, telah dipandu nabi dengan membuat sembelihan ke atas seekor lembu guna menyuluh kecurangan. Umat hari ini menyembelih ribuan lembu 'feedlot' demi keuntungan peribadi dan kroni.
Hal ini terjadi menjelang raya korban ketika 'Haji' Najib Razak baru pulang mengerjakan haji yang dituduh hajinya tidak menjadi. Selepas pecah berita ini 'Haji' Najib yang baru pulang dari Mekah itu, terus bertemu encik Obama di pulau Hawaii dan tidak peduli urusan 'feedlot' lagi. Sungguh ironi!

No comments:
Post a Comment