Oleh H FANSURI
Syahadan, pada 1 Muharam lalu, saya bertandang ke rumah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman. Antara banyak judul bincangan malam itu berputar kepada kedudukan politik tanah air dan banyak isu lain juga. Antara hal yang boleh disentuh di ruangan ini adalah bahasan berkaitan budaya.
Iaitulah hal berkaitan jabat tangan. Keluhan yang beliau ini, saya percaya wujud di mana-mana tempat. Ketika berkuliah, saya sendiri 'terjebak' dalam hal bersentuhan tangan dengan aktivis siswi bukan Muslim. Tapi yang penting, bukan kita yang memulakannya.
Syahadan, pada 1 Muharam lalu, saya bertandang ke rumah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman. Antara banyak judul bincangan malam itu berputar kepada kedudukan politik tanah air dan banyak isu lain juga. Antara hal yang boleh disentuh di ruangan ini adalah bahasan berkaitan budaya.
Iaitulah hal berkaitan jabat tangan. Keluhan yang beliau ini, saya percaya wujud di mana-mana tempat. Ketika berkuliah, saya sendiri 'terjebak' dalam hal bersentuhan tangan dengan aktivis siswi bukan Muslim. Tapi yang penting, bukan kita yang memulakannya.
Hal ini bukanlah disengajakan, tapi kita tak boleh mengelak apabila siswi bukan Muslim itu menghulurkan tangannya kepada kita. Lalu, dalam keadaan serba salah, memang ada juga yang menyambut jabat tangan itu dan ada juga yang tidak menyambutnya.
Mulanya, agak janggal juga. Tetapi, lama-kelamaan, telah wujud suatu kefahaman di pihak bukan Islam, bahawa kaum lelaki Muslim tidak boleh sentuh tangan mana-mana kaum wanita dan begitulah sebaliknya. Begitulah bagaimana kefahaman antara penganut agama dipupuk sejak awal berkuliah.
Ketika awal-awal tahun Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tertubuh di New Era College di Kajang, saya lihat hampir keseluruhan siswi non Muslim tidak lagi menghulurkan tangan kepada kaum lelaki saat bertembung. Saya jangka, telah ada kefahaman dalam kalangan non Muslim tentang hal itu.
Perkembangan ini amat baik kerana sebelum ini, ada kalangan siswa Muslim yang tak keruan juga hendak menolak sapaan tangan siswi non Muslim itu lantaran memikirkan sikap penolakan ini akan mengundang salah anggap. Mereka mungkin fikir kita biadap.
Tapi, bagi muslimat pula, saya fikir mereka mungkin istiqamah, iaitu tidak berjabat tangan dengan siswa bukan Muslim. Lagi pun, ketika itu perkenalan siswi muslimat dan siswa bukan Muslim ini jarang-jarang berlaku. Kini, saya melihat kebanyakan aktivis ini sudah menganggotai Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, kita tidak boleh biarkan saling faham begini terus wujud atas nama pengalaman bekerjasama ketika berkuliah. Hal ini boleh dilanjutkan lagi atas nama kesefahaman antara negeri-negeri yang berada di bawah naungan Pakatan Rakyat.
Yang mengetahui kedudukan lelaki dan wanita Muslim tidak dibenarkan bersalam ini hanya terbatas kepada siswa-siswi yang ikut berjuang dalam SMM di New Era College. Maka, menurut teman bualan saya itu, Pakatan Rakyat perlu adakan notis pemberitahuan tentang kaedah bersalam.
"Kalau tidak, susah nak dijelaskan kepada bukan Islam tentang kenapakah kita tidak bersalam dengan mereka," kata Ahmad Lutfi. "Mungkin mereka ini menyangka kita biadap, walhal memang sikap itu sudah menjadi hukum agama."
Maka menurutnya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat boleh merumuskan suatu bentuk cara bersalam tanpa menyentuh tangan dan hal ini biarlah menjadi satu budaya ikutan selama tempoh pemerintahan di negeri-negeri revolusioner ini. Mungkin juga kempen-kempen mengenai hal ini boleh dilaksanakan.
Pada Muharam ini marilah dilaksanakan revolusi hijrah budaya bersalam ala Pakatan Rakyat bertujuan memupuk rasa saling menghormati antara kaum ke arah mengukuhkan perpaduan bersama dalam rangka penggulingan Najib Razak di Putrajaya!
No comments:
Post a Comment