Oleh BOESTAMAM SARI
Bukanlah sesuatu yang asing apabila melihat pelajar dari Universiti Al-Azhar, Mesir membantu tetamu Allah untuk mengerjakan fardhu haji. Hal ini telah menjadi suatu kebiasaan bagi mahasiswa kita di Timur Tengah untuk membantu tetamu Allah itu sambil mendapatkan upahnya.
Apakah hukumnya mahasiswa Al-Azhar dan pelajar Timur Tengah ini mengerjakan haji sekali gus membantu urusan haji bagi mendapatkan upah? Maka, setakat ini, belum kita dengar lagi kedudukan pelajar kita yang ditahan kerana terlibat dengan pembabitan urusan haji itu. Itu bererti, pekerjaan itu sah.
Bukanlah sesuatu yang asing apabila melihat pelajar dari Universiti Al-Azhar, Mesir membantu tetamu Allah untuk mengerjakan fardhu haji. Hal ini telah menjadi suatu kebiasaan bagi mahasiswa kita di Timur Tengah untuk membantu tetamu Allah itu sambil mendapatkan upahnya.
Apakah hukumnya mahasiswa Al-Azhar dan pelajar Timur Tengah ini mengerjakan haji sekali gus membantu urusan haji bagi mendapatkan upah? Maka, setakat ini, belum kita dengar lagi kedudukan pelajar kita yang ditahan kerana terlibat dengan pembabitan urusan haji itu. Itu bererti, pekerjaan itu sah.
Sebetulnya, kalau ditinjau daripada sirah pembinaan Kaabah setelah runtuh dilanggar banjir besar, ia dibina semula oleh Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail. Pemuda itu masih muda belia dan masih belajar ilmu Tauhid dengan ayahnya yang tercinta.
Demikianlah juga halnya dengan mahasiswa Al-Azhar hari ini yang bekerja membantu urusan haji dengan sedikit habuan upahnya itu. Ini semua tindakan politik dalam agama. Maksudnya mahasiswa itu berpolitik bagi meningkatkan syiar agama, berpolitik dan menyusun tadbir perjalanan tetamu Allah, para haji, hajjah di Mekah sana. Pendek kata, mahasiswa dan politik, hatta politik kepartian sekali pun tidaklah salah.
Tetapi, lain pula halnya dengan mahasiswa di tanahair kita pada hari ini. Masih hidup dibelenggu rantai penjajahan Akta Universiti serta Kolej Universiti (Auku). Bagaimanapun, baru-baru ini sudah ada kemajuan baharu, iaitu Seksyen 15 (a) yang menyekat pembabitan pelajar dengan badan pertubuhan luar itu dikatakan telah bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Nampaknya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah sekata dan mencapai kata sepakat dalam hal ini. Iaitu, pelajar kini bebas berpolitik berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu yang memutuskan bahawa Seksyen 15(a) Auku adalah tidak sah dan menyalahi Perlembagaan.
Kini, kata Saifuddin, berikutan keputusan Mahkamah Rayuan itu, maka peruntukan 15 (5) (a) sudah tidak wujud serta mahasiswa bebas berpolitik. Beliau berkata demikian dalam suatu sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Khairy Jamaluddin, Naib Presiden MCA Gan Peng Siew dan pelajar yang dikenali sebagai UKM4. Ini bermaksud, pertimbangan akal fikiran mahasiswa, pelajar adalah diiktiraf sama dalam pembangunan negara.
Selain itu mereka meminta kerajaan tidak membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan itu. Sementara itu, Astro Awani pada 3 November lalu, turut membahas isu UKM4 yang terkait dengan Seksyen 15 Auku. Pelajar dan rakyat sedang tunggu keputusan kerajaan samada mereka mahu membuat rayuan di mahkamah lagi atau tidak.
Jadi, keputusan mahkamah baru-baru ini tidak memberi kemenangan penuh, sebaliknya kemenangan separuh. Kemungkinan fikiran jahat kerajaan seperti lontaran fikiran Ibrahim Abu Shah (bekas NC UiTM Shah Alam) dalam debat bersama Saifuddin Abdullah di TV3 tidak lama dahulu akan terbit kembali.
Adakah pelajar akan berjuang semula di jalan raya jika kerajaan telah bertekad ingin membuat rayuan dan semakan semula ke atas kes itu di mahkamah. UKM4 sudah pun tidak bergelar pelajar. Namun, bagaimana pula halnya dengan pelajar yang lain?
Sebenarnya, sejak 2004 lagi di USM sudah ada kes Soh Sook Hwa yang terbabit membantu Parlimen Batu Tian Chua. Itu cerita sejak lama dahulu. Beliau juga sudah bukan lagi mahasiswa. Kes Sook Hwa pernah bergegar di Parlimen juga sekitar tahun yang sama.
Bagaimanapun, ada juga kalangan pelajar lain yang masih terkena Auku walaupun Seksyen 15 itu terbatal. Iaitu golongan pelajar yang menulis di akhbar. Mereka masih perlu meminta keizinan NC, TNC jika mahu menulis di akhbar. Hal ini masih termuat di dalam Auku juga.
Ringkasnya, perjuangan belum selesai walaupun Seksyen 15 Auku itu digugurkan. Masih ada kekangan untuk mahasiswa yang berjiwa penulis, walaupun mahasiswa yang mahu berpolitik itu dibenarkan menganggotai mana-mana pertubuhan parti politik selepas ini.
Demikianlah caranya anak-anak muda hari ini membantu negara dan bangsanya. Di Mekah ada yang membantu orang yang sedang mengerjakan haji. Di Alam Melayu purba, ada watak anak kecil Hang Nadim yang berani menghayun langkahan politik sambil tampil mengendong idea besarnya ke istana.
Maka, sempena Hari Raya Aidil Adha ini, kita jangan lupakan peranan anak-anak muda belia seperti Nabi Ismail a.s yang telah bingkas bangun menolong bapanya membangunkan Kaabah. Anak-anak muda belia remaja dan pelajar telah lama berpolitik demi kemakmuran negara, hinggalah yang tua menolak pembabitan mereka ini.
No comments:
Post a Comment