Oleh RUHI HAYATI THANI
Ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain Mohamed Hashim mengulas hal Dr Mahathir mencabar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menjulang al-Quran bagi membuktikan bahawa Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia sebelum ini. Rakyat tertanya-tanya, apakah benar Dr Mahathir telah meminta bantuan Bank Dunia semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang Anwar dakwa sebelum ini.
Soal sama ada al-Quran dijulang atau tidak, sudah tidak berbangkit lagi memandangkan Umno sendiri tidak percayakan kitab suci itu. Menolak Hudud saat ditekan MCA sudah jelas menunjukkan bahawa agama Islam ini cuma sekadar hiasan di bibir mereka sahaja.
Prosesnya bukan junjung al-Quran, tapi jawablah dan samanlah pembangkang jika dakwaannya salah. Dr Mahathir tentulah terkejut dengan pendedahan terbaru itu. Lantas, hadir gesaan agar Anwar bersara daripada politik. Dakwa Umno, Anwar menjadikan rakyat dan PKR sebagai tempat melepas dendam ke atas Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir tentu saja tidak ingin menyerang seperti serangan Shahrizat Abdul Jalil yang dipalit dengan isu lembu 'feedlot' (NFC) baru-baru ini. Shahrizat menyerang Rafizi dan Zuraidah, lalu menuduh kedua-dua mereka termasuk pembangkang ingin menjatuhkan reputasi beliau.
Gaya penentangan Dr Mahathir mesti bersalutkan agama; junjung al-Quran! Tapi, rakyat sedar bahawa Dr Mahathir itulah bapa pemula yang menyerang Hudud. Jadi, untuk apa diminta musuhnya menjunjung al-Quran jika sepanjang hidupnya, nafasnya bergolak sentiasa dalam menentang Hudud itu?
Lalu Zahrain tampil sebagai jurubicara Dr Mahathir dengan dakwaan bahawa penasihat PKR itu cuma melawan Dr Mahathir oleh sebab isu peribadi. Katanya lagi, semua isu yang dicetuskan Anwar adalah kisah lama antara beliau dengan bekas Perdana Menteri itu.
"Kalau kita tengok, segala isu yang Anwar cuba mainkan sangat bersifat dendam terhadap Dr. Mahathir, jadi buat apa lagi beliau duduk dalam politik ekoran beliau tidak pernah membangkitkan isu untuk kepentingan rakyat.
"Justeru dalam isu kononnya Dr Mahathir menulis surat kepada Bank Dunia itu, telah terang dan jelas yang Anwar cuba memainkan isu peribadi. Jadi wajarlah beliau berhenti daripada politik," kata Zahrain lagi.
Kata-kata Zahrain ini bukannya 'wahyu' dan beliau dibutakan oleh syaitan untuk melihat betapa tindakan Dr Mahathir itu (jika benar), sememangnya ada kaitan rapat dengan rakyat. Pinjaman Bank Dunia itu melibatkan duit umat. Fikirannya sempit sebab gagal melihat semua ini dengan fahaman lebih luas.
Zahrain, Dr Mahathir dan Umno akan berterusan menyerang Anwar dengan junjung al-Quran pada langkah pertama kerana mereka sedar bahawa Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak lazim menjunjung kitab suci itu. Ini kerana, sikap itu tidak wajar digunakan.
Prosesnya mudah. Dakwaan Anwar itu disertai fakta yang telah tersiar di laman sesawang Bank Dunia dan ia boleh dilihat rakyat. Jadi sila batalkan fakta dengan fakta juga. Lalu, apa kaitan dan kena-mengenanya dengan junjung al-Quran pula?
Antara tuduhan Zahrain, Anwar tidak akan menyahut cabaran itu sebab hal Dr Mahathir menulis surat kepada Bank Dunia itu tidak benar, sekali gus dakwaan Anwar itu dianggapnya sebagai usaha melumpuh kepercayaan rakyat ke atas Dr Mahathir dan BN. Selain itu, katanya, dakwaan itu bertujuan dengan niat mempengaruhi rakyat dengan harapan mereka mencurigai BN di bawah Dr Mahathir.
Pertuduhan Zahrain ini seolah-olah percubaannya mengalih perhatian rakyat ke atas keburukan Anwar pula. Daripada mana beliau tahu sikap Anwar itu? Rasanya, semua dakwaan ini adalah rekaan agar rakyat tidak menoleh isu penting, iaitu sepucuk surat Dr Mahathir yang mengemis simpati, menagih rayu bantuan dana Bank Dunia!
Tidak cukup dengan Zahrain, Utusan mengetengahkan kata-kata bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula. Katanya, "Anwar dari dulu cemburukan Dr Mahathir, jadi memang kerja beliau nak buat macam-macam isu. Strateginya adalah untuk menjatuhkan musuh nombor satu iaitu Dr Mahathir."
Akhirnya rakyat sedar bahawa Zahrain, Anuar Shaari dan pimpinan Umno lain gagal menjawab dakwaan Anwar seperti yang tercurah di laman Bank Dunia itu. Rakyat mahu melihat fakta dan bukan mahu mendengar tanggapan dan persepsi kelompok peribadi Umno yang tertuang di sebalik fakta itu.
Tapi, 'jenayah' Zahrain dan 'dosa' Dr Mahathir yang paling agung ialah - menyeru musuh mereka bersumpah dengan junjung al-Quran saat fakta internet jelas terpampang melondehkan salah perilaku dan menelanjangkan perbuatan khinat mereka terhadap rakyat dan negara.

Jadi, atas semua kejahatan ini, wajarkah kitab suci al-Quran itu turut dilibatkan sama bagi mewajahkan 'kesucian' kejahatan mereka?
No comments:
Post a Comment