Oleh H FANSURI
Apabila kita meneliti cerita lisan silam-Lebai Malang, tentu ada kalangan kita yang bertanya dari mana timbulnya ungkapan kata 'pak lebai' ini? Ia watak agama. Kononnya beliau dijemput membaca doa selamat untuk kenduri di dua buah kampung yang terletak di hulu dan di hilir sungai.

Dengan ketamakan itu, beliau memilih menongkah arus ke hulu sungai terlebih dahulu, supaya nanti dalam perjalanan pulang ke hilir akan lebih cepat sampai.
Akibatnya dia berkayuh perlahan kerana menongkah arus ke hulu dan ketika tiba saja di majlis kenduri itu, juadah telah tiada. Demikian juga ketika dia ke hilir sungai. Walaupun dia mendayung laju kerana perahunya sealiran dengan arus sungai, namun tetap sahaja beliau kesuntukan waktu untuk mendapat juadah kenduri yang baharu sahaja selesai itu.
Persoalan awal yang boleh kita bangkitkan di sini, dari manakah asal-usul kalimat lebai itu? Ia pasti kalimat baharu kerana ia hadir pada zaman Islam. Ia tidak wujud ketika zaman Hindu-Buddha di Alam Melayu purba ini. Jadi, bagaimanakah kalimat 'lebai' itu terbentuk?
Salah satu andaian baharu yang boleh kita bahaskan di sini adalah - lebai ini sekumpulan manusia yang pergi menunaikan fardhu haji. Lalu haji melaung, "LABBAIkallahumma LABBAIK!..." Dan seterusnya. Maka, lebai pun muncul dengan sebab golongan pak haji ini telah pergi ke Mekah, menunaikan fardhu haji lalu melaung-laungkan kalimat 'Labbai' itu. Maka, perlahan-lahan teruslah masuk terseludup dan terserap perkataan Pak Lebai dalam kaum Melayu.
Jika perkara ini boleh disahkan atau boleh diterima buat sementara waktu, maka rumusan awal yang boleh disusun adalah seperti berikut:-
Pertama, persuratan kesusasteraan mengenai haji bukan hal baharu dengan novel Di Bawah Lindungan Kaabah dan lain-lain travelog haji. Lebai Malang, walau dia tidak pergi menunaikan haji dalam sastera lisan yang demikian ringkas itu, namun cukup membuktikan bahawa ada sejenis karya yang sudah memperihalkan gelagat dan tabiat-tabiat buruk orang-orang haji yang masih kekal tamak dan tidak berubah sikap kelakunya itu.
Kedua, kisah Lebai Malang juga menunjukkan bahawa suatu bentuk luahan protes, bantahan orang Melayu ke atas golongan agamawan juga. Hal protes ini tidak bercanggah dengan nilai-nilai agama sebab memang jelas ada kisah-kisah ulama' su' (ulama' jahat) dan mereka yang alim tapi membisukan diri ke atas kejahatan pemimpin negara. Melayu itu rupanya pandai menegur dan sudah terlebih awal melantun kritik ke atas ulama dengan jalan persuratan.
Ini bermaksud, telah wujud fahaman bahawa golongan agamawan juga boleh dikritik, ditegur dan dibantah-bantah, sesuai dengan sikap perilaku mereka yang tamak dan jelek itu. Dan, sastera lisan Melayu sudah pun membuktikan kemajuan fikiran Melayu yang memang sudah bersikap revolusioner apabila mahu bersikap keras terhadap penyelewengan agama oleh para ustaz-ustaz itu.
Maka, bagaimanakah kedudukan sastera dan persuratan haji, travelog haji yang meluas cetakannya pada zaman kita ini? Adakah ia mengandung kritikan ke atas golongan agamawan Raja Saud di Mekah dan menyiarkan kisah kecurangan orang yang berhaji semata-mata mahu mendapat penghargaan diri?
Tidak semua yang pergi berhaji itu dipandang terhormat kerana ada juga yang tidak sabar. Misalnya, Najib Razak yang pergi berhaji untuk bertemu rakan politiknya di Arab Saudi itu. Walhal, jelas termaktub di dalam Al-Quran; Al-Baqarah ayat 196, "Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah itu KERANA ALLAH.."
Buat Najib Razak, usah disibukkan diri berbicara tentang iktisad dan pelaburan ekonomi Malaysia dengan pembinaan LRT, KTMB itu. Tumpu sepenuhnya hal-ehwal ibadat dan berdoalah di depan pintu Kaabah; Multazam supaya anda tidak digulingkan rakyat di Putrajaya sehingga mati beragan!

No comments:
Post a Comment