Oleh RUHI HAYATI THANI
Memang Anwar Ibrahim bebas pada 9 Januari. Tapi, pada hari yang sama, seorang siswa Upsi dihukum 'mahkamah' universiti. Adam Adli yang didakwa menurunkan bendera Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra sebelum ini, kini dihukum gantung pengajian tiga semester.
Yang patut bertanggungjawab dalam hal ini adalah Khaled Nordin kerana setiap institusi pengajian tinggi berada di bawah jagaannya. Khaled tidak boleh kenakan hujah klasik kepada wartawan seperti, "Itu tertakluk di bawah keputusan universiti... saya tidak berkuasa apa-apa."
Khaled mesti tahu di mana lahirnya keberanian Aspirasi Umno kini menyelar Saifuddin Abdullah sekali gus, mendesak agar timbalannya meletak jawatan sebelum ini? Aspirasi seolah-olah bagaikan jentera pemusnah atau tentera upahan yang dilindungi Kementerian Pengajian Tinggi.
Sebenarnya, daripada segi kewibawaan, nampaknya Saifuddin lebih layak diangkat sebagai menteri pengajian tinggi dibanding Khaled. Saifuddin banyak menulis di kolum akhbar berhubung isu kampus. Pada mulanya, beliau diterima siswa Aspirasi Umno dan mahasiwa berhaluan kiri pada asal mulanya. Ini keistimewaannya dibanding Khaled yang hanya disokong Aspirasi sahaja.
Kritikan padu Aspirasi Umno ke atas Saifuddin bergema saat beliau cenderung memansuhan Seksyen 15 Auku yang menghalang keterlibatan mahasiswa dalam politik kepartian. Bermula saat itu, bertimba-timba kutukan melimpah tercurah ke atas Saifuddin.
Tidak hanya Aspirasi. Khabarnya pegawai HEP, NC serta TNC tidak menyenanginya sejurus meledak kenyataan Saifuddin yang mendesak agar Seksyen 15 ditanggal daripada Auku.
Kenyataan bercili Saifuddin memang tidak disenangi ramai pentadbir universiti. Ibrahim Abu Shah, bekas NC UiTM Shah Alam contohnya, diselar terbuka oleh Saifuddin dalam satu temu bual bicara yang disiar secara langsung di TV3.
Bermula detik itu, berpusu-pusu kritikan padu NC, TNC HEP bersimbah ke atas Saifuddin lewat suara siswa Aspirasi ini. Kritikan ini berlaku kerana selama ini, Seksyen 15 yang dibantah Saifuddin itu adalah antara fasal yang paling kuat menafikan hak siswa yang ingin terlibat dengan politik kepartian.
Adam dihukum gantung pengajian dalam tempoh lama. Sebenarnya, lama atau tidak, bukan itu ukurannya. Hatta gantung pengajian walau satu semester sekali pun, hukuman itu tetap zalim. Keadilan dan kezaliman tidak diukur melalui tempoh hukuman itu, tapi ia mesti diukur melalui hukuman itu sendiri.
Sebelum ini, pada malam tahun baru, (31 Disember, 2011) ada demonstrasi 16 jam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim. Mereka ini membantah tindakan ke atas Adam Adli, sekali gus demo itu bertujuan memperjuang isu kebebasan akademik yang menimpa Abdul Aziz Bari di UIAM.
Kini, hukuman ke atas siswa yang malang itu telah dan sedang berlangsung. Hanya kerana menurunkan bendera Presiden Umno Najib Razak, maka Adam digantung pengajian tiga semester. Tapi, hukuman ke atas Adam terus berlangsung. Manakala demonstrasi 16 jam itu sudah dipatahkan polis FRU.
Ditinjau daripada sudut ini, saya fikir suatu penentangan baharu mesti dilaksana segera bagi mengenang perjuangan Adam dan isu kebebasan akademik yang mereka perjuangkan mutakhir ini.
Gelora 'kekacauan' dan 'kekacauan' perlu dicetus semula di beberapa kampus terpilih (sekitar 16 buah kampus), selama sejam bertujuan membangkitkan kesedaran mengenai perjuangan mahasiswa yang tidak pernah tamat ini.
Khaled bernasib baik kerana sebelum ini, gerakan siswa kiri belum terfikir mengasak dan mendesak terbuka agar beliau meletak jawatan. Saifuddin yang disergah siswa Aspirasi untuk meletakkan jawatannya itu, setidak-tidaknya telah memberi jawapan terhadap kes Adam.
Pendirian Saifuddin, Adam tidak wajar dihakimi 'mahkamah universiti'. Kata beliau, biarlah kes itu dihakimi menerusi proses undang-undang luar kampus. Itulah pendirian Saifuddun, sementara Khaled masih berdiam diri.
Sama ada Adam Adli dan rakan-rakannya berdiam diri atau tidak terhadap Khaled, namun sejarah tetap mencatatkan bahawa ada dendam terbuku di hati mahasiswa ke atas Khaled kerana membiarkan mahkamah universiti menzalimi wira mereka.
Kita cuma menanti sama ada pelajar akan mendesak Khaled meletakkan jawatannya sebagai menteri pengajian tinggi, atau membiarkan beliau begitu sahaja dengan tenang di Putrajaya.

No comments:
Post a Comment