Oleh BOESTAMAM SARI
Setelah ditipu selama 50 tahun lebih, rakyat mestilah sentiasa berawas dan selalu menumbuhkan benih-benih keraguan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun ada penambahbaikan ke atas pilihan raya itu.
Memang betul, SPR akur ke atas kehendak rakyat yang ingin kepenggunaan dakwat kekal dilaksanakan. Ya, ini langkah maju ke depan. Setelah rakyat dari pelbagai arah dan ceruk rantau sudah mengharungi beberapa ancaman bahaya yang ditimbulkan FRU di jalan raya, jadi bolehlah disebut bahawa hal ini adalah suatu kejayaan semua kita juga.
SPR tahu tiada gunanya masih berkeras dengan helah-helah ini. Rakyat akan terus-menerus dicerdikkan oleh Twitter, Facebook dan pendedahan di blog. Lambat-laun, cepat atau lambat, rakyat mesti tahu juga akhirnya.
Gertakan dan ugutan telah menyebabkan SPR berfikir banyak juga mutakhir ini. Tetapi rakyat mesti ingat bahawa, bersama kebaikan yang dibawa SPR itu maka terselit juga idea-idea jahat secara halus terselindung dan tidak kelihatan. Kejahatan dan kebaikan SPR itu hadir bersama pakej.
Ia tidak membawa idea-idea kebaikan sahaja malah idea baik itu mesti dikembarkan bersama idea-idea jahat yang halus juga. Maka di sini rakyat semua perlu selalu berawas. Rakyat tertanya-tanya, adakah banduan penjara layak mengundi? Adakah undi pos bagi pihak polis dan tentera telah termansuh.
Terkini, Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mana-mana pihak tidak lagi boleh membangkitkan hal-hal teknikal ketika membantah pencalonan, kerana tugas tersebut akan disandang oleh pegawai pengurus.
"Kalau pihak tertentu ada bukti bahawa calon itu tidak layak bertanding dan ia tidak disedari pegawai pengurus, maka mereka boleh bawa petisyen ke mahkamah selepas pilihan raya," katanya dalam sidang akhbar ketika menjelaskan bahawa calon yang dinamakan tidak boleh tarik diri pada saat akhir.
Keadaan ini, katanya, akan memudahkan SPR mencetak kertas undi lebih awal dan tidak perlu menunggu selama tiga hari untuk melihat sama ada wujud calon yang mahu tarik diri. Alasan hendak memudahkan kerja SPR ini perlu dinilai kembali. Ini kerana jika alasan ini cuma untuk senangkan kerja SPR saja maka adalah lebih baik petugas pilihan raya meletak jawatan jika tidak mahu buat kerja susah yang hanya berlaku dalam tempoh lima tahun sekali.
Selain itu, SPR turut benarkan pengundi golongan orang kelainan upaya (OKU) dibantu oleh mereka yang dipercayainya untuk mengundi bagi pihaknya. Syarat yang dikenakan oleh SPR adalah, orang yang dipercayai itu mestilah warganegara Malaysia, berusia 21 tahun ke atas.
Soalan kita, bagaimana jika orang yang dipercayai itu adalah pengundi hantu yang diupah untuk mengundi parti tertentu? Adakah mereka yang telah pun dicalit dengan dakwat kekal itu boleh mengundi bagi pihak OKU tadi? Ada baiknya OKU didatangi ke rumah serta diminta membuang undi di rumahnya di depan petugas, pegawai pilihan raya sendiri.
Abdul Aziz juga menyeru meminta parti politik tidak menghebohkan kepada media jika terdapat satu atau dua kesilapan dalam senarai daftar pemilih itu.
"Maklumkan kepada kita, SPR bersedia memperbetulkan mana-mana kesilapan yang tidak disengajakan," kata beliau lagi. Hal ini juga mencurigakan. Dia sepatutnya telus dan terbuka, biar semua rakyat tahu kedudukan yang sebenarnya berhubung kesilapan itu.
Dan setelah SPR betulkan senarai daftar pemilih itu, maka rakyat dimaklumkan pula mengenai pembetulan tersebut. Inilah proses sebenarnya. SPR tidak perlu malu-malu. Biarlah parti menyemak dan membuat sidang media kerana hal itu adalah hak masing-masing. Pendek kata, SPR perlu sedia terima apa sahaja kritikan rakyat dalam tempoh melaksanakan usaha-usaha pembaikan ini.
Selain itu, kata Abdul Aziz sampel dakwat itu dikirim ke Jabatan Kimia untuk uji kaji sebelum diserah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mengesahkan sama ada ia boleh digunakan oleh pengundi Islam dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kandungannya selamat digunakan.
Kalau kita masih ingat, SPR sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dakwat kekal tidak boleh digunakan kerana menyulitkan wudhu' ke atas umat Islam. Dan, kenyataan ini pernah dikeluarkan lebih awal lagi dan SPR pun pernah mendahului fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu ini.
Sama ada kita yakin kepada SPR atau pun tidak, maka inilah antara barisan kenyataan SPR yang meragukan. Kita mesti selalu berawas dan ingat sentiasa bahawa - bersama kebaikan SPR itu, masih terselit kebatilan yang belum termansuh penuh! Antaranya, undi pos masih ada. Ya, Bersih 3.0 masih relevan!

No comments:
Post a Comment