Oleh H FANSURI
Mazmur (Zabur) adalah lembaran pujian bagi Tuhan. Jika Muslimin mendakwa al-Quran sebagai kalam Tuhan terindah, maka begitulah Zabur dendangan Daud a.s yang dipahat dengan kata madah indah.
Menurut Kristian, Mazmur (Zabur) adalah 'karangan' Daud yang termuat di dalamnya, sajak puisi doa, nyanyian pujian, ratapan, doa penyesalan, munajat dan lain-lainnya.
Ini bererti, Jibril ditugaskan menyampaikan kalimat-Nya; (Zabur) yang terindah buat Daud a.s, sebelum al-Quran disampaikannya dengan indah buat Nabi Muhammad s.a.w. Kita pernah dengar sebelum ini - Hassan bin Tsabit diperteguhkan syairnya dengan Jibril a.s.
Hassan adalah adalah penyair baginda yang tampil membela nabi dengan gubahan syairnya yang indah. Ringkasnya tenaga langit mendorong penyair ke arah gubahan syair, sajak berguna demi memartabatkan kemanusiaan dan kesejahteraan semua.
Seperti Hassan yang diperkukuh syairnya dengan Ruhul Qudus (Jibril) bagi membela ajaran Rasulullah s.a.w, begitu juga Isa a.s yang saat kecilnya boleh berbicara kerana baginda diperkuat lisan perkataannya dengan bantuan Jibril a.s. Firman Tuhan:-
"... dan Kami teguhkan kebenarannya (Isa) dengan Ruhul-Qudus (Jibril)..." al-Baqarah, 87.
Isa a.s akan turun akhir zaman untuk menolong Imam Mahdi dan membunuh Dajal Al-Masih yang merosakkan Tauhid Nasrani yang Isa a.s tegakkan sejak empayar Roman. Isa adalah keturunan Daud dan kedua-duanya dibantu Ruhul Qudus dalam kata-kata mereka seperti mana Hassan bin Tsabit.
Kita mesti berani bertanya, apakah wahyu Jibril a.s turun kepada Isa a.s pada akhir zaman ketika berlalunya era revolusi penggulingan Najib Razak?

Adakah sasterawan revolusioner yang mengguling para penguasa zalim akan dibantu 'wahyu' Jibril pada akhir zaman ini seperti mana kedudukan syair Hassan bin Tsabit terdahulu? Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment