Oleh RUHI HAYATI THANI
Memang tiada yang kekal di dunia ini, termasuk Najib dan Anwar. Maka apabila Raja Petra berpendapat bahawa Anwar tidak layak jadi PM, maka hal itu bukan wahyu Tuhan. Raja Petra bukan nabi yang bersabda. Dia insan biasa. Dia putera raja dan kerabat diraja yang mana setiap bait patah bicaranya itu bukan titah perintah raja.
Rakyat boleh faham bahawa Raja Petra bukan nabi ketika dia menyimpulkan bahawa Anwar tidak sesuai menjadi PM. Umat boleh fahami bahawa kata-kata Raja Petra bukan titah perintah raja berdaulat. Jika berdaulat, nescaya Raja Petra tidak lari ke luar negeri, malah akan tetap menetap di negara ini.
Pendapat Raja Petra tentang Anwar itu boleh jadi betul atau salah. Hal-hal di atas iaitu kedudukan kata-katanya sebagai wahyu, sabda, titah perintah itu sudah termaklum oleh semua kita. Iaitu, kata-kata itu bertaraf ucapan rakyat biasa yang boleh ditolak atau diterima.
Tetapi, yang diperselisihkan orang, apakah dengan penyiaran kata-kata Raja Petra di Utusan Malaysia itu, maka dengan sendirinya ia bermakna, bahawa akhbar sudah menyiar pandangan umum rakyat secara keseluruhannya dengan penuh bertanggungjawab?
Apa yang kita lihat, bukan Raja Petra seorang yang tidak yakin kemampuan Anwar sebagai PM. Sama ada mampu atau tidak Anwar memikul bebanan PM itu, hakikat sebenarnya hanya Allah s.w.t juga yang tahu.
Rakyat biasa tidak tahu kemampuan sebenar Anwar apakah beliau sesuai dinobat sebagai PM atau tidak. Kita hanya manusia biasa yang punya sejumlah pengetahuan dan ilmu yang terbatas. Kita cuma tahu perkara yang pernah berlaku dan sesuatu yang sudah terjadi di depan mata.
Ambil contoh Abdullah Ahmad Badawi dilantik Dr Mahathir sebagai PM. Ada rakyat yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Setelah beberapa lama, barulah kita tahu bahawa Abdullah memang tidak layak memimpin negara setelah Dr Mahathir sendiri mahu membuat revolusi untuk mengguling beliau.
Kalau diperhalusi, Dr Mahathir memilih Abdullah itu pun bukan kerana beliau yakin kepemimpinan Abdullah. Beliau memilih Abdullah kerana beliau mahu menolak Anwar sebagai PM ketika itu. Perlu diingat juga, bahawa Dr Mahathir tolak Anwar sebagai PM dengan fitnah liwat yang ditabur ke atas Anwar.
Sikap yang sama diambil Umno, Onn Jaafar ketika menyusun fitnah ke atas Dr Burhanuddin Al-Hulaimy yang kononnya mempunyai hubungan sulit dengan Ibu Zain ketika rakyat sudah menyokong Dr Burhanuddin sebagai Ketua Menteri Malaya saat itu.
Lalu, Onn Jaafar melantik Tunku Abdul Rahman sebagai Yang Dipertua Umno sebagai watak baharu untuk menonjolkan wataknya sebagai Ketua Menteri. Ketika itu, kepemimpinan Onn Jaafar berada di tahap paling lemah ketika ahli-ahli Umno menolaknya.
Onn Jaafar memilih Tunku bukan kerana kewibawaan Tunku tapi kerana Onn Jaafar menyedari bahawa beliau sudah disisihkan rakyat dan Umno sendiri.
Keadaan ini persis mirip tindakan Dr Mahathir melantik Abdullah untuk mengelak Anwar menjadi PM. Abdullah dipilih bukan kerana kewibawaannya. Tapi kerana desakan rakyat dan Umno yang sangat kuat menolak Dr Mahathir sebagai PM ketika itu.
Itu yang sebenarnya berlaku. Abdullah dilantik Dr Mahathir pun bukan kerana Dr Mahathir meyakini kewibawaan beliau, tapi kerana beliau tahu Abdullah boleh dikawal olehnya. Dr Mahathir baru melakukan revolusi penggulingan ke atas Abdullah setelah dilihatnya Khairy Jamaluddin sudah potong jalannya untuk memperalat Abdullah.
Maka, kenyataan Raja Petra di akhbar itu bukanlah menunjukkan bahawa Anwar layak atau tidak sebagai PM. Hakikat sebenarnya, ia menterjemah suatu fahaman baru, iaitu Najib sedang menampakkan riak resah gelisahnya yang amat ketara terhadap sejumlah kekuatan revolusioner yang ingin mengguling beliau dalam pilihan raya yang akan datang.
Kita manusia, bukan Tuhan yang tahu hakikat sesuatu perkara sebelum ia berlaku. Kita hanya boleh membuat penghakiman selepas ia berlaku. Sama ada Anwar layak atau tidak sebagai PM, hanyalah diketahui setelah beliau menjadi PM.
Untuk itu, rakyat mesti memberi mandat kepada Anwar walau sekali. Kalau dia tidak berjaya, maka mandat rakyat itu akan ditarik balik. Sepenggal Anwar sebagai PM sekali pun, tidak bolehkah wahai Najib? Rakyat perlu diberi peluang untuk memeriksa sama ada Anwar layak atau tidak memerintah negara.

No comments:
Post a Comment